☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Jun 2026

Morbidelli Perkenalkan SC200SR, ViZY 125 & C252V - Bermula RM4,988

Morbidelli terus mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pelancaran tiga model baharu iaitu SC200SR, ViZY 125 dan C252V sempena Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung di MAEPS Serdang padaq hujung Mei lalu. 

Bagi mereka yang mencari jenetra harian yang mudah dikendalikan, Morbidelli ViZY 125 tampil sebagai pilihan paling mampu milik dalam keluarga Morbidelli. Skuter ini dikuasakan enjin satu silinder 123.6cc dengan sistem penyejukan udara yang menghasilkan kuasa 9.4hp pada 8,000rpm dan tork 9.5Nm pada 6,000rpm.

Reka bentuknya ringkas tetapi moden dengan penggunaan lampu LED, panel meter LCD dan rim 14 inci yang sesuai untuk kegunaan urban. Ketinggian pelana 750mm menjadikan model ini mesra untuk pelbagai saiz penunggang. Tangki bahan api 4.5 liter pula menawarkan jarak perjalanan yang sesuai untuk kegunaan harian.

Morbidelli ViZY 125 ditawarkan pada harga asas RM4,988 dengan tiga pilihan warna iaitu Dash Yellow, Bulk Black dan Stun Red.

Jika Vizy 125 menumpukan kepada aspek praktikaliti manakala Morbidelli SC200SR pula hadir dengan karakter yang jauh lebih agresif. Rekaan badan yang tajam dan sporty memberikan identiti tersendiri, menjadikannya antara skuter yang paling menyerlah dalam kelasnya.

Skuter ini menggunakan enjin satu silinder 169cc dengan sistem penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 16hp pada 8,000rpm dan tork 15.1Nm. Padanan transmisi CVT memastikan penghantaran kuasa yang lancar sama ada ketika meredah kesesakan bandar mahupun mengekalkan kelajuan di lebuh raya.

Antara ciri menarik yang ditawarkan adalah sistem brek-brek cakera, sistem ABS, panel meter LCD digital, soket USB, ruang simpanan bawah tempat duduk dan sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS).

Model ini ditawarkan pada harga asas RM7,988 bersama tiga pilihan warna iaitu Kingfisher Green, Bulk Black dan Sprint Purple.

berbeza dengan kedua-dua model yang dilancarkan, Morbidelli C252V merupakan sebuah motosikal berkonsepkan gaya cruiser yang menggunakan enjin 249cc V-Twin, empat lejang dengan sistem penyejuk cecair.

Enjin yang ditawarkan mampu menghasilkan kuasa 25.5hp pada 9,000rpm dan tork 25Nm pada 5,500rpm. Model yang didatangkan dengan transmisi 6-kelajuan ini turut dipadankan bersama sistem klac jenis Slipper untuk proses penukaran gear yang lebih lancar.

C252V turut dilengkapi pelbagai ciri premium termasuk fork USD, sistem ABS dua saluran, Traction Control, brek-brek cakera dan pelana setinggi 690mm. Tangki bahan api berkapasiti 15.5 liter pula menjadikannya sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Morbidelli C252V hadir dalam tiga pilihan iaitu Moss Green, Bulk Black dan Urban Silver. Model ini ditawarkan pada harga asas RM16,988. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Model Baru

    KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Artikel berkaitan

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.