☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 April 2022

Yamaha Tenere 700 World Raid Akan Diuji Dalam Dua Perlumbaan Rally

Yamaha Eropah melancaran Tenere 700 World Raid awal tahun ini yang memiliki spesifikasi dan rekabentuk yang mantap. Ternyata Yamaha masih mempunyai minat dalam perlumbaan Rally dan kali ini sedang menyempurnakan persiapan untuk perlumbaan Africa Eco Race (AER) yang bakal dijalankan dari Monaco ke titik tamat terkenal Dakar, Senegal pada 15 hingga 30 Oktober 2022 ini.

Yamaha menyasarkan untuk memberi saingan di acara Africa Rally ini dengan jentera produksi untuk membuktikan kemantapan DNA yang terdapat pada model ini. Selain itu, pihak Yamaha turut menawarkan program pelanggan yang meluas, yang bertujuan untuk menyokong semangat perlumbaan yang disertai para pelanggan Tenere  tidak kira di peringkat nasional hingga lah ke acara Rally Raid antarabangsa.

Pengumuman dari Yamaha ini juga datang dengan kenyataan bahawa mereka akan bekerjasama dengan bahagian Badan Amal Rasmi MotoGP, Riders for Health dengan tujuan untuk 'meningkatkan kesedaran tentang kerja-kerja serta usaha yang dijalankan oleh badan amal seperti membekal, mengurus dan menyelenggara motosikal khusus untuk operasi penumpuan kesihatan di Afrika.” menurut Yamaha.

Usaha pihak Yamaha untuk memberi saingan dalam perlumbaan AER diwakili oleh pasukan Rebel X Sports bersama-sama dua pelumba rally berpengalaman iaitu Alessandro Botturi dan Pol Tarres. Kedua-dua pelumba ini akan menggunakan jentera Tenere 700 World Raid yang dipermantapkan dengan penambahan bahagian GYTR khas seperti tangki bahan api lebih besar, sistem saspensi KYB dan lain-lain.

Unit asas Yamaha Tenere World Raid.
Unit asas Yamaha Tenere World Raid.

Sebelum menyertai acara lasak AER nanti, pasukan Yamaha terlebih dahulu akan menguji kemampuan pelumba serta jenteranya di acara lasak Tunisia Desert Challenge pada 21 hingga 29 April nanti yang berjarak sejauh 2,700 kilometer dan dalam 8 peringkat. Untuk info mengenai spesifikasi Yamaha Tenere 700 World Raid, sila ke di ruangan 'Model Baru'. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).