☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Julai 2026

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan mahu meneruskan momentum positif apabila mengharungi Pusingan 3 Moto4 European Cup 2026 yang berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol pada 3hb hingga 5hb Julai ini.

Pelumba pasukan SIC-GRYD Racing itu hadir dengan keyakinan tinggi selepas mempamerkan peningkatan prestasi di Estoril pada pusingan lalu. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Qabil berjaya bangkit menamatkan Perlumbaan 2 di tempat keempat. Keputusan itu meletakkannya di tangga keenam keseluruhan dengan kutipan 26 mata dengan jurang empat mata di belakang kelompok lima terbaik. Beliau kini menyasarkan keputusan lebih cemerlang di Jerez bagi memburu podium sulung pada musim ini.

Litar Jerez bukanlah tempat yang asing buat Qabil. Musim lalu, beliau mencipta kenangan manis di litar berprestij itu dalam saingan ESBK Talent Cup apabila meraih kemenangan pada perlumbaan pembukaan musim 2025. Lebih membanggakan, Qabil turut menamatkan perlumbaan penutup musim di litar sama di kedudukan ketiga.

Rekod cemerlang itu diharap menjadi pembakar semangat untuk Qabil meneruskan rentak positif dalam Moto4 European Cup. Beliau sedar bahawa cabaran kali ini jauh lebih sengit dengan penyertaan pelumba-pelumba terbaik dari seluruh Eropah. Sepanjang dua pusingan awal musim ini, Qabil telah membuktikan kemampuan untuk bersaing di kelompok hadapan dan beberapa kali berada dalam posisi terbaik untuk meraih podium sebelum dinafikan oleh beberapa insiden perlumbaan.

Pasukan SIC-GRYD Racing memberi tumpuan kepada analisis data daripada pusingan terdahulu bagi mendapatkan tetapan jentera yang paling sesuai sejak sesi latihan pertama lagi. Dengan persiapan rapi serta keyakinan yang semakin meningkat, Qabil berharap mampu mengutip mata maksimum untuk merapatkan jurang dengan kelompok pendahulu kejuaraan dan menjadikan Jerez sebagai titik kebangkitan kempen musim 2026. RR

Popular

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

  • Warta Roda

    Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

  • Model Baru

    Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

  • Pandu Uji

    Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

  • Warta Roda

    Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Artikel berkaitan

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Qabil Irfan Cedera Dalam FP2 Moto4

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Dari Litar

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Hakim Danish Ramli menyasarkan keputusan lebih baik apabila kembali beraksi padaGP San Marino.

Warta Produk

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

DJI Malayisa rasmi perkenalkan Osmo 360 II baharu.