Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 10 Februari 2015

NAZA BLADE 650N Street Fighter Hasil Rekaan Tersendiri

Sesiapa sahaja yang mempunyai idea kreatif mestilah mahukan sesuatu kelainan daripada jentera yang kelihatan biasa kepada mereka. Rekaan yang ranggi, cantik, kemas dan sedap dipandang mahupun ditunggang pasti menarik perhatian ramai. Begitulah dengan Bintang Bulan Ini, saudara Lalis Haffudin Awang bersama motosikalnya NAZA Blade 650N yang diubahsuai menjadi sebuah jentera ‘street fighter’ yang garang dengan rekaan tersendiri.


Kali pertama terserempak dengan motosikal milik lelaki berusia 47 tahun kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini saling tak tumpah dengan motosikal jenama terkenal dari Austria iaitu KTM. Namun bila didekati dan diamati dengan teliti, barulah kita tahu jenama sebenar motosikal ini.


Lebih mesra dipanggil Abang Lalis, dia sering bersama rakan-rakan kelab B.B.R. (Balakong Bladers Rider) jika ada kelapangan masa. “Antara ride yang sering diadakan oleh kelab ini adalah konvoi amal ke rumah anak-anak yatim, ‘mengasah lutut’ di Ulu Yam dan ekspedisi ke tempat-tempat yang menarik,” katanya. “Selain itu, kami sering berkongsi pendapat dan idea bersama ahli kelab,” tambah beliau. “Isteri saya juga memahami dan meminati hobi bermotosikal saya ini dan seringkali mengikut ke mana sahaja kami pergi,” jelas beliau ketika ditanya berkenaan aktiviti masa lapangnya.

Walaupun ada ketikanya Abang Lalis sibuk dengan kerjaya dan menyertai konvoi kelab, dia juga tidak melepaskan peluang untuk bersama keluarganya menonton wayang. Selain itu, Lalis juga suka bermain bowling bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.


Antara motosikal yang pernah dimilikinya adalah Suzuki FR80 - motosikal pertamanya ketika berusia 16 tahun. Kemudian apabila sudah bekerja, Lalis bertukar pula kepada Honda Raider 150cc. Setelah puas menunggang motosikal ini, dia beralih minat kepada Yamaha RD YPVS 350, Yamaha R1 model 2007 dan yang terkini, street fighter kesayangannya.

Naza Blade 650N ini dibeli pada harga RM14,000 daripada seorang rakan pada tahun 2013. Idea pula timbul untuk mengubah ‘rupa paras’ jentera kepada yang lebih moden dan mengikut trend terkini. Abang Lalis tidak membuangkan masa dan terus mencari idea dalam internet serta pendapat daripada rakan-rakan. Rekaan Street Fighter menjadi pilihan kerana lebih sesuai dengan rekabentuk NAZA Blade 650N. Banyak pengubahsuaian dilakukannya sendiri kerana didapati tidaklah begitu sukar baginya yang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat pengangkutan awam.

Proses yang pertama sekali dilakukan adalah penukaran pada lengan ayun belakang asalnya kepada set lengkap lengan ayun Yamaha R1 tahun 2007 bersama rim dan sistem brek yang dibeli pada harga RM6,500. Katanya, “Proses memasang tidaklah sukar dan saya mendapatkan bantuan daripada seorang rakan yang mempunyai bengkel membaiki motosikal untuk meminjam alatan yang diperlukan.”

Lengan ayun R1 ini menjadikan Street Fighternya kelihatan canggih malah menyerap permukaan jalan dengan mantap dan lebih ringan. Bahagian cover set belakang juga diberikan sedikit sentuhan dengan memendekkannya mengikut gaya yang diingini.

Kemudian, dibelinya sebuah headlamp Duke 200 bernilai RM800. Bahagian ini juga dipasang sendiri dengan kemas dan lampunya berfungsi dengan baik sekali. Belly pan juga dipasang di bawah enjin menjadikan motosikalnya ini kelihatan padat dan garang. Dengan kombinasi warna cat merah dan hitam pula, ini cukup menyerlahkan rupabentuknya.

“Tidak ‘ngam’ jika konsep rekaan Street Fighter mempunyai ‘bar hendal basikal’ yang mencacatkan rupabentuk garangnya,” terang Abang Lalis. Maka beliau terus menukarkannya kepada bar hendal jenis aluminium ala motocross yang berwarna merah menjadikan jenteranya garang dengan posisi tunggangan lebih radikal seperti hendak menyerang.

“Memang menyeronokkan dan memuaskan hati apabila kita berusaha mengubahsuai mengikut citarasa sendiri. Di samping itu juga, kita dapat menjimatkan wang kerana jika mengupah mekanik, kos meningkat hampir sekali ganda!” jelasnya dengan bangga.

Dengan perbelanjaan sekitar RM8,000 dan melalui berbagai proses selama lima bulan, rupa terbaru Blade ini memang lain daripada yang lain. Menurut Abang Lalis, dia ingin mengubahsuai lagi pada bahagian hadapan iaitu pada bahagian meter motosikalnya agar tampak lebih ‘ranggi’ dengan meter daripada jenis digital.

“Bagi saya, itulah kepuasan mengubahsuai motosikal apabila rupa bentuk yang dilakukan sendiri berada di depan mata dan memenuhi kehendak hati. Malah ke mana sahaja saya menunggang bersama motosikal saya ini sering mendapat perhatian rakan-rakan dan orang ramai,” kata Abang Lalis mengakhiri kata-katanya.

Kepada pembaca RR yang ingin berkenalan dan bertukar idea menarik bersama Abang Lalis, dia boleh dihubungi di alamat: K116 Blok K Apartment Harmoni, Jalan PJU10/4C, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor. RR

Isu Pada

Februari 2015

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal EnfieldĀ meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagiĀ kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.

Model Baru

Triumph Motorcycles Malaysia Perkenalkan TRACKER 400 & THRUXTON 400 Baharu

Triumph Motorcycles Malaysia memilih acara Art of Speed baru-baru untuk melancarkan dua model terbaru untuk tahun 2026 iaitu Triumph Tracker 400 dan Thruxton 400.