☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 November 2025

CP150: Nazirul Menang di Johor, Afif Juara Musim 2025

Pusingan penutup tirai Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 yang berlangsung di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri, Johor menjadi pentas penuh debaran buat kategori CP150. Nazirul Izzat Md Bahauddin dari pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR raih kemenangan bergaya selepas mempersembahkan tunggangan mantap dan konsisten. Sementara itu, gelaran juara keseluruhan CP150 kekal milik Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, yang telahpun mengesahkan kejuaraan tersebut pada pusingan 8.

Nazirul -87- menang dalam pusingan akhir CP150 di Johor.
Nazirul -87- menang dalam pusingan akhir CP150 di Johor.
Afif juara keseluruh CP150 -tengah- diapit oleh Kasma -kiri- & Akid.
Afif juara keseluruh CP150 -tengah- diapit oleh Kasma -kiri- & Akid.

Perlumbaan bermula dengan Afif melakukan permulaan cemerlang dan terus memimpin kelompok hadapan, disusuli rapat oleh Nazirul. Rakan sepasukan Afif, Md Akid Aziz, turut mengekori di tempat ketiga, manakala Kasma Daniel Kasmayudin serta Md Faiz Zekri Sabri masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.

Masuk pusingan ketiga, Nazirul berjaya menewaskan Afif untuk mengambil alih kedudukan pendahulu. Akid pula semakin hampir dengan dua pelumba di hadapan, mencetuskan pergelutan sengit antara beliau dan Nazirul yang beberapa kali saling bertukar posisi. Afif yang awalnya berada dalam kelompok hadapan akhirnya dipintas Kasma pada pusingan kelapan. Namun, peluang Kasma untuk terus mengejar podium hilang apabila beliau terjatuh pada pusingan ke-10.

Afif kembali mempamerkan aksi bertenaga dengan memintas Nazirul pada pusingan ke-12. Akid turut mengekori rapat di tempat ketiga, bersama Fareez yang ketika itu berada di kedudukan keempat. Setiap pusingan menyaksikan pertukaran posisi yang mendebarkan antara tiga pelumba teratas iaitu Nazirul, Afif dan Akid yang tidak memberi ruang antara satu sama lain sehingga ke garisan penamat.

Nazirul akhirnya menamatkan saingan sebagai juara dengan catatan masa 14'37.880s, satu pencapaian luar biasa bagi pelumba yang baru pulih daripada kecederaan patah kedua-dua tulang selangka. Akid meraih tempat kedua dengan 14'38.019s, manakala Afif melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga dengan 14'38.069s.

Untuk saingan CP150 musim ini menobatkan Afif juara keseluruhan kelas tersebut dengan 214 mata, diikuti Kasma yang mengumpul 152 mata dan Akid di tempat ketiga dengan 141 mata. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.