☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 November 2016

GIVI Dolomiti Diperkenalkan Di Intermot

Selepas memperkenalkan kotak barang sisi Trekker DOLOMITI pada awal tahun 2016, GIVI hadir ke pameran motosikal antarabangsa Intermot dengan melancarkan kotak barang belakang Trekker DOLOMITI yang terbaru.

Kepelbagaian model DOLOMITI dihasilkan adalah untuk memenuhi segala permintaan di pasaran terutamanya dalam segmen Sport Adventure atau kini juga digelar Crossover. Segmen yang terdiri daripada Honda Crossrunner, NC-X, CB-X, Yamaha Tracer atau Kawasaki Versys dan banyak lagi model lain ternyata laris dijual di seluruh dunia. Untuk ini, GIVI telah merekacipta kotak barang aluminium baru yang ringan tetapi cukup kukuh serta mempunyai gaya produk keluaran Itali.

Kotak barangan DOLOMITI berkongsi proses pembuatan yang inovatif. Ia adalah kombinasi lembaran aluminium tunggal yang direka menjadi penutup, tapak, badan kotak dan dipasang menggunakan rivet dari jenis besi tahan karat. Pengedapnya juga telah direka semula untuk mempertingkatkan kadar ketahanannya kalis air dan penyusupan masuk debu.

Kotak barang belakang DOLOMITI (DLM46A dan DLM30A) didatangkan dalam dua saiz berbeza iaitu 30, 46 liter dan boleh dipasang pada setiap tapak plet GIVI Monokey Top Case. Kedua-duanya direka dengan kemampuan menyimpan beg komputer 15” manakala kotak barang 46 liter pula dapat menyimpan topi keledar penuh muka. Ia juga berupaya untuk membawa bebanan maksimum sekitar 10 kilogram.

Kotak barang sisi DOLOMITI (DLM36PACK2) pula dihasilkan sepenuhnya menggunakan aluminium yang ringan, tahan lasak, boleh dikunci dan tahan hentakan. Model berkapasiti 36 liter ini juga kalis air dan debu serta kemampuan membawa barangan seberat 10 kilogram. Menurut pihak GIVI Asia Sdn Bhd, produk-produk ini dijual pada harga bermula dari RM1,500 dan sudah pun berada di pasaran tempatan sejak di pertengahan bulan Oktober lalu.

Turut diperkenalkan ialah aksesori menarik untuk kotak barang belakang Dolomiti seperti pengikat Trekker Straps, beg dalaman kalis air 44 liter (untuk model DLM46A), beg kargo silinder kalis air 20 liter, penyokong termos STF500S besi tahan karat dan termos STF500S yang menyimpan minuman panas/sejuk hingga 12 jam. RR

Isu Pada

November 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).