☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Mei 2026

BRAAAP 2 Hours 2026 Bakal Kembali di SIC Dengan Aksi Lebih Sengit

BRAAAP 2 Hours (B2H) Endurance bakal kembali memeriahkan arena sukan permotoran negara apabila edisi 2026 dijadual berlangsung pada 31 Ogos ini di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC) bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-69 tahun.

Penganjuran kali ini dijangka lebih meriah dan kompetitif apabila B2H terus mengekalkan reputasinya sebagai perlumbaan ketahanan Superbike dua jam serta Supersport Time Attack pertama di Malaysia yang melibatkan jentera berkuasa tinggi.

Acara anjuran BRAAAP Motorsports itu turut mendapat pengiktirafan rasmi daripada Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) yang turut menerima sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama rakan teknikal utama, Bridgestone.

Apa yang menarik, B2H 2026 tampil dengan peningkatan berskala besar apabila perlumbaan tahun ini akan menggunakan keseluruhan litar SIC berbanding edisi sebelum ini menggunakan separuh litar.

Selain itu, operasi pasukan serta fasiliti perlumbaan juga akan dipindahkan sepenuhnya ke Paddock Utama SIC bagi memberikan pengalaman lebih profesional dan bertaraf antarabangsa kepada pelumba, kru pasukan serta penonton.

Keunikan perlumbaan ini turut diteruskan menerusi gaya permulaan ala perlumbaan 24 Hours of Le Mans di mana pelumba perlu berlari ke arah jentera masing-masing sebelum memulakan saingan di litar.

Dengan status SIC sebagai litar bertaraf FIA Gred 1, penganjur menjangkakan penyertaan lebih ramai pelumba antarabangsa pada tahun ini. Bagi aspek keselamatan dan pengesahan penyertaan, semua pelumba diwajibkan memiliki lesen perlumbaan sah daripada MAM untuk peserta tempatan atau FMN buat pelumba luar negara.

"Kami amat komited untuk terus mengangkat B2H sebagai antara acara perlumbaan dua roda paling menarik di negara ini. Sambutan positif daripada komuniti permotoran menjadi faktor utama penganjur berani memperbesarkan skala acara bagi edisi 2026," kata Pengerusu BRAAAP Motorsports, En. Azuan Izadee.

Pengerusi BRAAAP Motorsports, En. Azuan Izadee.
Pengerusi BRAAAP Motorsports, En. Azuan Izadee.

“Maklum balas yang diterima memang sangat memberangsangkan. Disebabkan itu kami membuat keputusan untuk menggunakan litar penuh serta berpindah ke Paddock Utama SIC tahun ini," tambahnya.

Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa cabaran berkaitan situasi geopolitik global semasa, pihaknya yakin semuanya dapat diuruskan dengan baik. Selain perlumbaan di litar, pelbagai aktiviti sampingan seperti jualan, pameran dan cabutan bertuah turut sedang dirancang untuk para pengunjung.

Bagi pasukan yang ingin mengambil bahagian, penganjur turut menawarkan promosi yuran penyertaan menarik menerusi kempen “Flash Sale 50” dengan potongan sebanyak 50% bermula 1hb hingga 15hb Mei 2026, diikuti promosi “Early Bird” dengan diskaun 30% dari 16hb Mei hingga 15hb Julai 2026.

BRAAAP Motorsports turut memberi bayangan bahawa perlumbaan khas untuk kategori motosikal moped atau kapcai kini sedang dirancang dan dijangka dianjurkan pada tarikh berasingan pada masa akan datang. RR

Popular

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge SR450X Kini Tiba ke Pasaran Negara

Model Baru

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

KTM Malaysia turut merancang memeprkenalkan KTM 790 Adventure 2027 ke pasaran tempatan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.