Isu Terkini

Oktober 2024

Personaliti / 8 Ogos 2020

Ilia Iryani Shuib: Stunt Woman Penuh Gaya!

Dunia lasak terutamanya menggunakan motosikal lazimnya dimonopoli oleh penunggang lelaki. Mungkin di negara-negara Eropah sememangnya sudah ramai stunt woman yang popular dan terkenal tetapi di negara kita, bilangan sangat sedikit. Ayuh kita kenali seorang wanita bersemangat waja dan jati diri yang tinggi iaitu Ilia Iryani bt Shuib yang boleh dikatakan satu-satunya Stuntwoman yang benar-benar mempunyai skil yang hebat di Malaysia.

Berumur 32 tahun, graduan Ijazah bidang Biologi Akuatik (USM) dan Diploma dalam bidang Medical Laboratory of Technology (MSU) dan sudah berumah tangga dengan dua orang cahaya mata. Walaupun asalnya dia merupakan seorang yang pemalu dan pendiam, sifatnya berubah menjadi lebih aktif dan lebih berani kerana masuk ke sekolah menengah dan kemudiannya ke pusat pengajian tinggi. Dari silat, olahraga hinggalah ke aktiviti lasak seperti memanjat gunung, semuanya Ilia sertai. Melalui aktiviti tersebut, beliau peroleh keyakinan tinggi untuk mara ke hadapan walaupun segala apa rintangan yang datang.

Dunia motosikal adalah segalanya buat wanita kecil molek ini. Menurut Ilia, anak ketiga dari enam adik beradik, dengan bermotosikal dia dapat merasakan kepuasan dan kebebasan yang tidak dimiliki ketika bersama kenderaan lain. Selain itu juga, dengan bermotosikal sajalah perjalanan lebih cepat dan lebih mudah. Tidak risau pada kesesakan lalu lintas – sentiasa on time! Antara model-model yang pernah digunakan untuk aksi lasaknya ialah Yamaha Lagenda, Kawasaki KLX 150, Honda EX-5, Modenas GT128 dan KTM Duke.

“Minat pada dunia aksi lasak ini hadir sejak dari dulu lagi tetapi saya benar-benar serius untuk menceburi bidang ini pada tahun 2008 lalu walaupun pada mulanya mendapat sedikit tentangan daripada keluarga memandangkan saya perempuan. Selepas mereka melihat aksi saya yang lengkap dengan pakaian keselamatan, mereka semakin positif dan terima keputusan saya. Saat yang paling indah buat saya ialah apabila menerima tepukan dan sorakan daripada para penonton setiap kali saya melakukan suatu aksi. Saya teruja dengan perasaan tersebut dan membuatkan ingin terus berada di atas motosikal.”

Untuk memperbaiki tahap kawalan dan menambah skil dalam aksi ini, Ilia turut menyertai Movie Animation Park Studios (MAPS) Stunt Training Academy di Perak pada tahun 2016 dan aksi pertamanya ialah waktu Ilia menuntut di USM. Tahun 2008 yang menjadi langkah awal pembabitannya dalam dunia stunt. Antara pertunjukan besar yang pernah Ilia lakukan ialah di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2009. Dengan kemampuan yang dimilikinya, Ilia telah berpeluang berkunjung dan membuat persembahan di pelbagai acara dan penganjuran hampir ke seluruh negara termasuk di Sarawak.

Aksi mantap yang dipertontonkan itu telah mendapat perhatian sebuah syarikat alat ganti motosikal terkenal iaitu RK-M. Syarikat tersebut telah memberikan platform terbaik buat Ilia untuk berlatih dan mempamerkan kebolehannya di acara-acara motosikal yang dianjurkan. Tenaga pengajarnya antara yang terawal ialah A.Husin dari RK-M. Antara skill yang dikuasai oleh Ilia ialah wheelie, stoppie, donut, burnout, chainsaw dan banyak lagi.

Aksi Ilia turut menerima tawaran daripada pengarah dan penerbit filem terkenal iaitu Datuk David Teo untuk berlakon dalam filem Adnan Sempit II dan Bro Ada Nampak Moto Gua? Demi menambah skil baru serta cara-cara untuk melakukannya, Ilia akan melakukan homework berasaskan video-video dari laman web, filem dan YouTube.

Sememangnya karier ini ada bahayanya. Ilia pernah beberapa kali terjatuh hingga cedera apabila berlatih dan membuat persembahan di hadapan penonton sehinggakan hampir terputus jari ketika cuba membuat talaan waktu enjin masih berjalan. Namun begitu, ia tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus menghibur para penonton. “Saya kini lebih selesa membuat aksi stunt kerana ditemani dan dibimbing oleh suami, Amirul yang juga seorang stuntman. Saya dan suami asalnya dari dua pasukan berbeza dan sering berada di acara pertunjukan yang sama. Mula dengan berkenalan, bersaing, berlatih bersama dan kerana berkongsikan minat yang sama, kami berdua semakin rapat. Kini bergelar suami isteri.”

Bagi Amirul pula, dia amat bangga dan menyokong penuh minat isterinya kerana mereka berdua sudah kenal lama. Dunia aksi lasak juga bukan asing buat Amirul kerana dia lebih dahulu menceburi bidang ini berbanding Ilia. Tumpuan mereka berdua ialah untuk mendapatkan keserasian lebih mantap ketika membuat persembahan dan mengenengahkan idea serta skil baru buat Ilia. “Memang suatu yang unik dan menarik dilihat aksi stunt dilakukan secara berpasangan dan itulah sasaran kami berdua sekarang ini.”

“Saya kini banyak melakukan aksi-aksi lasak dengan menunggang jentera TnT135 dan ia adalah sebuah jentera yang mesra penunggang. TnT135 mudah dikendalikan, lasak, enjin yang responsif dan cukup cepat mendapat keserasian. Saya kini sedang cuba untuk menguasai aksi Drift dan Wheelie Circle.”

“Impian saya ialah untuk memartabatkan sukan lasak ini agar lebih ramai wanita menceburinya. Adalah suatu yang sangat hebat jika saya dapat membuat persembahan di luar negara seperti Sarah Levito dan seterusnya di masa hadapan membina akademi yang khusus memberi pendedahan serta latihan dalam bidang berkaitan dengan aksi stunt ini. Saya percaya semua wanita mampu melakukannya dengan syarat perlu berani dan sentiasa mengejar impian anda.” RR

Isu Pada

Oktober 2018

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Uncle Chin - Gemar Pengembaraan Luar Bandar

Pelumba Muda, Dharwin Lingam Lebih Semangat Harungi Musim Baru

Rewi Hamid Bugo - Usahawan & Pencinta Motosikal Sejati

Khairulamirin Yahaya - Pelumba Supermoto Negara

Md. Mikail Razlan - Terus Buru Kegemilangan

Bob Eden - Ingin Menabur Bakti Buat Pengguna Motosikal

Gary, Tina & Sam Sharman - Pencinta Motosikal Sejati

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas yang berlaku di Gerik pada awal pagi tadi.

Warta Produk

Pirelli Diablo Supercorsa SP V4 - Sesuai Untuk Litar & Jalanan Biasa

Pirelli telah memperkenalkan siri terkini iaitu Diablo Supercorsa SP, direka untuk litar dan lebih sesuai di jalanan biasa. 

Model Baru

Yamaha Tracer 7 & Tracer 7 GT: Prestasi 'Sport Touring' Era Baru

Yamaha TRACER 7 dan TRACER 7 GT 2025 hadir untuk memberikan takrif baru untuk segmen Sport Touring 'kelas pertengahan dengan menampilan wajah baharu yang lebih garang dan diberikan pelbagai peningkatan teknologi menarik bagi memastikan.

Warta Produk

PETRONAS Sprinta Lancar Minyak 2T Edisi Khas RXZ Members

kolaborasi di antara PETRONAS Sprinta dan RXZ Members Official telah memperkenalkan minyak enjin 2-lejang PETRONAS Sprinta Edisi Khas RXZ Members.