Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 31 Disember 2025

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Kadang-kadang perancangan yang kita buat dengan lebih awal untuk menunggang tidak selalu jadi seperti yang dirancang. Itulah yang berlaku ketika sesi tunggang uji bersama model skuter yang amat popular di Malaysia iaitu Yamaha NVX SP. Niat asalnya mahu menikmati perjalanan santai menuju ke Janda Baik, Pahang. Tetapi disebabkan faktor cuaca, kami terpaksa menuju ke lokasi lain.

Sebelum kami memulakan cerita, untuk makluman pembaca semua, unit tunggang uji ini merupakan Yamaha NVX versi yang ketiga di mana model ini telah mengalami perubahan dan naik taraf yang besar berbanding versi terdahulu. Yamaha NVX V3 ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu ABS dan SP (Sport Performance). Dari segi reka bentuk, kedua-duanya berkongsi DNA yang sama dengan penampilan sporty dan moden. Namun begitu, varian SP tampil dengan beberapa peningkatan eksklusif yang tidak ditawarkan pada versi Standard, menjadikannya pilihan lebih sesuai untuk penunggang yang mahukan prestasi dan ciri tambahan.

Perjalanan dimulakan dari Kuala Selangor pada waktu pagi. Cuaca pada awalnya agak baik sekaligus memberikan keyakinan kami untuk meneruskan perjalanan. Menunggang NVX SP di kawasan trafik sesak terasa cukup mudah. Memandangkan sistem transmisinya jenis CVT memudahkan kami untuk mencelah. Posisi tunggangan cukup selesa untuk kegunaan harian. Tinggi pelana hanya sekitar 790mm sesuai bagi semua jenis penunggang tidak kira lelaki mahupun wanita.

Ketika perjalanan menghampiri Terowong Genting Sempah, langit mula bertukar gelap dan tidak lama selepas itu hujan turun dengan lebat. Melihat keadaan hujan yang semakin lebat, kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke Janda Baik atas faktor keselamatan. Rancangan di ubah segera untuk ride di kawasan sekitar Kuala Lumpur.  Walaupun tidak sampai ke destinasi asal, peluang ini digunakan untuk merasa kelebihan Yamaha NVX SP beraksi di dalam kawasan bandar.

Sekali pandang, NVX SP ini memang cantik sekali. Rekabentuknya aerodinamik, dua pasang lampu LED yang garang serta panel-panel tersusun kemas untuk memberukan imej skuter sport ini tampak lebih premium. Walaubagaimanapun NVX V3 masih dijana enjin satu silinder 155cc VVA, 4-lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 15.4hp pada 8,000rpm dan tork 14.2Nm pada 6,500rpm.

Bila berbual tentang praktikaliti, sebagai sebuah skuter mesti ada ruang simpanan bawah pelana. Yamaha NVX SP menawarkan ruang bawah tenpat duduk yang selesa. Cumanya kalau nak letak topi keledar perlu diterbalikkan supaya pelana dapat ditutup dengan rapat. Ruangan ini juga amat berguna jika kata ingin menunggang jauh, ulang alik kerja dan tunggangan harian untuk meletakkan barang. Selain itu, bahagian hadapan juga turut ada ruang simpanan kecil yang boelh memmuatkan telefon bimbit atau dompet.

Apa yang membuatkan varia SP ini berbeza dengan model ABS? SP bukan sekadar skuter automatik biasa. Ia tampil dengan teknologi CVT baharu dikenali sebagai Y-ECVT (Yamaha Electronic Continuously Variable Transmission) untuk mengawal sistem Y-Shift dan juga mod tunggangan. Semasa kami berada di lebuhraya, Y-Shift ini amat berguna ketika memotong kenderaan lain. Sebaik sahaja menekan butang Y-Shift di bar hendal sebelah kiri, jentera terasa seperti menurunkan kedudukan gear di mana enjin bertindak sebagai brek tambahan. Hasilnya enjin kembali segar untuk memecut. 

Teknologi ini bukan sahaja berguna untuk memotong tetapi sangat berfungsi ketika naik/turun bukit dan semasa mengambil selekoh. Dengan adanya Y-Shift ini  NVX SP terasa lebih terkawal ketika masuk selekoh dan turun bukit dengan mudah tanpa hanya bergantung pada brek depan atau belakang. Y-Shift ini hadir dengan tiga tahap iaitu Low, Medium dan High.

Seperti yang kita tahu, mod tunggangan hanya ditawarkan pada jentera kelas pertengahan dan ke atas. Namun, Yamaha NVX mencipta kelainan apabila menjadi antara skuter pertama dalam kelas 155cc yang hadir dengan ciri mod tunggangan. Varian SP dilengkapu dua mod tunggangan iaitu T (Town) dan juga S (Sport). Kedua-duanya menawarkan respon enjin yang berbeza di mana untuk mod Town sangat sesuai bagi tunggangan di dalam bandar ataupun santai.  Manakala Sport pula bagi mereka yang inginkan prestasi enjin lebih agresif.

Sebaik sahaja tiba di kawasan bandar, skuter ini terasa cukup lincah. Saiz badannya tidak terlalu besar memudahkan kami untuk menyelit di antara kenderaan ketika trafik sesak. Berat NVX SP ini pula hanya 130kg mudah untuk kami menarik jentera ini ke kiri dan ke kanan. Kehebatan jentera ini bukan sahaja pada rekabentuk dan juga teknologi yang ada, tetapi casisnya memang padu sekali. Skuter ini terasa cukup stabil kekita memecut walaupun kami membawa pembonceng. 

Bukan sahaja cemerlang di lebuh raya, malah NVX ini turut menunjukkan kestabilan yang meyakinkan ketika melalui laluan berselekoh. Setiap selekoh dapat diambil dengan lebih yakin hasil sumbangan sistem suspensi yang direka untuk memberikan kawalan optimum serta keseimbangan yang mantap, menjadikan tunggangan lebih selesa dan stabil dalam pelbagai situasi. Bahagian hadapan menggunakan fork jenis teleskopik manakala belakang hadir dengan penyerap hentak berkembar.

Satu peningkatan penting yang ada pada Yamaha NVX V3 ialah pada sistem breknya. Jika dibandingkan dengan model terdahulu, versi baharu ini tampuil dengan brek cakera di bahagian belakang  bagi emnggantikan brek jenis drum yang digunakan sebelum ini. Ciri ini dapat memberukan kuasa memberek yang lebih responsif terutama semasa brek mengejut. tambahan pula model ini turut hadir dengan sistem ABS untuk mengelakkan tayar tidak mudah terkunci ketika membrek dengan kuat.

Sepanjang tunggang uji di kuala Lumpur, dengan keaadan jalan yang masih basah memberikan keyakinan penunggang dengan lebih tinggi untuk menunggang skuter ini. Gabungan brek cakera di depan dan belakang menjadikan proses membrek terasa lebih stabil dan mudah dikawal. Tambahan pula varian Sp ini juga dipadankan dengan sistem Traction Control bagi mengawal kuasa tork ketika berada di permukaan licin dan berpasir.

Antara satu lagi ciri yang menarik perhatian kami pada varian SP ini ialah penggunaan meter TFT (ABS guna meter digital). ia bukan sekadar meter biasa yang memaparkan tahap kelajuan, rpm dan tahap bahan api tetapi hadir dengan skrin bewarna penuh yang moden dan interaktif. Terdapat juga tiga jenis paparan termasuklah untuk penggunaan di dalam litar. Paparan ini utur menyokong sistem navigasi serta sambungan telefon pintar melaqlui aplikasi Y-Connect.

Walaupun terdapat banyak ciri-ciri menarik, namun ada juga beberapa kelemahan yang ada pada model SP ini antaranya adalah sistem saspensi belakang terasa agak keras sedikit. jentera rasa agak bergegar kuat ketika melalui jalan-jalan yang tidak rata. Bagi yang pentingkan keseselaan mungkin perkara ini boleh dipertimbangkan.

Walaupun banyak ciri premium yang ditawarkan, ramai yang merasa harga untuk Yamaha NVX SP di sesetengah kedai agak tinggi bagi dalam kelas dan segmennya yang dijual sehingga RM18,000. Namun, kita sebagai pembeli dan pengguna perlulah bijak mencari dan membuat srvey terlebih dahulu.

Walaupun NVX SP menawarkan pelbagai ciri premium, harganya di sesetengah kedai dianggap agak tinggi untuk kelas dan segmennya sehingga mencecah RM18,000. Kita sebagai pembeli dan pengguna perlulah bijak untuk membuat tinjauan dan perbandingan di setiap kedai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Namun, masih ada kedai yang menawarkan harga sedikit lebih rendah.

Model ini dilengkapi dengan tangki bahan api 5.5 liter yang membolehkan jarak perjalanan sekitar 180-200 kilometer. Namun jika dilihat dari sudut persaingan salam segmen skuter bawah 200cc, saiz tangki pada NVX SP mungkin agak kecil berbanding beberapa jenama lain yang menawarkan tangki lebih besar. Sebagai saranan, mungkin untyuk versi akan datang Yamaha boleh mempertimbangkan kapasiti tangki yang besar agar lebih kompetitif dalam kelasnya.

Secara keseluruhan, walaupun rancangan untuk ke janda Baik tidak kesampaian namun sesi tunggang uji kali ini tetap memberikan gambaran jelas tentang prestasi Yamaha NVX SP. Bagi kami skuter ini bukan sahaja seronok ditunggang di dalam kawasan bandar, malah di luar bandar serta lebuhraya pun cukup mantap. Untuk pasaran negara varian SP hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gunmetal Red dan Cyber Blu dengan harga asas bermula RM14,498. Manakala bagi versi ABS pula ditawarkan pada harga asas RM11,998 dengan dua pilihan warna iaitu Electric Yellow dan Violet Rush. RR

Spesifikasi

EnjinSlilinder tunggal, SOHC, sistem penyejuk cecair
Kuasa maksimum11.3kW (15.4 PS) / 8,000rpm
Tork maksimum14.2 Nm (1.4 kgf.m) / 6,500rpm
Kapasiti enjin155cc
TransmisiY-ECVT
BrekCakera tunggal (depan & belakang)
SaspensiFork teleskopik (depan) & peneyrap hentak berkembar 9belakang)
Tinggi pelana790mm
Isi tangki5.5 liter
P x L x T1,980mm x 710mm x 1,170mm

Popular

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

  • Warta Roda

    Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Artikel berkaitan

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Ramai Sangka Ada Turbo, Sebenarnya Inilah Rahsia YAMAHA NVX SP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Warna Baru Untuk Honda CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch

Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk model CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch.

Dari Litar

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas kejayaan di BRON, Hakim Danish mahu teruskan momentum positif di pusingan berikutnya.

Dari Litar

Penantian 10 tahun Malaysia, Hakim Danish Cipta Sejarah Baru

Hakim Danish Ramli melakar sejarah apabila meraih kemenangan sulungnya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 selepas muncul juara di GP  Republik Czech.

Dari Litar

Marco Bezzecchi Kekal Digantung Di GP Czech

Hukuman yang dikenakan Marco Bezzecchi kekal.