Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Jun 2018

Honda RS150R Konvoi Marathon L.U.D Langkawi 2018

Konvoi Marathon LUD Langkawi 2018 yang diadakan pada 13- 15 April 2018 lalu ternyata telah memberi pengalaman dan kenangan manis kepada para peserta RS150R. L.U.D bererti Laut, Udara dan Darat ini telah dianjurkan dan dijayakan oleh dua pengedar sah Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) iaitu Sing Yik Motors Sdn Bhd dari Perak dan Ah Thong Motors dari Kelantan. Sebanyak 55 buah jentera telah menyertai konvoi tersebut.

Pihak penganjur telah menjemput lima orang marshal yang berpengalaman serta pasukan sokongan teknikal dari Boon Siew Honda untuk memastikan perjalanan yang dirancang dalam keadaan teratur dan selamat. Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk mengeratkan perhubungan tanpa sempadan bangsa dan agama serta berkesempatan melihat lebih dekat operasi pemasangan tempatan (CKD) jentera Honda.

Hari Pertama (13/4/2018): Para peserta bertolak dari Kuala Kangsar ke kilang Boon Siew Honda yang bertempat di Kawasan Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang. Perjalanan seawal 7.30 pagi pada pagi tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan Sing Yik Motors, En. Simon Chuak dan Pengurus Jualan Ah Thong Motors, En. Tio Wei Chun. Tunggangan yang cukup berdisiplin yang ditunjukkan oleh setiap peserta konvoi menyebabkan perjalanan cukup lancar dan selamat. Sebaik sahaja tiba di kilang, para peserta telah disambut oleh pihak pengurusan BSH.

Majlis pada hari itu diteruskan dengan penyampaian ucapan ringkas penuh bermakna oleh Pengarah Urusan dan CEO BSH, En. Keiichi Yasuda diikuti oleh Ketua Pegawai Jualan, En. Voon Yin Kong. Para peserta kemudian dibawa ke tempat pemasangan untuk melihat kemudahan kilang. Sejak operasi berpindah ke kilang baru ini, ia merupakan kali pertama peserta diberi peluang untuk melihat sendiri setiap pemasangan jentera dengan kemudahan teknologi robot yang terkini.

Selepas lawatan, para peserta telah diberi penghargaan menerusi acara penyampaian sijil kepada ketua pasukan dari Pantai Timur dan Perak. Pihak penganjur pula telah menghadiahkan labu Sayong sebagai tanda terima kasih kepada Boon Siew Honda. Selepas jamuan ringan, para peserta meneruskan perjalanan dengan semangat yang lebih tinggi.

Jentera-jentera Honda RS150 kemudiannya diperah kembali ke lebuhraya untuk menuju ke Jeti Kuala Kedah sejauh kira-kira 75 kilometer dan tiba pada jam 2.30 petang. Perjalanan ke Jeti Pulau Langkawi mengambil masa sekitar empat jam setengah dan ketika berada di atas feri, para peserta konvoi dapatlah berehat disamping menikmati pemandangan yang cantik.

Selepas seharian perjalanan, konvoi hari pertama Honda RS150R telah tamat dengan jayanya di Pulau Langkawi. Aktiviti pada hari pertama bebas. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menikmati makanan tempatan dan bersiar-siar seketika.

Hari Kedua (14/4/2018): Di dalam pulau lagenda ini, para peserta bertemu dengan ahli Honda RS150R Pulau Langkawi dan dibawa untuk merasai pengalaman menaiki kereta kabel, membeli barang-barang bebas cukai, melawat ke Dataran Helang, Rumah Api Pantai Kok dan Pantai Cenang. Pastinya mengelilingi pulau dengan menunggang bersama-sama rakan motosikal memang berbeza jika dibandingkan dengan percutian biasa.

Para peserta konvoi diraikan dengan majlis Makan Malam Gala di Resorts World Langkawi yang dimeriahkan dengan alunan muzik, permainan khas dan acara cabutan bertuah. Memang sangat menyeronokkan kerana hadiah yang ditawarkan cukup menarik dan istimewa. Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap para peserta.

Hari Ke-3 (19/4/2018): Pada hari ketiga, mereka berlepas ke Jeti Kuala Kedah selepas sarapan pagi dan kemudiannya singgah sekali lagi untuk menjamu selera di Restoran Top D’ Gurun. Selepas beberapa hari bersama, keakraban dan keprihatinan di kalangan para peserta jelas terasa. Ini juga adalah salah satu tujuan utama penganjuran konvoi dilaksanakan. Walaupun sudah masuk fasa terakhir konvoi, segala peraturan dan tata tertib menunggang diteruskan agar perjalanan pulang para penunggang Honda RS150R terjamin dengan selamatnya. RR

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Qabil Irfan Azlan melakar sejarah peribadi apabila meraih podium sulung dalam saingan Moto4 European Cup

Warta Roda

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR yang menawarkan penampilan lebih segar .

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.

Warta Roda

Mforce Smartshop Pertama Perak Dirasmikan

Sekalung tahniah buat Sin Lean Huat Trading Sdn Bhd yang kini dengan rasminya merupakan cawangan pengedar rasmi Mforce Smartshop yang pertama di negeri Perak.