☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 April 2023

KTM 890 SMT Telah Dilancarkan

Tidak seperti sebuah lagi syarikat yang bernama yang sama, KTM (pembuat motosikal daripada Austria) seperti tidak pernah kenal maksud berehat. Mereka baru sahaja melancarkan beberapa model baharu sebelum ini dan sekarang ini melancarkan KTM 890 SMT pula. Nama SMT merupakan suatu yang amat dirindui oleh peminat tegar pembuat warna oren itu.

"SMT" sebenarnya merupakan singkatan untuk "supermoto touring." Ia menggabungkan ciri-ciri motosikal supermoto seperti badan yang amat ringan, pengendalian yang amat lincah, serta karakter yang "samseng" dengan ciri-ciri motosikal jelajah seperti keselesaan dan jarak tunggangan yang jauh. Tetapi bagi sesiapa yang pernah menunggang 890 Duke R, persoalannya ialah "Adakah anda mahu menunggang secara berhemah ataupun seperti pelesit?" Bukan kerana hendak, tetapi motosikal jenis ini menimbulkan sifat nakal yang terpendam!

Apapun, 890 SMT ini menggunakan enjin LC8c 899cc, dwi-silinder selari yang sama seperti banjaran model KTM 890 yang lain. Ia menghasilkan 105hp dan tork sebanyak 99Nm dan dipasang pada kerangka yang mirip yang digunakan oleh 890 Adventure.

Namun, 890 SMT ini tidak menggunakan tangki minyak yang terletak di tepi bahagian bawah enjin. Sebaliknya, sel minyaknya disorok di belakang fairing dengan kapasiti 16 liter. KTM berkata kapasiti itu boleh memberikan jarak tunggangan sejauh 340 kilometer.

Seperti biasa, suspensi KTM ini merupakan jenama WP (kerana WP Suspension di bawah naungan KTM). Fork depan merupakan jenis WP APEX 43mm, dan monoshok belakang WP APEX juga. Kedua-dua belah suspensi ini mempunyai jarak pergerakan 180mm, serta menaikkan ketinggian pelana kepada 860mm. Kedua-dua roda berukuran 17 inci dan dipasang dengan tayar sport Michelin Power GP. Cakera brek depan bersaiz besar dengan ukuran 330mm.

Ciri-ciri lain termasuk tiga mod tunggangan iaitu Street, Sport dan Rain; Cornering Motorcycle Traction Control (kawalan traksi tayar yang berpandukan kepada sudut mereng motosikal), Cornering ABS (ABS yang juga berpandukan kepada sudut mereng motosikal). Pemilik boleh juga menambahkan ciri-ciri prestasi tinggi yang mengandungi mod tunggangan Track, Motor Slip Regulation, dan Quickshifter+.

KTM belum mengumumkan harga 890 SMT ini.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).