Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 November 2023

GIVI Perkenalkan Boks Aluminium Pertama Buatan Malaysia

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia, GIVI, telah memperkenalkan boks aluminium pertama buatan Malaysia di laman sosial rasmi Facebook dan Instagram GIVI Malaysia baru-baru ini. Bersempena dengan itu, satu sesi tontonan khas “MONTE BIANCO” bersama media tempatan telah diadakan di bilik pameran terbaru GIVI Point Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dari kiri: En. Chan Kok Kee & En. Julian Loh melancarkan boks terbaru, Monte Bianco.
Dari kiri: En. Chan Kok Kee & En. Julian Loh melancarkan boks terbaru, Monte Bianco.

“Monte Bianco” bermaksud (Gunung Putih) dalam bahasa itali, diambil sempena nama pergunungan tertinggi di kawasan pergunungan Alps, dan ianya juga merupakan gunung tertinggi di Eropah Barat. Selari dengan sifat boks aluminium ini, Monte Bianco didefinisikan sebagai boks aluminium yang kukuh serta tahan lasak dalam apa jua keadaan. Tampil dengan rekaan yang kemas dan estetik, ianya dikeluarkan dalam dua jenis kemasan iaitu MTB45A-ADV “Natural Finish” dan MTB45B-ADV “Black Line”.

Direka dengan kemasan yang cukup sempurna, Monte Bianco ini menawarkan sistem simpanan yang bergaya namun berfungsi dan boleh dipercayai buat penunggang motosikal. Sesuai untuk kegunaan praktikal seperti perjalanan atau penggembaraan jarak jauh, kotak simpanan berkapasiti 45 liter ini boleh memuatkan sebuah topi keledar Modular “Flip-Up” serta boleh menampung berat muatan sehingga 10KG. Tampil dengan sistem MONOKEY, kotak simpanan ini sesuai digunakan untuk semua jenis motosikal khususnya motosikal berkuasa tinggi.

Mengutamakan juga keselesaan penunggang belakang (Pillion), boks ini juga turut disertakan bersama tempat penyandar belakang (backrest) dan padding dalaman.

Selain itu, sebagai aksesori tambahan (pilihan), GIVI juga telah menghasilkan baseplate Monokey terbaharu iaitu M3XN-S yang didatangkan dengan lampu brek belakang. Ianya direka bagi memastikan tahap penglihatan yang lebih tinggi kepada pengguna jalan raya lain ketika anda menunggang motosikal di atas jalan raya.

Sebagai boks Aluminium pertama yang dibuat oleh GIVI di Malaysia, ianya diperkenalkan dengan harga mampu milik RM900.00 (Natural Finish) dan RM1000.00 (Black Line). Monte Bianco kini sudah mulai berada di GIVI Point serta pengedar sah GIVI yang terpilih sahaja. Untuk lihat senarai pengedar sila klik link di bawah https://www.facebook.com/share/p/BTDFdXe9YcLH6sKR/?mibextid=WC7FNe .

Dalam majlis yang sama, GIVI turut memperkenalkan lokasi bilik pameran terbaru GIVI Point Kuala Lumpur yang beroperasi di Jalan Maarof, Bangsar.

Tampil dengan rekaan dalaman yang eksklusif dan premium, lokasi terbaru ini menawarkan ruang yang selesa, dan kondusif untuk para pelanggan melihat serta membeli barangan GIVI pilihan anda di sana. GIVI juga turut tampil mempamerkan ruangan koleksi HEVIK terbaru yang cantik dan berkualiti tinggi.

GIVI turut mengambil kesempatan mengadakan siaran langsung (Facebook LIVE) untuk Cabutan Bertuah sesi pertama Kempen “2 MILLION CELEBRATION” yang telah dianjurkan sejak bulan Mei yang lalu. Kempen ini dijalankan bersempena dengan penjualan 2 Juta unit boks GIVI di Malaysia.

Peraduan ini menawarkan hadiah berupa sebuah motosikal HONDA ADV160 Edisi Terhad yang ditandatangani oleh bekas pelumba motosikal terkemuka dunia, Lucio Cecchinello. Pemenang pertama acara ini dimenangi oleh En. Khairuldin dari Setapak.

Cabutan kedua dijangka akan dibuat pada bulan Disember hadapan dengan hadiah berupa Yamaha Y16ZR Edisi Khas. RR

Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda

Brixton Moucca 250 & ARIIC TOUCH 250 Sudah Berada di Pasaran

Skuter gaya retro, Brixton Moucca 250 dan skuter maksi moden,, ARIIC TOUCH 250 kini telah rasmi berada di pasaran negara.

Warta Roda

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Selain varian standard, HLYM turut lancar model edisi terhad bagi Yamaha Y16ZR-R.

Dari Litar

Qayyim Raih Kemenangan Berganda, Qabil Lengkapkan Kedudukan di Podium

Dua pelumba Malaysia raih podium berganda di pusingan kedua Idemitsu Moto4 Asia Cup.