Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Ogos 2022

Art Of Speed Malaysia 2022 - Kustom Kulture Kembali Gemilang

Art of Speed (AOS), acara tempatan Malaysia yang terkenal dengan Kustom & Counter Culture telah kembali selepas dua tahun dan lebih istimewa, ia juga merupakan ulang tahun ke-10 penganjuran acara tersebut.

Seperti tahun sebelum ini, AOS 2022 telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 2 dan 3 Julai 2022. Ia adalah 'medan' utama untuk mempertontonkan pelbagai jenis motosikal kustom, kenderaan radikal, pameran restorasi seni dan budaya kustom. Kehadiran pengunjung dari seluruh negara membuktikan AOS telah mendapat sambutan hangat selepas fasa pandemik.

Kembali untuk AOS 2022 adalah tetamu dari luar negara dari komuniti kustom dan juga media antarabangsa seperti:

  • Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun
  • Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show; Amerika Syarikat
  • Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday; Amerika Syarikat
  • Chopper dan Kustom; Russell Murchie "MOW" dari Australia
  • Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
  • Yasuo Sekijima dan Satoru Ise dari Vibes Magazine; Jepun
  • Artis pinstripe Mil dari Millart, Indonesia
  • Aekalak Kitdusitpong pembuat model skala diecast dari AKARA; Thailand

Art of Speed Invitational Bike Build Off 2022 tahun ini, menyaksikan tujuh pembina khas yang bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Keputusan dari pihak juri memihak kepada SKATECTURE dari Kuching, Sarawak yang terdiri daripada Mohammad Nasir bin Morni, Umar Sulaiman, Hafiq bin Kamaluddin, Amin Ridzuan dan Hafiz Yem. Pemenang bagi pilihan awam pula adalah MOTO BURUK GARAGE dari Pulau Pinang - Mohamad Aidzam bin Alias.

Hot Wheels kembali dengan pameran hebat yang menampilkan Monster Truck Bone Shaker bersaiz asal di tapak acara AOS. Pengunjung acara dapat mengambil gambar dengan kereta mereka berlatar belakang blister Hot Wheels saiz sebenar.

NoEqual.co juga kembali dengan NEAT Fest di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kenderaan yang terpilih dari seluruh Malaysia dengan nama “Garage Life.” Hail Vintage yang menampilkan pameran pakaian kerja vintaj dan turut serta ialah Jubilee Antique Café yang menampilkan citarasa makanan kopitiam istimewa Kelantan.

Tarikan baru dalam AOS tahun ini adalah penambahan dewan (D) iaitu gaya hidup perkhemahan iaitu Off The Grid – konsep baharu dalam “outdoor lifestyle”. Para pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat hobi yang semakin popular di kalangan masyarakat seperti perkhemahan, permainan jip kawalan jauh, diorama dan permainan kiub binaan dari Bryks Art. Antara hasil ciptaan Bryks Art yang cukup padu ialah sebuah replika Perodua Myvi dan sebuah kereta Hot Rod.

Lain-lain aktiviti di AOS 2022 termasuk:

  1. Roda Rumble 2022 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
  2. La Cultura – Perhimpunan Penghargaan Budaya Chicano yang pertama di Malaysia
  3. Tapak Makanan yang menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan kini dengan tapak terlindung di tingkat paling bawah di Dewan D
  4. Pasar Lambak Vintaj
  5. Perhimpunan Pemilik Kereta Alfa Romeo
  6. Hot Wheels Club Malaysia (HWCM)Convention (Dewan D)
  7. Bazar fesyen moden Streetware Con (Dewan D)
  8. Demo dan paparan Mini Crawlers RC
  9. Perasmian produk di atas pentas
  10. Zon Pandu Uji untuk motosikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia dan Harley-Davidson)

Turut kembali dalam AOS 2022 adalah Festival Sound Circus yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat hiburan tanah air. Barisan artis Festival Sound Circus menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan band-band lain seperti Sekumpulan Orang Gila, Flop Poppy, SweetAss, Iqbal M., Balok People dan ramai lagi.

Melengkapkan pertunjukan acara pada hari Ahad pula diadakan hadiah cabutan bertuah di mana seorang pemenang bertuah pulang dengan SATU (1) unit Skuter Vespa Klasik EV yang telah direstorasi oleh Kluk Klek Soul dan pengubahsuaian EV oleh Elders Elettrico.

Pemenang bertuah pertama yang diumumkan di pentas utama adalah Muhammad Khairul Anas Bin Rohani dari Parit Buntar, Perak. Pemenang kedua pula adalah Muhammad Khairul Izwan bin Muhammad Saufi dari Sg. Buloh, Selangor, pelanggan Hausboom di tapak acara yang bertuah memenangi sebuah Vespa Klasik EV yang diubah suai khas oleh Hausboom.

Acara itu juga menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Elders Elettrico dan 405 Industries sebagai rakan kongsi teknologi untuk kit penukaran EV.

Perkongsian itu bertujuan untuk mengembangkan pasaran kit penukaran EV di Malaysia dan bekerjasama bersama pihak kerajaan untuk pembangunan perkara kawal selia berkaitan penukaran EV.

Para pemenang kategori motosikal dan kereta “Best of Show” memenangi pakej percutian dan hadiah ke acara 30th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Art of Speed Malaysia (AOSM) disokong oleh Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang telah dilancarkan YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri dengan slogan ‘Cuti-cuti Malaysia 2022’ dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

Akid Aziz sertai pasukan VOGE AS25 Racing Team dalam saingan CP150.

Dari Litar

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12.

Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.

Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.