☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 November 2024

Ai Ogura, Pemenang TRIUMPH TRIPLE TROPHY 2024

Triumph Triple Trophy 2024 telah dianugerahkan kepada pelumba Jepun, Ai Ogura selepas mempamerkan persembahan hebat dan paling menonjol dalam perlumbaan Moto2 tahun ini. Kemenangan itu dipilih oleh para peminat berdasarkan kekuatan, kemahiran dan daya tahan, serta kejayaan Ogura, bergelar juara keseluruhan dalam Kejuaraan Dunia Moto2.

Ogura memenangi Triumph Street Triple 765 RS yang dihasilkan dengan corak khas dan dia juga merupakan pemenang kelima dalam pertandingan yang dijalankan oleh pihak Triumph ini. Para peminat harus memilih satu daripada tiga orang pelumba yang telah disenarai pendek oleh panel penilai Triumph Triple Trophy.

Tiga pelumba teratas disiarkan di Instagram MotoGP setiap kali tamatnya perlumbaan. Berdasarkan gambar itu, peminat akan mengundi pelumba kegemaran mereka mengikut populariti. Mata yang diberikan adalah merujuk kepada enjin 765cc Triumph:

  • 7 mata - untuk pelumba dengan undian peminat terbanyak
  • 6 mata - untuk pelumba dengan undian peminat kedua terbanyak
  • 5 mata - untuk pelumba dengan undian peminat ketiga terbanyak

Lebih 630,000 undian diberikan oleh peminat kepada pelumba kegemaran mereka setiap hujung minggu. Ogura telah terpilih masuk dalam senarai terbaik sebanyak sembilan kali di sepanjang musim. Ogura juga memenangi mata teratas dalam undian lima kali, sudah memadai untuk menobatkannya sebagai pemenang Triumph Triple Trophy tahun ini.

Dalam musim yang luar biasa, Ogura telah menjadi Juara Moto2 pertama Jepun dalam era Triumph dan pemenang keempat pertandingan TTT yang disokong Triumph.

Hadiah untuk Triumph Triple Trophy merupakan sebuah Triumph Street Triple 765 RS yang dikeluarkan hanya untuk kali ini sahaja. Proses pengubahsuaian disesuaikan di Ibu Pejabat Triumph Global di Hinckley, UK dan kemudiannya dipersembahkan kepada Ai Ogura di Grand Prix Solidariti khas Barcelona dua minggu lalu.

"Saya sangat gembira mendapat undian peminat dan menerima Triumph ini. Saya mengikuti kejuaraan ini dan tahu bahawa pemenang akan menerima motosikal pada akhirnya, dan terima kasih kepada peminat yang mengundi saya. RR

Popular

  • Model Baru

    Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

Artikel berkaitan

Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

KTM Malaysia turut merancang memeprkenalkan KTM 790 Adventure 2027 ke pasaran tempatan.

Model Baru

Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

Zontes 552Z merupakan salah satu daripada empat varian dalam keluarga 552 yang turut merangkumi 552G, 552S dan 552H.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.