☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Oktober 2024

Gelaran Juara CP150 Semakin Hampir Menjadi Milik Akid

Berbaki dua pusingan lagi sebelum Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix melabuhkan tirainya musim ini di Batu Kawan, Pulau Pinang. Gelaran juara keseluruhan CP150 semakin hampir dengan pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing iaitu Md Akid Aziz selepas mengesahkan kemenangannya dalam pusingan kelapan di litar Jempol, Negeri Sembilan.

Md Akid yang menempah petak pertama selepas mencatatkkan masa terpantas 44:195s dalam sesi Super-Pole memulakan pelumbaan akhir dengan cemerlang untuk terus memimpin perlumbaan. Rakan sepasukan Akid iaitu Ahmad Afif Amran di belakangnya dan diikuti Md Helmi Azman dari SCK Honda Racing Team di kedudukan ketiga.

Para pemenang CP150, dari kiri: Afif, Akid dan Helmi.
Para pemenang CP150, dari kiri: Afif, Akid dan Helmi.

Di P4 dan P5 adalah Kasma dan pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Hafiza Rofa yang bersaing dalam perebutan kedudukan hadapan. Walaubagaimanapun, perlanggaran telah berlaku di antara kedua-dua pelumba dan menyebabkan mereka terjatuh.

Tiga pelumba paling hadapan telah mencipta jurang yang besar sekurang-kurangnya 10 saat di antara kumpulan di belakang. Sehingga ke penghujung perlumbaan Akid berjaya melepasi garisan penamat dengan catatan masa 14'49:831s.

Afif pula menamatkan saingan di tempat kedua dengan 14'52:702s dan tempat ketiga ialah Helmi yang berjaya meraikan podium pertama musim ini dengan catatan masa 14'59:548s.

CP125

Beralih pula ke CP125. Md Syamil Amsyar Md Iffende (PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing) kekal mendominasi kedudukan kesuluruhan apabila beliau meraikan kemenangan keduanya.

Sesi Shoot Out menyaksikan Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing catat masa terpantas 45:755s untuk berada di petak pertama dalam perlumbaan akhir. Md Syamil pula berada di grid kedua (46:073s) dan Md Khairi Asyraf  Mahmood dari Jetron Yamaha YYPang Racing Team di petak ketiga (46:240s).

Sebaik sahaja perlumbaan akhir dimulakan, Syamil terus memecut untuk mendahului saingan.  Manakala Izam mengekori di belakang dan Md Khairi di tangga ketiga.

Para pemenang kelas CP125 dengan piala kemenangan masing-masing.
Para pemenang kelas CP125 dengan piala kemenangan masing-masing.

Saingan semakin sengit dengan aksi kejar-mengejar di antara para pelumba. Sebaik sahaja memasuki lap ketiga, Izam berjaya merampas kedudukan pertama daripada Syamil. Namun, Izam terpaksa melupakan hasratnya kerana terpaksa keluar daripada perlumbaan disebabkan jenteranya yang mengalami masalah.

Syamil berjaya memenangi perlumbaan selepas memintas Khairi untuk bergelar juara dengan catatan 11'43:733s. Dengan kemenangan itu sekaligus jurang mata di antara pelumba di tempat kedua keseluruhan adalah 36 mata.

Khairi pula raih tangga kedua (11'44"814s) dan Abdullah Qayyum Abd Razak melengkapkan kududukan podium (11'45:410s).

WIRA

Pelumba Yamaha Estremo 27 Racing, Md Adib Arsyad Md Hisam berjaya merangkul kejuaraan di litar Jempol selepas tewas di laman sendiri pada pusingan yang lalu. Menurutnya, kemenangan yang di capai ini juga merupakan hadiah sempena hari jadi bapanya.

Perlumbaan akhir dimulakan dengan Md Akif Abdullah (Honda KC Racing) sebagai pemimpin dan diekori oleh Adib manakala Farres Putra Md Fadhill (PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing) di kedudukan P3.

Kemenangan 1-2 oleh Pelumba Yamaha Estremo 27 Racing, dari kiri: Md Adib & Md Akid.
Kemenangan 1-2 oleh Pelumba Yamaha Estremo 27 Racing, dari kiri: Md Adib & Md Akid.

Saingan kelas WIRA cukup sengit di mana kedudukan pertama sering bertukar pelumba di antara Adib, Farres dan Akif. Masuk di lap kelapan, Farres mengetuai perlumbaan sehinggalah kedudukannya di pintas oleh Adib pada pusingan kesepuluh.

Rakan sepasukan Adib iaitu Md Akid Md Shah Khearul Nisiam turut memotong Farres dan duo pelumba Yamaha Estremo 27 Racing itu menutup ruang untuk meraikan kemenangan 1 dan 2 yang masing-masing dengan 9'30:167s dan 9'30:280s. Farres terpaksa akur berada di tangga ketiga podium selepas mencatat 9'30:511s. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.