☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Oktober 2023

Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Remaja 14 Tahun

Menurut laporan Kosmo Online, seorang peniaga maut manakala kakaknya cedera setelah motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dipandu remaja berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, petang semalam.

Mangsa, Nur Shafiqah Abdullah berumur 32 tahun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

Sementara kakaknya, Nooraliza Abdullah, 43, mengalami kesakitan di bahagian dada, pinggang dan kaki kiri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.05 malam semalam.

“Siasatan mendapati, dua beradik yang menaiki motosikal jenis Honda Wave tersebut bergerak dari lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah manakala kereta Proton Satria dipandu remaja perempuan datang dari arah bertentangan.

“Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi tengah jalan sebelum masuk ke arah bertentangan,” katanya di sini hari ini.

Kredit foto: Page Telegram - Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia
Kredit foto: Page Telegram - Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia

Kereta itu kemudian bertembung dengan motosikal dinaiki Nur Shafiqah dan kakaknya menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian manakala kakaknya pula cedera, tambah beliau.

Mengulas lanjut Syed Basri berkata, kejadian berlaku ketika hujan dan jalan basah dengan kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal tersebut berasal dari Kampung Ulu, di sini.

“Remaja terbabit yang tidak bekerja dan tidak bersekolah dipercayai memandu kereta milik rakan ibunya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kereta tersebut yang gagal mengawal kenderaannya,” katanya.

Tambahnya, pihaknya kini masih berusaha mengesan saksi awam di lokasi kejadian dengan pemeriksaan lanjut akan turut dijalankan terhadap kenderaan terlibat.

“Pihak kami akan berusaha mengesan pemilik kereta itu dan mengambil tindakan terhadapnya kerana membenarkan kenderaan tersebut dipandu remaja bawah umur,” katanya. RR

Sumber: https://www.kosmo.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.