Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 10 Februari 2015

HONDA CTX 1300 : Empat Dalam Satu

Honda terus mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran dengan perancangan strategi yang cukup hebat dan efektif. Mereka merekrut para pekerja baru untuk menghasilkan model-model terkini yang tidak lagi berada di landasan yang sama dengan jentera-jentera sebelum ini. Apa yang amat penting buat Honda ialah mencampurkan teknologi baru pada setiap model agar menerima penghargaan daripada para pencinta motosikal di seluruh dunia.


Antara kejayaan mereka yang menerima pengiktarafan di seluruh dunia ialah menerusi Semi-Auto Dual Clutch Transmission (DCT). Bermula dari saat itulah Honda terus memperkenalkan model-model baru yang padat dengan teknologi atau dikenali dengan gelaran New Concept (NC) seperti NC/CTX700, Crosstourer 1200 V4, F6B enam silinder, Grom Funbike 125 dan yang terbaru ialah CTX1300.


Strategi terbaru Honda juga ialah dengan meletakkan nama yang sesuai dengan kategori atau jenis mesin itu sendiri. CTX ini bererti Comfort Technology eXperience maka perkara paling utama yang ditawarkan pada pemiliknya ialah kemampuan melakukan pergerakan dengan lincah, selesa dan pengendalian yang sempurna. Keselesaan sesebuah motosikal pengembaraan juga bergantung kepada keluasan beg-beg sisi agar perjalanan tidak terganggu dan CTX juga perlu mempunyai kuasa tork yang tinggi agar pecutan berjaya dilakukan dengan tepat. Ya…inilah yang dikatakan tadi CTX 1300 seumpama empat motosikal dalam satu.


CTX1300 ini tidak menggunakan enjin generasi baru model Crosstourer yang bersesaran 1,237cc tetapi enjin CTX ini diambil berasaskan model ST1300 Pan European yang direka semula dengan teliti sekali. Dengan gerek dan lejang bersaiz 78 x 65mm, model ini menawarkan kuasa 83bhp (62kW) pada 6,000rpm dan tork 106Nm pada 4,500rpm. Kalau nak dibandingkan dengan model Pan European memang agak jauh bezanya. Enjin ini juga dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api PGM-F1 yang telah ditala semula sepenuhnya.


Walaupun begitu, CTX memang agak rendah kuasanya berbanding Pan European dan ini ternyata membongkar satu rahsia iaitu mengapa Honda Amerika tidak mahu meletakkan spesifikasi enjinnya di majlis pelancaran model ini di Selatan California. Selain pelancaran jentera ini, kami juga diberikan peluang untuk menikmati keindahan tempat ini dengan menunggang CTX 1300. Perjalanan kali ini agak menarik! Kami melalui sempadan Mexico sejauh 289 kilometer yang turut merentasi San Diego dan berpeluang melalui sedikit kawasan penduduk Mexico dengan diawasi oleh Pegawai Keselamatan Sempadan.


Pelananya setinggi 735mm, cukup empuk dan mempunyai tempat menyandar yang sangat selesa untuk mereka yang cintakan pengembaraan bermotor. Tempat pemijaknya diletakkan pada posisi yang bersepadan dengan jarak pelana tadi, sedikit ke hadapan berbanding tempat pemijak jentera sport touring tetapi tidaklah sejauh motosikal cruiser. Kedudukan yang sesuai untuk penunggang tinggi, rendah atau sederhana.


Honda memilih untuk tidak melengkapkan model ini dengan klac jenis hidraulik kerana….klac ‘biasa’ yang dipasang pada CTX ini sudah cukup lembut dan progresif. Tangki bahan api yang diletakkan di bawah pelana dan enjin yang rendah memberikan satu lagi keistimewaan pada model ini iaitu pengendalian yang cukup mudah. Kita bagaikan tidak percaya dapat membuat pusingan ‘U’ dengan mudah sekali walaupun tapak rodanya panjang, 1,645mm.


Pergerakan yang pantas dan mudah ini turut kita nikmati ketika kelajuan ditingkatkan. Stabil di laluan lurus dan licik ketika bermain di jalanan berselekoh. Begitu asyik memasuki selekoh sehinggakan miringan semakin lama semakin dalam sehingga tempat pemijak ini hampir tersentuh jalan. Ya…tayar belakang bersaiz 200/50 ZR17 sememangnya dipilih agar menggigit permukaan jalan dengan cemerlang sekali manakala tayar hadapan yang bersaiz 130/75 R18 pula memberikan sedikit ruang kelegaan tanah agar mudah kita mengendalikannya.


Sepasang penyerap hentak Showa di belakang berfungsi dengan baik di jalan-jalan yang berbonggol. Kita dan pembonceng tidak akan terasa melompat-lompat walaupun kadang kalanya terlanggar permukaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik. Fork hadapan Showa jenis terbalik dan bar hendal yang lebar menjadikan CTX ini mampu ‘berlari’ bersebelahan dengan model-model sport tourer dengan bergaya sekali.


Ruang barang di bawah pelana tidak besar dan ini adalah kerana Honda telah melengkapkan CTX ini dengan kotak sisi yang bersaiz 35 liter, bukan sahaja boleh diisi banyak barang tetapi juga amat mudah untuk ditanggalkan, termasuk rangkanya sekali. Tanpa kotak barang dan rangkanya, CTX tampak lebih ramping, sesuai untuk tunggangan dalam bandar! Untuk memudahkan pemiliknya menyimpan barangan kecil, di fairingnya turut dilengkapi dengan beberapa ruang barang lagi.


Teknologi CBS (Combine Brake System) turut dilengkapkan pada model ini untuk meningkatkan prestasi membrek di samping brek-breknya yang berkualiti tinggi. Untuk model-model pasaran Eropah, sistem ABS adalah alatan standard tetapi di USA, sistem ini hanya ditawarkan pada mereka yang membeli model Deluxe sahaja. Selain itu, model Deluxe turut didatangkan dengan traction control, pemati lampu isyarat automatik, pakej audio, sistem bluetooth dan USB untuk memainkan lagu-lagu pilihan. Untuk menambah keseronokan, bunyi speaker CTX ini akan dikuatkan atau diperlahankan mengikut tahap kelajuan motosikal.


Bahagian hadapan CTX menunjukkan persamaan dengan model FB6 yang menawarkan fairing separa lengkap dengan cermin pengadang udara yang direka cukup bijak untuk ‘membenarkan’ udara melalui bahu kita dengan sempurna. Bagi para pengembara, CTX ini mempunyai banyak aksesori tambahan antaranya pemanas pendikit, tongkat tengah, soket GPS, kotak barang belakang 45 liter, lampu kabus LED, cermin hadapan lebih tinggi dan beberapa bahagian berkrom.

Apa pun aksesori yang ditawarkan, ‘bintang’ kita tetap enjin V4nya. Pemetaan sistem pancitan bahan api elektroniknya yang sangat-sangat tepat menjadikan mesin panjang dan berat ini sungguh mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Dari kedudukan sifar, saya menarik pendikitnya yang lembut sehingga putaran enjin mencecah 2,300rpm dan pecutan CTX ini memang sangat menakjubkan. Walaupun ia mampu ‘berlari’ dengan kencang setiap kali kita merentap enjinnya mencecah garisan merah tetapi CTX dihasilkan bukanlah untuk kepantasan.


Gear keempat atau kelima memberikan brek enjin yang sempurna, kita boleh memilih gear-gear untuk masuk/keluar selekoh tetapi apabila melihat laluan lurus di depan mata, kita akan cuba menggunakan gear tertinggi secepat mungkin kerana kenikmatannya sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sistem ekzos yang cantik itu bukan sahaja dicipta untuk bergaya sahaja tetapi terdapat sentuhan oleh para jurutera Honda untuk menambah prestasi mesin ini. Kelajuan paling sesuai untuk merasakan kehebatan CTX ini ialah sekitar 120-130km/j dengan putaran enjin 4,500rpm manakala model Pan European pula kelajuan ideal ialah 160km/j dengan putaran enjin 5,500rpm.


Sememangnya ramai para pencinta motosikal di seluruh dunia mempunyai lebih daripada sebuah motosikal di rumah. Mungkin superbike atau cruiser untuk tunggangan hujung minggu, sport tourer atau custom bagger untuk mengembara dan sebuah lagi jentera mudah untuk ke mana sahaja. CTX ini boleh didapati dalam beberapa pilihan seperti Merah Candy, Hitam Metalik dan Biru Kelabu Metalik.

Dengan melahirkan CTX ini, Honda amat yakin ia mampu mengambil peranan beberapa jenis mesin sekaligus menjadikan seumpama empat motosikal dalam satu. Sememangnya kebijaksaan Honda terbukti dengan segala hasil-hasil ciptaan mereka dan pastinya akan diperkenalkan lagi model-model hebat nanti. RR

Laporan: Alan Cathcart
Foto: Kevin Wing

Isu Pada

Februari 2015

Spesifikasi

Enjin4 lejang V4, sistem penyejuk cecair
Isipadu1,261cc
Gerek x Lejang78 x 65mm
Nisbah mampatan10.0:1
Kuasa maksimum83hp pada 6,000rpm
Tork maksimum106Nm pada 4,500rpm
Tinggi pelana 735mm
Berat338kg
Isi tangki19.5 liter
PengeluarHonda Motor Company, Tokyo, Japan

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Marco Bezzecchi mencatat keputusan masa terpantas pada sesi latihan hari Jumaat di Aragon.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal EnfieldĀ meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagiĀ kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Model Baru

Yamaha XSR155 Akhirnya Tiba di Malaysia - RM12,998

Yamaha XSR155 akhirnya tiba ke pasaran negara yang menampilkan gaya neo-retro.

Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.