Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 9 Jun 2026

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Kemunculan GSX-8TT memperluaskan lagi barisan model Suzuki berasaskan enjin parallel-twin 776cc yang merupakan sebuah model dengan gabungan elemen klasik dan teknologi moden. Secara amnya, model yang kami tunggang uji ini sebenarnya berkongsikan asas yang sama dengan jentera GSX-8T. Namun perbezaan ketara di antara kedua-dua model ini terletak pada bahagian lampu utama yang disaluti fairingn dan pelindung enjin hanya pada GSX-8TT.

Suzuki GSX-8TT telahpun diperkenalkan untuk pasaran negara pada taun lalu sempena saingan MotoGP 2025. Dari segi rekabentuknya, model ini sememangnya diinspirasikan daripada motosikal Suzuki era 1970-an dan 1980-an, khususnya model perlumbaan jalan raya yang pernah mengharumkan nama jenama Jepun itu di pentas antarabangsa. Rekaan fairing hadapan yang dipadankan bersama lampu utama jenis LED berbentuk bulat mengingatkan kita kepada jentera-jentera klasik Suzuki seperti siri GS1000 yang pernah mendominasi perlumbaan endurance suatu ketika dahulu.

Terima kasih kepada pihak Suzuki Malaysia atas kepercayaan mereka kepada RR untuk membuat tunggang uji model tersebut. Sesi tunggangan kali ini bermula di dalam bandar sebelum menuju ke lebuh raya bagi melihat sendiri kemampuan sebenar motosikal ini. Sebaik sahaja duduk di atas pelana setinggi 810mm, perkara pertama yang kami rasa adalah posisi tunggangan yang cukup santai dan tidak terlalu sporty. Bar hendal yang tinggi dan tempat pemijak kaki penunggang tidak terlalu kebelakang menjadikan posisi badan kami sedikit menegak.

Ketika di dalam kawasan bandar yang padat dengan pelbagai jenis kenderaan, 8TT ini sangat mudah untuk dikawal walaupun mempunyai berat sekitar 203kg. Kehadiran teknologi Ride-by-Wire pula memudahkan lagi pergerakan jentera kerana mempunyai respon pendikit yang lebih lancar. Selepas meninggalkan kawasan bandar, kami memasuki lebuhraya untuk menguji prestasi model ini pada kelajuan tinggi. Kelebihan 8TT ini terletak pada bahagian fairing pada lampu utamanya. Walaupun bukan fairing penuh seperti jentera sport touring, kelebihan yang ada pada model ini sedikit sebanyak membantu melancarkan pergerakan angin daripada menghentam dada penunggang.



GSX-8TT menawarkan enjin Euro5+ yang berkuasa 82hp pada 8,500rpm dan tork 78Nm pada 6,800rpm. Ketika pendikit diperaqh melebihi 150km/j, kami dapat rasakan enjin 776cc Parallel Twin DOHC dengan sistem penyejuk cecair ini sedang beekrja keras denagn semangat sekali. Tambahan pula, sistem quickshifter dua hala yang ada pada model ini memudahkan kami lagi untuk menukarkan kedudukan gear. Walaupun dalam kelajuan tinggi, ciri-ciri aerodinamik pada jentera ini membuatkan GSX-8TT meluncur lebih 180km.j dengan stabil sekali.

Ohh Ya! sepanjang sesi tunggangan uji, kami turut mencuba sistem Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) yang menawarkan tiga pilihan mod tunggangan iaitu A, B dan C. Untuk penunggang baharu, Mod C menawarkan respon pendikit yang lembut dan mudah di terkawal. Mod B pula menawarkan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan yang menjadikan pilihan untuk tunggangan harian. Manakala Mod A memberikan respon pendikit yang lebih pantas dan sesuai untuk tunggangan di lebuhraya.

Selepas puas di lebuhraya, kami mengarahkan pula jentera ini di laluan berselekoh. Penggunaan tayar-tayar bersaiz 120/70-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang) memberikan maklum balas yang baik kepada penunggang. Pengambilan selekoh dengan sempurna turut disumbangkan menerusi penggunaan fork USD di bahagian hadapan yang menawarkan proses hentakan dengan baik manakala sistem saspensi belakang jenis penyerap hentak tunggal mengelakkan daripada jentera mudah berbuai. 

Untuk disepadankan dengan kemantapannya di jalanan berselekoh, 8TT dilengkapi sepasang brek hadapan jenis cakera berkembar dan brek cakera tunggal di belakang serta kedua-duanya disempurnakan dengan sistem ABS. Pakej ini membolehkan kita memperlahankan kelajuan jentera dengan pantas sambil mengekalkan tahap keselamatan. 

Tangki bahan api GSX-8TT direka dengan bentuk yang agak lebar di bahagian tengah namun masih ergonomik apabila dirapatkan dengan lutut. Rekaan ini bukan sahaja membantu memberi kawalan yang lebih stabil ketika menunggang, malah menambah keyakinan terutama apabila memasuki selekoh atau ketika menunggang pada kelajuan tinggi. Dengan isian penuh tangki 16.5 liter, kami dapat menunggang jentera ini sekitar 250 hingga 300 kilometer bergantung gaya dan cara tunggangan.

Walaupun memiliki gaya retro, GSX-8TT sarat dengan teknologi moden yang lain antaranya Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), Traction Control (3 tahap), lampu-lampu LED, soket USB Type-C, Low RPM Assist dan paparan meter TFT 5-inci.

Soket Type-C
Soket Type-C

Secara keseluruhannya, Suzuki GSX-8TT merupakan sebuah motosikal yang berjaya menggabungkan gaya nostalgia dengan prestasi masa kini. Ia menawarkan keselesaan untuk kegunaan harian, kestabilan di lebuh raya, pengendalian meyakinkan di laluan berselekoh serta penampilan yang pasti mencuri perhatian. Unruk pasaran negara, model ini ditawarkan pada harga asas RM63,600 dengan dua pilihan warna iaitu Glass Sparkle Black (YVB) dan Pearl Mat Shadow Green (QU5). RR

Popular

  • Warta Roda

    Honda Vario 160 Tampil Dengan Pilihan Warna Baharu

  • Model Baru

    SENKE Malaysia Perkenalkan SK400-KG - Bermula RM21,800

  • Dari Litar

    Qabil Irfan Sasar Keputusan Positif di Magny-Cours

  • Warta Roda

    Royal Enfield Malaysia Perkenalkan Himalayan Mana Black Edition - Bermula RM32,700.

  • Warta Roda

    MODENAS Lancar Program Z15GT Care di Seluruh Negara

Artikel berkaitan

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Ramai Sangka Ada Turbo, Sebenarnya Inilah Rahsia YAMAHA NVX SP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Royal Enfield Malaysia Perkenalkan Himalayan Mana Black Edition - Bermula RM32,700.

Royal Enfield Malaysia telah memperkenalkan Himalayan Mana Black Edition ke dalam pasaran negara pada harga asas Bermula RM32,700

Warta Roda

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Selama 15 tahun, festival ini berkembang daripada sebuah perhimpunan kecil komuniti kustom kepada acara gaya hidup yang menjadi tumpuan peminat automotif bukan sahaja di Malaysia, malah dari seluruh Asia.

Warta Roda

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Advenduro-X merupakan perlumbaan sukan permotoran lasak yang mendapat pengiktirafan daripada Motorsports Association of Malaysia (MAM).

Warta Roda

Ibu Pejabat Jualan Boon Siew Honda Kini di Kota Damansara

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini secara rasmi mengumumkan pembukaan Ibu Pejabat Jualan barunya di Kota Damansara.