Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 10 Julai 2026

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Kalau kita bercerita tentang jentera jalanan atau Streetbike kelas pertengahan yang betul-betul seimbang dari segi power, pengendalian dan feel tunggangan, Triumph Street Triple 765 adalah antara yang paling cemerlang. Ya..dari segi rupanya pun memang cukup mengancam tetapi untuk menjadikannya motosikal impian, wajah 'hensem' semata-mata tak mencukupi. Lagi lama ride, lagi banyak benda kami dapat nikmati dan hargai.

Sekali lagi, model yang diuji kali ini ialah Street Triple 765RX dan ia merupakan varian paling premium dengan pelbagai komponen dan aksesori dari jenama terunggul serta ditawarkan pada harga RM81,100. Membezakan antara model ini dengan varian standard antaranya ialah fork hadapan jenis terbalik (USD) dari Ohlins NIX30, bar hendal jenis 'clip-on' sporty, brek hadapan jenis Brembo Stylema dan kemasan akhir berinspirasi dunia perlumbaan.

Dengan beberapa spesifikasi diambil daripada dunia perlumbaan, Triumph berjaya buat motor ini rasa lebih ringan, lebih sporty tanpa menjadikannya sebuah mesin yang terlalu garang untuk rider biasa. Ini bererti, rider 'beginner' pun masih boleh menikmati RX ini untuk semua jenis tungggangan dan pada masa sama, jentera ini adalah teman terbaik buat penunggang yang berpengalaman.

Street Triple 765RX didatangkan dengan enjin 765cc tiga silinder, dengan hantaran kuasa setinggi 18hp dan tork 80Nm. Melihat pada angka ini pun sudah cukup untuk memberitahu kita akan kekuatan tenaganya untuk meluncur dengan cukup pantas. Bila pulas throttle, enjin memberikan respon yang cukup cepat tapi tak mengejut. Sedap ketika kita keluar corner. Lagi-lagi bila berada dalam kedudukan gear ketiga di laluan berbukit. Posisi menunggang memang agak sporty tetapi dimensi keseluruhan membuatkan penunggang berkaki panjang pun rasa selesa.

Triumph tawarkan beberapa jenis mod tunggangan seperti Rain, Road, Sport dan Track dengan setiap pilihan memberikan respons enjin yang berbeza. Paling 'syahdu' tentulah mod Sport yang 100% potensi kuasanya dapat kita nikmati di setiap posisi gear tanpa ragu-ragu. Bila pilih mod Sport, terus rasa enjin motor ini 'bertukar' lain macam. Throttle jadi lebih agresif dan respon lebih cepat.

Untuk lebih santai, saya secara peribadi selalu memilih mod Road kerana cukup sesuai untuk di jalan biasa. Betul...mod Road adalah yang paling 'balance' untuk harian. Kalau rider suka feeling connected dengan pendikit dan enjin triple Triumph ini mod paling syok.

Tapi....pada waktu-waktu tertentu, saya juga suka dengan mod Rain. Mod ini saya gelarkan, 'Penyelamat Cuaca Tak Menentu'! Sebagai warga Malaysia, kita semua tahu cuaca negara ini memang susah nak jangka. Tengah panas terik, tanpa disangka, lima minit lepas tu hujan turun dengan cukup lebat. Masa inilah mod Rain sangat berguna. Bila tukar ke mod ini, throttle respons bertambah lembut dan traction control juga lebih membantu supaya tayar belakang tak mudah hilang kawalan di atas permukaan yang basah.

Apa pun, bunyi enjin triple Triumph memang ada identiti sendiri. Masa dalam keadaan 'idle' bunyinya tepat, 'kemas' dan deep. Tapi bila RPM makin meningkat, terus jadi garang. Namun begitu, ada juga terasa haba panas dari bahagian enjin lebih-lebih lagi di waktu tengahari tetapi ia tidaklah sehingga mengganggu.

Memecut dengan Street Triple ini memang sesuatu yang menyeronokkan! Sistem Quickshifter boleh saya katakan adalah antara yang paling lancar dan lembut dalam kelasnya. Naik gear tak payah tarik clutch. Proses menurunkan gear pun lancar kerana ia hadir dengan auto blip. Bila kita masuk corner, turun gear beberapa kali sambil dengar bunyi 'letupan' kecil dari sistem ekzos memang betul-betul 'addictive'. Tak lupa juga, sistem anti-wheelie benar-benar membantu pecutan lebih terkawal dalam tiga gear terawal.

Sistem saspensi depan (Ohlins NIX30 boleh laras) dan belakang (Onlis STX40) yang ada pada model RX ini memang level tertinggi, ya.....ready terus untuk prestasi maksimum di litar. Mungkin ada yang akan katakan, set-up sistem saspensi ini kurang sesuai untuk tunggangan harian tetapi bagi saya secara peribadi, tindak balasnya dalam apa jua keadaan memang cukup memuaskan hati. Seperti yang katakan awal tadi Triumph Street Triple RX ini menawarkan pengendalian antara yang terbaik pernah saya rasakan.

Mungkinkah kita perlu meragui kualiti pembikinan khususnya di bahagian luaran untuk RX ini? Saya rasa tak perlu kerana setiap inci direka kemas, penuh identiti tersendiri dan cukup premium. Panel TFT yang dimiliki oleh model ini juga cukup jelas - mudah kita melihat segala info yang dipaparkan dan cepat untuk membuat talaan.

Namun begitu, walaupun Street Triple ni best, ada juga benda yang kena terima. Dah nama pun model jalanan... tamparan angin dari depan memang kuat. Kalau kita memecut di highway dengan kelajuan di bawah 140km/h, masih okay. Tapi bila lama sangat dengan high speed, memang agak penat pada bahagian leher dan bahu. Tapi itulah sebahagian “feel” naked bike. Lebih exposed, lebih rasa connection dengan jalan dan cuaca. Anda setuju?

Kesimpulannya, Triumph Street Triple ini cukup selesa untuk harian, cukup ganas untuk weekend ride, dan cukup canggih untuk terus mencabar di zaman era moden ini. Tak keterlaluan kalau saya Triple 765 RX  ni jenis motor yang makin lama ride, makin puas...makin laju kita nak pulas. RR

Spesifikasi

Enjin:3 silinder, DOHC, sistem penyejuk cecair, 12 injap
Isipadu:75cc
Kuasa maksimum:128hp pada 12,000rpm
Tork maksimum80Nmm pada 9,500rpm
Saspensi hadapanfork USD, Ohlins NIX30 boleh laras
Saspensi belakangpenyerap hentak Ohlins STX40
Tayar hadapan120/70 ZR17
Tayar belakang180/55 ZR17
Brek hadapan2 x cakera 310mm Brembo Stylema + ABS
Brek belakang cakera tunggal 220mm Brembo + ABS

Popular

  • Warta Roda

    Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

  • Warta Roda

    MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

  • Warta Roda

    Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

  • Dari Litar

    Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

  • Dari Litar

    Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Artikel berkaitan

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Ramai Sangka Ada Turbo, Sebenarnya Inilah Rahsia YAMAHA NVX SP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pedro Acosta Bersama Ducati Untuk Musim 2027 dan 2028. Marc Marquez Sambung Kontrak!

Pedro Acosta kini dengan rasminya menyertai pasukan Ducati bersama dengan Juara MotoGP tujuh kali, Marc Marquez.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Dari Litar

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas kejayaan di BRON, Hakim Danish mahu teruskan momentum positif di pusingan berikutnya.

Dari Litar

Hakim Danish Buru Mata Di GP Republik Czech

Hakim Danish Ramli mahu bangkit untuk mengutip mata kejuaraan pada pusingan GP Republik Czech yang akan berlangsung di Litar Automotodrom Brno