Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 16 Julai 2025

Menunggang Penuh Gaya Dengan Hanway Heritage 400

Ketika 'peperangan' skuter melanda pasaran motosikal negara, Hanway Malaysia tampil bergaya dengan sebuah jentera dari siri 'B' iaitu Bobber yang menggabungkan rekabentuk estetik vintaj dengan kejuruteraan kontemporari.

Itulah dia Heritage 400 yang dilancarkan pada akhir April yang lalu. Jujurnya, tak sangka model ini menawarkan bukan saja rekaan yang cantik tetapi kemasan akhir yang wajar diberi pujian.

Paling menarik sudah tentulah harganya, bayangkan anda menikmati perjalanan dengan sebuah jentera 'sehensem' Heritage pada harga RM22,800. Ya...cukup murah untuk sebuah bobber gaya klasik dengan enjin 400cc pula!

Terima kasih buat Hanway Malaysia yang memberi kami peluang menunggang uji jentera ini dan untuk memberikan respon yang berbeza, saya dan Redz telah menunggang ujinya. Dari segi saiz badan dan berat, sudah tentu beza antara kami berdua tu agak ketara.

Okay. Kita mulakan dengan rekabentuknya. Jelas....Model ini mudah memikat hati sesiapa sahaja, tengok dari jauh cantik...tengok dari dekat anggun. Ada juga yang memberi komen bahawa model ini juga ada sedikit penggayaan jentera cafe racer. Tengok lampu depan, cermin sisi, panel meter dan lampu isyaratnya berbentuk bulat memang sinonim dengan gaya bobber. Cun!

Beratnya 198kg manakala pelananya yang setinggi 690mm bolehkan jentera ini boleh ditunggang pada bila-bila masa dan oleh sesiapa sahaja. Kalau berat sampai nak tolak pun susah macam tak praktikal pula kan? Sebaik sahaja kita duduk di atas bobber ini, terasa akan keselesaan dan paling best, terus rasa hensem!

Enjin 401cc, empat lejang dwi-silinder DOHC, sistem penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) bernafas dengan segar dan padu sebaik sahaja kita menekan suis penghidup. Satu pertama juga lembut, tak kuat sangat bunyi 'klak' seperti kebanyakan jentera bobber yang pernah kami tunggangi. Gear seterusnya juga lembut dibantu pula oleh tuas klacnya juga tidak memenatkan.

Gaya mewah tak dapat dipisahkan dengan Heritage ini. Dengan gabungan warna hitam dan krom berkilat, ke mana Hanway ini dibawa, pasti ramai yang akan dekati kami dan bertanyakan tentang jenama serta kualitinya. Saya selalunya terkedu apabila ditanya mengenai proses penyelenggaraan dan ketahanan enjin ini. Ingin dinyatakan di sini, daya ketahanan enjin khususnya, kami tidak pasti kerana hanya diberi peluang untuk menunggang uji jentera ini kurang daripada seminggu.

Aduh...syok betul menyentap enjin 400cc ini di laluan yang terbuka. Gear-gear pertengahan lebih mantap hingga kelajuan dapat mencecah lebih daripada 150kmj dengan mudah. Ekzos kiri/kanan yang dipadankan pada model ini (bijak...cantik) memberikan bunyi yang agak garang. Kalau tukar 'after market' rasanya lebih padu.

Panel meternya cukup ringkas, ada paparan digital menunjukkan info penting seperti posisi gear, tahap kelajuan, isi tangki, masa, jarak perjalanan, trip dan lai-lain manakala meter analog untuk tahap rpm.

Pakej mantap di antara casis (cradle jenis keluli), sistem penyerap hentak dan sistem brek Heritage ini membuatkan perjalanan khususnya di laluan berselekoh lebih meyakinkan. Fork hadapan jenis teleskopik bekerja dengan cukup baik cuma penyerap hentak belakang agak keras. Kalau melalui jalan-jalan berbonggol atau kurang sempurna, sangat terasa lebih-lebih lagi di bahagian pinggang. Diharap pihak Hanway Malaysia segera atasi masalah ini. Terima kasih!

Walaupun model yang kami uji ini menggunakan 'single seat' tetapi para pelanggan yang memberi Hanway Heritage ini turut akan menerima pelana untuk pembonceng yang boleh dipasang dengan mudah. Apabila berada di dalam bandar, Heritage ini bukan 'si kura-kura' yang sukar untuk mencelah. Ya...dengan tubuh badan yang ramping, 'selamber' sahaja saya memgendalikan bobber ini di tengah-tengah bandar. Memang senang nak kawal.

Satu perkara lagi yang saya puji ialah ketiadaan bahang/haba panas daripada enjin walaupun di dalam kesesakan lalu lintas. Cukup selesa. Mungkin kerana 'riding pants' saya tebal tapi memang tak ada rasa panas yang ketara. Bila dah nampak jalan lurus, pendikit lembut dipulas dan saya dapat nikmati enjin Hanway ini meluncur laju ke depan!

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, penyerapan saspensi belakang yang keras sedikit mengecewakan sedangkan sistem brek ( 2 x brek cakera 300mm depan) dan cakera tunggal 255mm memberikan tindak balas yang baik. Tayar-tayar 'gemuk' pada model ini juga mencengkam permukaan jalan dengan cukup sempurna. Kami agak berpuas hati dengan tahap penggunaan petrol untuk model ini. Pada tangki bersaiz 12 liter, kami dapat mencatatkan perjalanan lebih daripada 200 kilometer dengan mudah sekali.

Kesimpulannya, jika anda yang beminat dengan jentera retro, Hanway Heritage mungkin boleh dijadikan pilihan. Ia cukup bergaya, lincah, jimat petrol dan paling penting menyeronokkan. RR

Popular

  • Warta Produk

    ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

  • Dari Litar

    Marc Marquez Cipta Sejarah di GP Hungary

  • Warta Roda

    Ride The ADVenture Bersama Honda ADV160 RoadSync Cipta Pengalaman Bermakna

  • Pandu Uji

    Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

  • Warta Produk

    Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Artikel berkaitan

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Ramai Sangka Ada Turbo, Sebenarnya Inilah Rahsia YAMAHA NVX SP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

MBS26 | ARIIC Touch 250 & GOBI 250 Masuk Pasaran Negara - Bermula RM13,688

ARIIC Motorcycles mengumumkan ketibaan dua model baharu ke dalam pasaran negara iaitu Touch 250 dan GOBI 250.

Warta Produk

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI Malaysia melancarkan tiga produk terbaharu iaitu M33.1 ARIA NEO, M35.1 SCUDO II dan 52.0 Full Face.

Pandu Uji

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Keliling semua Yamaha Ténéré 700. Tinggi-tinggi, tayar bunga besar, penuh box dan crash bar bercalar. Aku pula datang dengan Tracer yang nampak lebih sesuai pergi makan angin dekat Genting daripada ikut masuk hutan.

Model Baru

KTM Malaysia Lancar 4 Model Siri Baharu KTM 390 - Bermula RM 27,300

KTM Malaysia kembali mencuri perhatian peminat dua roda tempatan menerusi pelancaran rasmi barisan baharu siri KTM 390.