☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 November 2025

Kemenangan Berganda Sahkan Azroy Juara Keseluruhan MSBK1000 A

Pusingan ke-4 Kejohanan AEON CREDIT MAM Malaysia Superbike Championship 2025 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang menyaksikan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Racing MYS raih kemenangan dalam perlumbaan 1 dan 2 minggu ini dalam kategori MSBK1000 A, sekaligus mengesahkan gelaran Juara Keseluruhan untuk musim 2025.

Para pemenang kategori MSBK1000 A.
Para pemenang kategori MSBK1000 A.

Sebaik sahaja perlumbaan bermula, Muhd Helmi Azman (Honda Racing MYS) terus memimpin perlumbaan diikuti Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha MYS) di belakangnya dan Azroy di tempat ketiga. Pada Pusingan ketiga, Kasma berjaya memintas Helmi, manakala Hafizh Syahrin Abdullah mencatat pusingan terpantas iaitu 2’06.943s untuk naik ke kedudukan atas. Adam Norrodin (AMI Suzuki Motorsport) pula terpaksa bersara lebih awal akibat masalah teknikal pada jentera.

Azroy -20- raih kemenangan berganda di pusingan penutup tirai MSBK1000A 2025.
Azroy -20- raih kemenangan berganda di pusingan penutup tirai MSBK1000A 2025.

Masuk sahaja pusingan keenam, Hafizh Syahrin terus merekodkan masa terpantas terbaru iaitu 2’06.106s, menandakan niatnya untuk mencabar barisan hadapan. Helmi kemudian kembali di kedudukan pertama pada psuinga ketujuh. Walaubagaimanapun, Azroy memanfaatkan peluangnya di selekok ke-13 untuk menewaskan Kasma. Azroy kemudian berjaya memintas Helmi pada pusingan seterusnya.

Hafizh Syahrin catat masa pusingan terpantas di perlumbaan 2 MSBK1000 A pusingan 4.
Hafizh Syahrin catat masa pusingan terpantas di perlumbaan 2 MSBK1000 A pusingan 4.

Azroy kekal di kedudukannya dengan selesan dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 21’14.808s. Helmi pula menamatkan saingan di tempat kedua (21’15.163s) dan Kasma di tempat ketiga (21’17.747s).

Adam Norrodin (AMI Suzuki Motorsport).

Dengan kemenangan ini, Azroy Hakeem Anuar disahkan sebagai Juara Keseluruhan MSBK1000 A 2025 selepas mengumpul 179 mata. Kasma Daniel Kasmayudin di tempat kedua dengan keseluruhan 162 mata dan  Muhd Helmi Azman di tangga ketiga dengan kutipan 92 mata.

Para pemenang keseluruhan kategori MSBK1000 B.
Para pemenang keseluruhan kategori MSBK1000 B.
 Juara Keseluruhan MSBK1000 B disandang oleh Teuku Irfan Affandy dari Triple A Garage.
Juara Keseluruhan MSBK1000 B disandang oleh Teuku Irfan Affandy dari Triple A Garage.

Sementara itu, dalam kategori MSBK1000 B, gelaran Juara Keseluruhan Musim 2025 disandang oleh Teuku Irfan Affandy dari Triple A Garage, menamatkan musim dengan prestasi konsisten dan cemerlang di setiap pusingan.RR

Gambar: twmrphoto

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.