☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 April 2026

Afif Amran Bawa Dua Cabaran di MCP 2026

Selepas bergelar juara keseluruhan CP150 musim 2025, Ahmad Afif Amran kembali bersaing dalam Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 bersama PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING dengan misi yang lebih besar.

Kejayaan musim lalu mengukuhkan lagi status Afif sebagai juara empat kali CP150, sekali gus menjadikannya antara pelumba paling berpengaruh dalam saingan Cub Prix.

Namun untuk musim 2026 hadir dengan cabaran baharu apabila beliau bukan sahaja perlu memeprtahankan kejuaraan tetapi menggalas peranan sebagai pemilik pasukan sendiri menerusi ESTREMO PITSBIKE YAMAHA FIVEZERO RACING yang akan bersaing dalam kategori Wira KBS.

Afif menjelaskan perubahan peraturan teknikal musim ini menjadikan saingan lebih terbuka kerana semua pasukan perlu membina semula data dan strategi dari awal tanpa kelebihan musim lalu.

Beliau tetap meletakkan sasaran tinggi untuk mempertahankan kejuaraan sambil mengembangkan pasukan baharunya yang akan dibarisi pelumba muda sebagai langkah untuk membangunkan pelumba berbakat.

Dengan dua tanggungjawab besar dalam satu musim, Afif percaya struktur pasukan yang kukuh akan membolehkannya kekal fokus di litar sambil membina legasi baharu dalam sukan Cub Prix. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.