Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 10 April 2014

KTM RC250R Moto3 Racer : Pahlawan Kental Dari Austria

Selepas kejayaannya memintas penjualan motosikal BMW pada tahun 2012 dengan jumlah 107,412 unit, jentera keluaran syarikat Austria iaitu KTM ini antara yang paling produktif pernah dihasilkan oleh syarikat dari Eropah. Namun begitu, ia masih belum cukup untuk menandingi pengeluaran tahunan motosikal Honda walaupun jumlahnya ditambah dengan 3.7 juta pengeluaran dari rakan niaganya di India iaitu Bajaj Auto.

Jadi, cara lain untuk menewaskan Honda ialah menerusi perlumbaan di peringkat dunia. Kali pertama ialah pada tahun 2012 menerusi pelumba kelahiran Jerman iaitu Sandro Cortese yang ketika itu mendapat perhatian para peminat sukan motosikal di seluruh dunia – mereka berjaya! Selepas itu, KTM sekali lagi berjaya menewaskan para pencabarnya dengan beberapa lagi jagoan iaitu Maverick Vinales, Alex Rins dan Luis Salom manakala pencabar terdekat KTM iaitu Honda hanya mampu menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Di sebalik kejayaan ini, KTM sebenarnya agak lambat iaitu pada bulan November 2010 untuk membuat keputusan menyertai kategori baru yang diperkenalkan ketika itu. Ia adalah strategi baru di Jabatan Perlumbaan selain menyertai perlumbaan Superbike. Ketika itulah mereka baru membina RC250R dan enjin pertama yang diuji menerusi sistem dyno ialah pada tanggal 26 Ogos 2011

Apabila segala telah siap sedia, model perlumbaan KTM RC250R akhirnya dapat kita lihat berada di atas litar pada bulan November 2011 dan memulakan saingan dalam Moto3 pada April 2012 di Qatar. Ketika itu juga jentera KTM ini telah berjaya menunjukkan kemampuannya untuk mendapatkan posisi paling hadapan. Cortese mendapatkan kejuaraan pertama KTM dalam Moto3 pada pusingan ketiga di Estoril. Selepas itu, mesin-mesin dari Austria ini telah mencapai kejayaan demi kejayaan yang cukup menakjubkan.

Sehingga kini, mereka telah pun memenangi sebanyak 21 pusingan Moto3 dengan bergaya sekali. Kejayaan ini menyebabkan Honda pastinya akan melakukan atau menghasilkan sesuatu yang lebih kompetitif untuk persaingan tahun 2014.

Untuk merasakan kepantasannya, saya telah diberikan peluang untuk menguji mesin milik Luis Salom iaitu RC250R 2013 di Almeria ketika pasukan Red Bull Ajo sedang mengadakan ujian dan latihan.

Sebaik sahaja duduk atas mesin ini, kita sudah dapat merasakan KTM menawarkan pakej yang jauh lebih sempurna. Mesin ini dibuat khusus untuk penunggang tinggi seperti Salom (1.7m) dan tentulah sesuai juga untuk saya yang berketinggian 1.80m ini. Pelananya dibuat menggunakan getah yang cukup melekat – sangat selesa.

Mesin ini seberat 80kg yang mampu melunjur sepantas 245km/j manakala sistem ekzos Akrapovic memberikan bunyi yang cukup-cukup mantap. Putaran enjin agak tinggi walaupun dalam keadaan melahu iaitu sekitar 3,000rpm tetapi ia tidak memberikan masalah kerana jentera ini dilengkapi dengan slipper clutch yang banyak membantu ketika kita cuba memperlahankan kelajuan apabila sampai di selekoh.

Kuasa momentum merupakan antara perkara penting yang perlu difikirkan ketika menyediakan mesin 250 empat lejang untuk berlumba. RC250R ini menawarkan kuasa setinggi 56bhp pada 13,800rpm – lebih 10% daripada mesin 500GP yang digunakan oleh Manx Norton 45 tahun yang lalu. KTM ini yang agak ringan menjadikan pengendalian lebih mudah dan stabil. Ia bagaikan sebuah mesin 600cc yang telah dikecilkan atau pun mesin 125cc yang dibesarkan sedikit.

Benar! Mesin lumba ini cukup-cukup meyakinkan – sepanjang 10 lap saya bersamanya, ia cukup menyeronokkan sehingga terasa sedih untuk mengembalikannya. Kita mudah memahami segala karaktor dan sifatnya. RC250R ini kompak tetapi tidak menyukarkan kita untuk beraksi mahu pun mengubah posisi ke kiri mahu pun ke kanan.

Apa pun, untuk mendapatkan prestasi yang optimum ketika berlumba, pengendalian mesin ini memerlukan kemahiran yang tinggi untuk penggunaan brek, kawalan kelajuan dan pengambilan selekoh. Sepasang brek cakera 218mm di depan tidak memberi cengkaman yang sempurna berbanding mesin Karel Hanika yang menjuarai Red Bull Rookies - dia hanya menggunakan cakera tunggal bersaiz 290mm. Walau pun begitu, mesin ini menawarkan kawalan hendal yang sangat-sangat tepat menjadikan proses yang sukar menjadi senang.

Bagi penunggang yang saiz seperti saya, cermin hadapan dirasakan masih terlalu kecil – menyukarkan saya untuk menyorokkan kepala sewaktu memerah tenaga mesin ini di laluan lurus di litar Almeria. Lap demi lap, saya semakin selesa dan mendapat momentum yang dikehendaki. Saya mula menggunakan gear-gear teratas mengikut gaya perlumbaan dan pada masa yang sama mencari keserasian cara menggunakan brek-brek KTM.

Oleh kerana penggunaan Ride By Wire (RBW) tidak dibenarkan di dalam Moto3, kita perlu banyak menggunakan klac untuk menurunkan kedudukan gear sewaktu membrek dengan keras tetapi slipper clutch model ini berfungsi dengan baik sekali – memberikan sedikit brek enjin. Terasa juga ketika ini kita seperti sedang menunggang jentera 125GP, dua lejang yang menawarkan proses penukaran gear lima kelajuan dapat dilakukan dengan lancar tanpa melakukan teknik ‘blipping’.

Teknik ‘blipping’ ini merupakan proses penggunaan (memutar) pendikit sambil menggunakan sedikit brek sewaktu kita menurunkan gear. Proses ini dapat membantu motosikal lebih stabil ketika membrek dengan keras, mengelakkan tayar belakang daripada terkunci ketika menurunkan gear dan melindungi sistem transmisi daripada mudah rosak. Walaupun pengendalian KTM RC250R ini memerlukan masa untuk kita benar-benar mahir tetapi apabila berjaya melakukannya, kita pasti akan berpuas hati!

‘Bintang’ sebenar KTM ini ialah enjinnya yang cukup hebat – kuasa torknya lebih daripada jangkaan saya. Kekuatan kuasanya dapat kita rasakan bermula pada 7,000rpm sehinggalah 14,000rpm tetapi ia tetap dapat dikawal malah lebih mudah berbanding model Mahindra yang saya uji sebelum ini. Dalam gear-gear rendah, kita dapat menarik pendikit hingga ke tahap maksimum tanpa berlakunya sentapan dan gangguan pada kotak gear enam kelajuan.

Dalam gear keempat dan kelima, lampu penukar gear akan berkelip hanya apabila putaran enjin mencecah 13,800rpm tetapi pada tiga gear terawal, lampu penukaran gear berkelip pada kadar rpm lebih rendah. Kita memecut ke tahap maksimum mengikut kekuatan kuasa tork yang ditawarkan oleh enjin ini. Seperti mana kita memilih untuk menggunakan sistem traction control (TC) ke tahap paling rendah sewaktu menunggang di hari yang cerah – untuk mendapatkan kadar pecutan paling maksimum.

Saya telah menunggang dan berlumba enjin empat lejang satu silinder sepanjang hidup dan berpendapat sistem ekzos KTM Moto3 ini antara yang paling sedap pernah dihasilkan cuma ia tidaklah begitu bising jika dibandingkan dengan mesin-mesin yang berlumba dalam Rookies Cup. Saya dapat merasakan betapa hebatnya perlumbaan Rookies Cup ini ketika 36 buah jentera sama jenama, sama sistem ekzos berentap sesama sendiri.

Perlumbaan Moto3 juga merupakan satu langkah penting bagi setiap pengeluar seperti KTM untuk memperkenalkan jenama mereka di pasaran dunia berbanding kategori MotoGP. Ini dibuktikan dengan peningkatan penjualan mesin-mesin ini di Asia, Amerika Selatan dan di timur Eropah di mana persaingan pasaran motosikal berkuasa rendah lebih sengit.

Persaingan ini jelas cukup kuat. Setakat ini KTM sudah pun mempunyai tapak asas di perlumbaan motosikal untuk perkenalkan mesinnya. Husqvarna juga akan kembali ke perlumbaan Moto3 manakala Mahindra juga sedang mempertingkatkan kualiti mesinnya. Honda pastinya akan cuba memberikan saingan sengit dalam perlumbaan agar penjualan model CBR300R akan terus mendapat sambutan.

Lebih ramai ‘pemain’ akan datang lagi memeriahkan lagi segmen motosikal pertengahan ini. Hero MotoCorp yang kini tidak lagi bekerjasama dengan Honda akan memperkenalkan model barunya EBR/Erik Buell-Development 250 satu silinder (sudah tentu Erik Buell akan membangunkan sebuah mesin perlumbaan Moto3 demi mempromosikan keluaran barunya itu.)

Triumph turut mengesahkan jentera 250nya akan diperkenalkan pada tahun 2015 dan BMW juga sedang bekerja keras untuk mengeluarkan sebuah mesin sub-500cc yang akan dibuat di India oleh TVS untuk pasaran dunia. Ini akan membawa kepada kehadiran jutaan pelumba muda baru yang akan cuba membuktikan kehebatan jenama motosikal yang mereka wakili dan ternyata perlumbaan Moto3 akan menjadi medan persaingan pasaran antara pengeluar motosikal di seluruh dunia. KTM juga telah memperkenalkan model yang dibangunkan bersama Bajaj iaitu RC125/200/390R sportbikes.

Menyertai perlumbaan Moto3 dan membina sebuah mesin yang mampu bergelar juara sememang tujuan utama Stefan Pierer dan pasukannya di KTM dan kesungguhan mereka telah pun dibuktikan dengan berdirinya para pelumba KTM di atas podium juara keseluruhan sebanyak dua kali setakat ini. Adakah mereka mampu untuk mempertahankan kejuaraan ini buat kali ketiga? Kita nantikan… RR

Laporan: Alan Cathcart
Foto: Francesc Montero

Isu Pada

April 2014

Spesifikasi

Enjinsilinder tynggal DOHC, 4 injap, sistem penyejuk cecair
Isipadu249.92cc
Gerek & Lejang
Nisbah Mampatan15:1
Kuasa Maksimum56hp pada 13,800rpm
Tork Maksimum
Tinggi Pelana760mm
Isi Tangki
Berat
PengeluarKTM Spottmotocycles AG, /mattighofen, Austria

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk Benelli Panarea 125.

Warta Roda

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model Keeway XDV180 Evo

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.