Perlumbaan akhir WSBK yang berlangsung di Litar Losail, Qatar telah memberikan satu lagi kemenangan bermakna buat Jonathan Rea dari pasukan Kawasaki Racing selepas melintasi garisan penamat dua saat di hadapan Chaz Davies (Aruba.it Racing – Ducati) manakala pelumba pasukan Pata Yamaha Official WorldSBK, Alex Lowes di tempat ketiga.
Selepas membuktikan kemampuannya dengan gaya tunggangan yang cukup hebat, pelumba berusia 24 tahun iaitu Marc Marquez telah dinobatkan sebagai juara 2017. Kejayaan ini juga meletakkan dirinya tersenarai di antara pelumba yang meraih kejuaraan dunia paling banyak.