☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Oktober 2019

Michelin Pilot Street 2 Tawarkan Prestasi Lebih Mantap

Ini pastinya berita baik buat para penunggang motosikal dan skuter khususnya yang berkapasiti rendah di Malaysia. Pengeluar tayar terkemuka, Michelin telah melancarkan produk terkini iaitu Pilot Street 2 yang didatangkan dalam beberapa pilihan saiz seperti 10, 14, 16 dan 17 inci. Dengan pengalaman cukup luas dalam bidang pengeluaran tayar, Pilot Street 2 direka untuk memenuhi permintaan dan kehendak para penunggang motosikal yang sentiasa mahukan produk terbaik untuk kegunaan harian.

Dengan ciri-ciri yang istimewa ini, tayar baru ini memastikan pemiliknya dapat menikmati perjalanan dengan yakin dan selamat.

“Michelin membelanjakan kira-kira 700 juta Euro dalam pembangunan dan pengeluaran tayar untuk semua jenis kenderaan. Dengan kepakaran yang dimiliki, Pilot Street 2 direka menggunakan teknologi moden yang menawarkan prestasi lebih mantap terutamanya di atas permukaan jalan basah dan cengkaman mengagumkan di jalan-jalan kering. Gaya rekacorak bunga tayar dan kemampuannya mengawal segala pergerakan dicipta berinspirasikan tayar-tayar Michelin yang digunakan dalam perlumbaan khususnya MotoGP,” kata Pengarah Komersial Dua Roda Bahagian Asia, En. Ross Shields.

Sasaran utama pengeluaran produk ini adalah untuk semua jenis pengguna motosikal sama ada yang menunggang berulang alik ke tempat kerja, pencinta kelajuan dan juga mereka yang sukakan pengembaraan. Oleh itu, Pilot Street 2 adalah hasil kebijaksaan teknologi dan gabungan dua ciri penting iaitu Keselamatan dan Keseronokan. Corak bunga dan sebatiannya direka lebih segar untuk prestasi cemerlang dan ketahanan jangka hayat.

Alur bahagian sisi yang progresif dan alur panjang di tengahtengah tayar hadapan direka untuk cengkaman di permukaan basah serta membantu jadikan pengendalian lebih mudah. Tayar belakang turut disempurnakan dengan alur sisi progresif dan alur tengah kecil yang mengoptimumkan perlepasan air tanpa mengurangkan daya cengkaman di jalan kering. Prestasi Pilot Street 2 telah diuji di litar basah berjarak 1,200 meter bersamasama jenama saingan. Hasilnya, secara purata tayar baru ini 4.4 saat lebih pantas dan memiliki kadar cengkaman yang mengagumkan.Michelin Pilot Street 2 akan mula dipasarkan penghujung September 2019 dengan pelbagai saiz dan harga. Jadi... ayuh dapatkannya di pusat pengedar sah Michelin di seluruh negara. RR

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.