☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 20 Ogos 2025

RK Takasago Chain RK415KLO (Black Gold Edition) & RK 415 TAMASHII Aluminium - Kombinasi Yang Mantap!

Penggunaan rantai motosikal yang berkualiti amat penting dalam dunia permotoran. Ia merupakan komponen yang tidak boleh dipandang remeh kerana rantai adalah nadi untuk yang menghantar kuasa enjin ke roda belakang. Untuk pasaran di Malaysia mempunyai pelbagai jenama rantai yang ditawarkan buat para penunggang, ada yang mahal... ada yang murah... Namun yang penting dari segi kualiti, kita perlu utamakannya bukan sahaja untuk ketahanan tetapi meningkatkan lagi faktor keselamatan supaya tidak berlaku sebarang kecelakaan semasa menunggang.

Terima kasih kepada Sinar Puncak Sdn Bhd yang merupakan pengedar rasmi bagi RK Takasgo Chain di Malaysia memberi peluang untuk kami menguji rantai RK Takasago Chain RK415KLO (Black Gold Edition) bersama sprocket RK 415 TAMASHII Aluminium Black Edition yang direka khas untuk motosikal di bawah 155cc.

Dari segi rekabentuknya. Rantai RK415KLO (Black Gold Edition) ini tampil dengan kemasan warna Hitam dan Emas yang memberikan sentuhan lebih premium, bergaya dan garang. Bagi penunggang yang turut mementingkan penampilan motosikal, rantai ini bukan sahaja berfungsi dengan baik tetapi menyerlahkan lagi rupa motosikal. Warna Emas pada plat dan digabungkan bersama tona Hitam menjadikan motosikal kita lebih menonjol.

Untuk RK 415 TAMASHII Aluminium, sprocket ini diperbuat daripada aluminium siri 7 gred aeroangkasa yang mempunyai bahan lebih ringan tetapi tahan lasak. Menurut pihak RK Malaysia, sprocket ini 60% lebih ringan berbanding yang jenis keluli biasa itu. 

Proses pemasangan bagi kedua-dua komponen ini ke motosikal jenis Yamaha Y15ZR berjalan dengan lancar. Cumanya semasa kami ingin memasang pin bagi menyambungkan rantai motosikal sedikit sukar kerana lubang pada pin penyambung agak kecik, susah untuk kami masukkan. Mungkin unit yang kami terima ini lubang pin dia kecil. Walaubagaimanupun sesi menyambung rantai akhirnya berjaya dengan sedikit bantuan alat penyelenggaraan. Ketahanan rantai RK ini terbukti tahan lasak walaupun banyak kali kami mengetuk untuk memasukkan pin tersebut.

Sehingga ke hari ini sudah lebih daripada 500 kilometer kami uji rantai RK Takasago Chain RK415KLO (Black Gold Edition) dan sprocket RK 415 TAMASHII Aluminium Black Edition. Tindak balas pacuan akhir pada motosikal kami lebih responsif. Proses penukaran gear terasa sangat lembut. Rantai ini tidak terasa seperti tersangkut pada gigi sprocket setiap kali kami menukar kedudukan gear.

Ketika menunggang dengan laju, rantai ini menawarkan kesatbillan jentera. Rantai tidak terasa seperti meleret dan memberi nkeyakinan ketika mendaki bukit ataupun memetong kederaan di lebih raya. Dengan adanya teknologi O-Ring, pergerakkan rantai dan geseran cukup sempurna sekali. Ini membolehkan minyak/grease kekal di setiap pin rantai untuk mengurangkan geseran serta meningkatkan ketahannya. Walaupun sudah menunggang ratusan kilo, rantai masih terasa mantap dan tidak mudah kendur.

Ditambah pula dengan kombinasi penggunaan sprocket RK 415 TAMASHII Aluminium Black Edition yang memberikan sentuhan dan ketepatan. Dalam tunggangan harian sprocket ini memberikan keselesaan tambahan ketika menukar gear. Jentera mudah menyambar kelajuan terutama dari gear rendah ke gear sederhana. Kelebihan sebenar RK 415 TAMASHII Aluminium Black Edition terbukti ketika mendaki dan memintas kenderaan lain. Kuasa yang di salurkan cepat sampai ke roda belakang. Berat sprocket yang lebih ringan membuatkan motosikal terasa ringan untuk memecut. Daya Cengkaman pada gigi sproket pula terasa padat, seperti mengunci rantai dengan sempurna sekali.

Setiap kelebihan pasti ada kekurangannya. RK Takasago Chain RK415KLO (Black Gold Edition) berat sedikit dan lebar berbanding Non O-Ring 415 walaupun rantai ini antara yang paling ringan berbading model O-Ring lain. Manakala untuk sprocket RK 415 TAMASHII aluminium ini pula kami dapati cepat haus berbanding jenis keluli jika digunakan setiap hari untuk jarak perjalanan yang jauh. Sprocket ini mungkin sesuai untuk mereka yang ingin menunggang pada hujung minggu ataupun yang mengutamakan pada prestasi jentera.

Secara keseluruhannya, selepas mengharungi perjalanan di lebuh raya, kampung dan dalam bandar, kombinasi RK Takasago Chain RK415KLO (Black Gold Edition) dan sprocket RK 415 TAMASHII Aluminium Black Edition menawarkan pakej yang seimbang untuk prestasi dan gaya. Bagi penunggang yang inginkan kelainan dan rasa menonjol mungkin berbaloi untuk dicuba.

RK Takasago Chain RK415KLO O-Ring (Black Gold Edition) ditawarkan pada harga bermula RM160. Manakala sproket RK 415 TAMASHII Aluminium Black Edition yang kami uji ini merupakan unit untuk motosikal Y15ZR, Y16ZR dan FZ150 dengan harga bermula RM66 hingga RM77 mengikut jenis saiz. Bagi yang berminat boleh membelinya di pusat pengedar sah RK Takasago Chain di seluruh Negara atau pun boleh membelinya terus melalui platfrom Shopee rasmi RK Malaysia Official Store di https://shopee.com.my/rkmalaysia.os. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).