Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2019

Warna Baru Untuk Honda CB250R & CRF250 Rally

Untuk terus berdaya saing dalam pasaran motosikal negara, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah memperkenalkan dua buah model iaitu CB250R dan CRF250 Rally yang dinaik taraf. Honda CB250R yang turut popular dengan gelaran 'Neo Sport Cafe' telah dilancarkan pada 2018 dan sejak dari itu, Honda telah menerima respon cukup hebat dan permintaan yang tinggi di kalangan  para pencinta motosikal.


CB250R terbaru ini hadir dengan rekabentuk lebih sporty yang dapat dilihat menerusi lampu utamanya berbentuk bulat dan fork hadapan berwarna tembaga. Versi berwarna merah pula (Candy Chromosphere Red) cukup terserlah apabila ia dikemaskan dengan rim berwarna tembaga.

Untuk tunggangan mantap, CB250R dilengkapi dengan sistem ABS, lampulampu jenis LED, meter digital, fork hadapan USD jenis Showa, penyerap hentak belakang boleh laras dan tangki sebesar 10.1 liter. Terdapat dua harga berbeza untuk model ini iaitu RM23,499 untuk versi Candy Chromosphere Red dan RM22,999 untuk mereka yang memilih warna Graphite Black dan Matt Crypton Silver Metallic.


CRF250 Rally pula merupakan jentera 250cc yang direka khas untuk para pencinta motosikal lasak yang inginkan pengembaraan di laluan biasa mahupun off-road. Model ini juga menarik minat dengan posisi menunggang yang tinggi dan selesa untuk menjelajah ribuan kilometer atau sebagai kenderaan tunggangan harian. CRF250 Rally menawarkan pengendalian yang ringan dan mudah.

Terbaru, ia didatangkan dengan jalur-jalur yang diinspirasikan daripada model perlumbaan CRF450 Rally Dakar dengan dua versi warna cukup menarik iaitu Extreme Red dan Hitam. Model lasak ini juga telah diperkemaskan dengan penggunaan lampu LED Asymmetric, panel meter digital, cermin pengadang udara jenis floating, fork hadapan USD jenis Showa, sistem ABS dan tangki sebesar 10.1 liter.

CRF250 Rally didatangkan dengan enjin 250cc, sistem penyejuk cecair, DOHC yang berkuasa 18.2kW pada 8,500rpm dan tork 22.6Nm pada 6,750rpm. Kelancaran kuasa pecutannya datang dari sistem suntikan bahan api elektronik PGM-FI dan telah terbukti cukup jimat petrol. CRF250 Rally boleh dimiliki pada harga RM26,999. RR

Isu Pada

Julai 2019

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk Benelli Panarea 125.

Warta Roda

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.

Dari Litar

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Hakim Danish sedia untuk menggalas tanggungjawap seterusnyamenjelang GP Britain di Litar Silverstone