SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu
SYM sememangnya sudah tidak asing lagi buat para pengguna motosikal di Malaysia. Jenama yang datangnya dari Taiwan ini telah pun 'berkhidmat' buat di negara kita sudah sekian lama dan banyak model-model terdahulu masih gagah menyusuri jalan-jalan di seluruh negara.
Dipendekkan cerita, ketika saya dan rakan-rakan media di bawa melawat kilang SYM di Taiwan beberapa bulan lalu, jujurnya saya agak terkejut apabila diberitahu bahawa SYM sekarang ini berada di kedudukan pertama, paling top di Taiwan. Tahniah dan apabila ditanya bagaimana kejayaan in dicapai, pihak SYM Taiwan menyatakan ia adalah hasil kebijaksaan para jurutera dan pasukan pemasaran dalam penghasilkan model-model baru yang lebih cantik, segar dan menepati citarasa para peminat. Sejajar dengan peredaran zaman.


Di sana, kami diberi peluang untuk menunggang uji dua model skuter maksi iaitu SYM ADXTG 400 dan SYM TTLBT 508. Jadi, semasa mula-mula test model ADXTG 400 kat kilang SYM di Taiwan, durasi masa tidaklah begitu lama - lebih kepada “first impression”. Ya...model ini ada potensi, tapi tak cukup masa nak rasa betul-betul ketika .SYM ADXTG 400 ni memang nampak macam mesin adventure urban yang serius.
Model ADXTG 400 ini diinspirasikan dari haiwan pemangsa purba iaitu sejenis harimau 'sabre-toothed'. Seperti yang kita lihat rekabentuk model ini cukup agresif terutama pada bahagian hadapan. Lampu utama jenis LED manampilkan ekspresi mata yang tajam. Manakal lampu DRLnya yang jenis LED berbentuk taring harimau purba. Manakala bahagian panel tengah di antara lampu utama itu seakan akan hidung harimau yang memberikan imej pemangsa yang kuat.

"Minyak kuat tak?"
Jawapan saya: Tidak lah kuat makan minyak tapi bukanlah model skuter maksi paling jimat. Mula-mula dapat test di Malaysia, memang excited sikitlah. Jadi saya selalu buka 'throttle', test 'pick-up', naik tempat tinggi dan dalam keadaan itu, penggunaan bahan api sekitar 21-22 km/liter tetapi bila santai, boleh mencecahg sehingga 27km/liter. Ini untuk satu isian penuh tangkinya yang bersaiz 13 liter.
Selepas dilancarkan ke pasaran negara, agak lama juga kami (RR) menunggu giliran untuk menunggang uji model ini. Pada masa yang sama, kemampuan skuter ini di laluan lasak terbukti padu apabila ia digunakan dalam perlumbaan lasak Rimba Raid dalam kelas E (Skuter Adventure) oleh pelumba muda berbakat iaitu Hazim Hayazi yang berjaya meraih tempat ketiga.

Semasa menunggang uji model ini kat kilang (Taiwan), ruangan 'test' tak cukup panjang nak rasa betul-betul kemampuan enjinnya. Tapi sekarang bila dah guna hari-hari, naik turun bukit, sesak-sesak bandar, pecut di atas lebih raya, baru rasa enjin 399cc ni memang power cukup untuk semua situasi. Enjin bertransmisit CVT dengan pacuan akhir jenis rantai ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 35hp pada 7,000rpm dan tork 37Nm pada 5,500rpm. Memang terasa betul torknya yang hadir cukup awal – senang nak potong lori tanpa perlu pulas habis throttle.
Prestasi cemerlang ADXTG turut disumbangkan oleh teknologi Hyper-VVS (Hyper Variable Valve System) di mana sistem ini membantu proses penggunaan bahan api menjadi lebih jimat serta menawarkan prestasi enjin tidak mengecewakan.
Satu ciri menarik yang dimiliki oleh ADXTG ialah rekabentuknya yang memang garang. Saiz tubuh badan yang mantap, sesuai untuk sebuah jentera yang seberat 213kg. Dari jauh pun dah nampak tegap dan sasa. Posisi menunggang selesa untuk tunggangan solo dan bersama pembonceng. Pandangan saya secara peribadi, untuk sebuah skuter kembara tidak kiralah sesuai untuk laluan lasak atau tidak, ruang bahagian kaki adalah yang utama. Saya suka tempat pemijak yang luas - boleh berlunjur.
Untuk pengendalian yang padu, jurutera SYM meletakkan posisi enjin berada di tengah-tengah - bawah casis. 'Diapit' oleh tangki bahan api di depan dan bateri di belakang. Konfigurasi ini menjadikan pusat graviti lebih sempurna, menjadikan skuter ini stabil dan seimbang. Sayangnya ruangan bawah pelana tidak sebesar yang kita harapkan, hanya satu topi keledar sahaja boleh kita masukkan.

Untuk jadikannya praktikal untuk tunggangan jauh dan dekat, SYM ADXTG ini dilengkapkan dengan beberapa sistem elektronik moden yang sangat membantu. Antaranya sistem Traction Control, Sistem kunci pintar, cermin pengadang angin boleh laras, panel meter digital yang cukup jelas, bar hendal boleh laras, pot pengecas USB, Pelindung Tangan dan semestinya sistem ABS.
Bercerita sedikit ketika di Taiwan, sistem TC, ABS, windshield boleh laras dan mod Off-road. Dulu masa mula-mula test, dalam hati berkata, “Ha...nice, ada feature ni” je. Tapi bila sewkarang dah ride jauh, baru nampak betapa bergunanya fungsi-fungsi ni bukan sekadar gimik. Lebih-lebih lagi bila diuji dengan cuaca yang tidak begitu baik. Windshieldnya cukup tinggi. Masa atas highway, laras atas sikit, terus kurang angin hempap dada.


Betul... Masa hujan lebat, TCS banyak kali selamatkan tayar belakang dari berlakunya spinning dan sistem TCX ini boleh dinyah aktifkan untuk lebih cekap di laluan off-road. Jarak kelegaan tanahnya pun tinggi, tak risau kita akan melanggar bonggol atau akar-akar kayu apabila menunggang di laluan sukar.
Ada yang katakan pelana model ini agak tinggi sedikit. Saya kurang setuju kerana pastinya 'rider' yang membeli ADXTG ini kebanyakannya dah berpengalaman dan mungkin mula-mula rasa susah capai tanah. Tapi percayalah, bila dah biasa, tak ada masalah pun!

Padahal harga bawah RM30K je. Itu yang buat aku lagi puas hati bawa dia — bukan setakat sedap tunggang, tapi sedap mata orang tengok.
Dari segi keselesaan, terdapat juga dua unit pengimbang di dalam enjin untuk mengurangkan gegaran pada motosikal. Sistem saspensi hadapan pula jenis terbalik manakala bahagian belakang menggunakan swingwarm jenis aluminium dengan Sanyang Multilink Suspension. Gabungan ini memang mantap!


Kami menyusuri laluan berselekoh, memecut laju dan masuk sekejap ke kawasan ladang kelapa sawit - ya...penyerapan ADXTG ini wajar diberi pujian. Best betul bila dapat rasa tayar-tayarnya (hadapan 120/70-15, belakang 150/70-14) menggigit permukaan jalan dengan cekap dibantu oleh brek cakera 275mm (depan) & 233mm (belakang),
Saya berpendapat, untuk lebih berdaya saing, ADXTG harus didatangkan dengan panel meter TFT, mod tunggangan (2 pilihan pun cukup), pemanas pendikit dan sistem sambungan bluetooth yang memberi akses kepada perhubungan dan navigasi. Mungkin ada pada ADXTG V2 nanti?


“Dulu aku kenal ADXTG 400 dari luar. Sekarang sudah faham 'dia' dari dalam.” Ia bukanlah sekadar skuter semata-mata tetapi alternatif tepat untuk mereka yang nak bergaya tetapi berkeupayaan adventure. SYM memastikan skuter maksi ini sesuai untuk tungganga harian, ride santai di hujung minggu atau mengembara ribuah kilometer. Semuanya boleh kita nikmati pada nilai hanya sekitar RM30,000. Satu pelaburan yang cukup berbaloi! RR
Popular




