☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 23 Februari 2023

Helmet Alpinestars Supertech R10 Diperkenalkan di Latihan Pra-Musim MotoGP Sepang

Bintang-bintang MotoGP, Jorge Martin dan Jack Miller memperkenalkan helmet Alpinestars Supertech R10 baharu ketika Latihan Pra-Musim MotoGP 2023 yang telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Helmet itu mulanya dipakai oleh Andrea Dovizioso ketika latihan di litar Misano pada bulan November yang lalu. Dovi merupakan penunggang ujian dan pembangunan helmet ini yang dihasilkan oleh pembuat pakaian motosikal terkemuka, Alpinestars.

Cengkerang helmet Alpinestars Supertech R10 tersebut terdiri daripada empat lapisan. Yang pertama merupakan lapisan gentian karbon kepadatan tinggi 3K, diikuti oleh lapisan komposit karbon searah, kemudiannya lapisan gentian Aramid, dan akhirnya lapisan resin epoksi. Alpinestars berkata pembuatan kaedah ini memberikan cengkerang yang lebih kuat serta pelesapan hentak yang lebih baik. Kerja menyerap hentakan ini juga dilakukan oleh busa EPS dengan empat kepadatan berasingan.

Helmet ini juga mempunyai ciri Alpinestars A-Head Fitment System yang dipatenkan. Ia membolehkan pemakai untuk mengubah ketinggian serta sudut pemakaian helmet bagi keselesaan dan prestasi.

Amat ketara ialah bentuknya yang direka bagi prestasi aerodinamik pada kelajuan tinggi kerana motosikal MotoGP boleh mencecah kelajuan 360km/h sekarang. Penunggang juga sering terpaksa duduk menengak ketika membrek dari kelajuan tinggi. Justeru bentuk ini amat penting bagi kestabilan pada kelajuan tinggi. Spoiler di belakangnya direka untuk tercabut jika penunggang terhentak kepalanya apabila terlibat di dalam kemalangan.

Tambah lagi, terdapat komponen logam dalam mekanisma visornya agar visor tidak tercabut ketika kemaangan. Span di dalamnya terdapat suatu lurah bagi menempatkan tiub minuman.

Berapakah harganya untuk pengguna? Ia belum diistiharkan tetapi terdapat maklumat bahawa ia berharga melebihi USD1,000.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.