Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 15 November 2018

Yamaha YZF-R15: Idaman Setiap Penunggang

Bercerita mengenai jentera superbike, ramai para peminat motosikal bercita-cita inginkan jentera ala perlumbaan untuk bergaya di atas jalan. Seperti kita tahu, bukan semua orang mampu membeli motosikal seperti ini dengan keadaan ekonomi kita pada masa sekarang yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, Yamaha berjaya menghasilkan sebuah jentera mampu milik yang menawarkan prestasi mengagumkan serta bentuk tubuh yang sangat cantik dan memukau pandangan.

Ini dia Yamaha YZF-R15!!! Sejak diperkenal oleh HLYM pada bulan Julai yang lalu, model ini terus menjadi buah bualan para peminat motosikal. Sekali imbas, R15 tampak seperti model supersport siri R iaitu R6 dan R1. Tidak mustahil lah jentera ini mampu menarik perhatian ramai dengan menampilkan ciri-ciri model perlumbaan, disajikan dengan lekukan badan, tangki dan juga fairing yang tajam dan sport, nampak kecanggihannya di situ.

Rekabentuk luarannya sangat gah dan hebat. Hasilnya dapat kita lihat menerusi keanggunan rekaan dari bahagian kepala sehingga ekor. Rekaan sebegini setiap kali memberikan aura yang cukup tinggi seperti model-model abangnya.

Duduk sahaja di atasnya (tinggi pelana 830mm), pegang sahaja bar hendal fuhhh…. Dengan posisi tunggangan yang ditawarkan pada Yamaha YZF-R15 ini, seperti membawa jentera superbike! Kita bagaikan tidak sabar untuk meluru ke atas jalan. Sebaik sahaja memulas kunci utamanya, memang cukup canggih panel meter R15 yang memaparkan tahap kelajuan, rpm, tahap bahan api dan kedudukan gear. Setiap paparan informasi ini disusun dengan kemas agar pengguna dapat melihat dengan lebih jelas. Jika panel meter ini berlatarkan lampu berwarna, lagi menawan!

R15 dihidupkan dengan sistem elektrik. Sebaik sahaja enjinnya hidup, putaran enjin empat lejang, sejukan cecair ini sangat stabil ketika melahu. Tarik sahaja pendikit dengan sedikit deruman yang terhasil cukup segar. Di bahagian panel bar hendal sebelah kanan terdapat suis lampu ‘hazard’ yang pertama di kelasnya, seperti motosikal berkuasa tinggi untuk kegunaan sewaktu kecemasan.

Dengan enjin berkapasiti 155.1cc, SOHC, dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) memberikan kuasa tolakan yang pasti bertenaga setiap kali bermain di setiap kedudukan gear. Mari kita cerita serba sedikit tentang VVA yang ada pada R15. Dengan teknologi VVA, mesin Yamaha ini dapat memecut dengan mudah walapun pada kelajuan yang rendah di kedudukan gear yang tinggi terutamanya apabila kita menunggang di kawasan bandaraya yang penuh dengan kenderaan empat roda.

Menunggang di jalan lurus yang mempunyai pelbagai kenderaan berat memerlukan sebuah jentera yang mempunyai daya pecutan kuat untuk memintas. Dengan kuasa maksimum 14.2kW 10,000rpm dan tork 14.7Nm pada 8,500rpm tidak jadi masalah untuk R15. Kita hanya perlu menurunkan kedudukan gear sahaja untuk meningkatkan tahap pecutan. Hadir pula lampu penanda penukaran gear pada panel meter agar setiap kelajuan maksimum sentiasa dalam pengendalian kita. Dengan mudah R15 memintas…

Sememangnya R15 memberikan keseronokan kepada setiap penunggangnya. Ternyata jentera bersesaran 155.1cc ini diperkenalkan dengan sistem Assist & Slipper Clutch yang memberikan keselesaan kepada kami. Penukaran di setiap gear lebih mudah dan ringan serta mempertingkatkan lagi kelajuan pada jentera ini dengan lebih cepat.

Dengan berat 137kg, kita dapat rasakan hemburan kuasa yang ditawarkan pada enjinnya. Walaupun berkapasiti rendah ia sangat memuaskan dengan kelajuan yang dihasilkan. Kami dapat memecut jentera ini sekitar 148km/j dan percayalah model R15 boleh pergi dengan lebih jauh lagi. Dengan kelajuan seperti itu, tidak terasa gegaran pada bahagian hendal dan di mana-mana bahagian lain. R15 ini juga dilengkapkan dengan cermin pengadang udara supaya angin dari hadapan tidak menampar tubuh kita dengan kuat. Sememangnya jentera Yamaha direka dengan cukup sempurna sekali.

Kelajuan yang paling sesuai adalah sekitar 60-70km/j. Kerangka jenis Deltabox ternyata jelas memainkan peranan penting supaya jentera yang dipacu berada di setiap selekoh dengan tepat dan selamat. Tidak kira sama ada menunggang bersendirian mahupun berdua, R15 berjaya masuk atau keluar selekoh tanpa sebarang gangguan.

Jarak antara penunggang (ruang lutut) dan bar hendal yang luas memudahkan kita untuk mengawalnya walaupun berada di tempat terhad. Selain penunggang biasa, mereka yang berkaki panjang juga amat sesuai untuk menunggangnya.

R15 ini juga tidak mengecewakan. Saspensi hadapan mesin Yamaha adalah teleskopik jenis terbalik dan ia bertindak dengan kemas walaupun kita membrek dengan keras. Penyerap hentak belakangnya memberikan keselesaan penunggang dan juga pembonceng. Ditambah pula dengan saiz tayar yang lebar, 100/80-17M/C 52P di hadapan dan 140/70-17M/C 66S di belakangnya.

Sistem brek jenis cakera pada jentera ini sangat efektif dengan ukuran diameter 282mm (depan). Kita mampu menurunkan kelajuan motosikal dari 100km/j dengan pantas, mudah dan selamat selepas memecut dalam kelajuan yang paling tinggi tanpa menyebabkan tayar belakang terangkat. Walaupun tanpa Anti-lock Braking System (ABS) ternyata R15 dapat dihentikan dengan sempurna sekali.

Lampu hadapan berkembar direka dengan teknologi LED cukup cemerlang di waktu malam atau kawasan gelap. Ia mampu membuatkan pandangan hadapan dapat dilihat dengan jelas. Kita tidak perlu risau dengan kenderaan yang hadir dari belakang kerana lampu belakangnya yang cantik memberikan suluhan yang terang ketika membrek. Bahagian lampu hadapan dan belakang direka berasingan dengan lampu isyarat demi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan buat penunggang.

Waktu petang sebegini memang sesuai untuk bersantai-santai. Kami singgah di tepi tasik untuk mengambil gambar jentera Yamaha ini. Bergambar sambil menghirup udara segar memang nyaman.

Setelah penat mengambil gambar, mesti letih dan dahaga. Kami mengambil keputusan untuk singgah di gerai makan Warung MotoMoto yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang enak-enak. Dah la sedap… harga pun berpatutan. Kami telah memilih Mee Goreng, Cucur Udang dan Kuey Teow Goreng sebagai menu petang, memang enak dan tak terkata. Antara hidangan utama yang ada di sini adalah Set Ikan Bawal dan Kebab Khabib, tengok sahaja sudah membuat kita terliur. Apa lagi mari singgah ke warung MotoMoto yang terletak di KM 28.7 LDP Kampung Baru Puchong.

Yang membuatkan kami kagum sangat pada mesin ini adalah penggunaan bahan apinya. Dengan tangki yang sebesar 11 liter, ia membolehkan kita bergerak jauh. Bukan 100, 200 tetapi 300 kilometer ke mana sahaja kita ingin tuju dengan pelbagai jenis tunggangan! Apa yang pasti, Yamaha R15 ini memang cukup menjimatkan dan ia adalah hasil kecekapan sistem suntikan bahan apinya.

Kepada para peminat motosikal yang inginkan pengalaman menunggang jentera ala perlumbaan mampu milik, ini dia Yamaha YZF-R15 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu kuning, biru dan hitam. Dengan harga yang ditawarkan pada RM11,988, anda boleh memiliki model tahan lasak, cantik, pantas dan juga sesuai untuk yang ingin berjinak-jinak dengan dunia superbike. RR

Isu Pada

Disember 2018

Spesifikasi

Enjin:sejukan cecair, 4 lejang, SOHC, 4 injap
Gerek x Lejang:58.0 x 58.7 mm
Kuasa maksimum:14.2kW pada10,000rpm
Tork maksimum:14.7Nm pada 8,500rpm
Saspensi hadapan:fork teleskopik jenis terbalik
Saspensi belakang:penyerap hentak
Tayar hadapan:100/80-17MC 52P
Tayar belakang:140/70-17MC 66S
Brek hadapan & belakang:jenis cakera
Isi tangki:11 liter

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan MotoGP Malaysia akan terus dianjurkan selama lima tahun lagi.

Dari Litar

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Dengan kemenanhan di tempat ketujuh melonjakkan lagi kedudukan Hakim Danish di tangga keenam secara keseluruhan.

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.

Dari Litar

Penantian 10 tahun Malaysia, Hakim Danish Cipta Sejarah Baru

Hakim Danish Ramli melakar sejarah apabila meraih kemenangan sulungnya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 selepas muncul juara di GP  Republik Czech.