☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 September 2025

MODENAS ELIT 150S Dilancarkan - RM7,877

Sempena meraikan ulang tahun yang ke-30, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) turut melancarkan MODENAS ELIT 150S serba baru ke dalam pasaran negara.

Skuter ini dijana enjin 149cc silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model yang mematuhi piawaian EURO4 ini menghasilkan kuasa maksimum 14.3hp pada 8,250rpm dan tork 13.5Nm pada 6,750rpm. Tangki bahan apinya bersaiz 12 liter dan menurut pihak MODENAS model tersebut boleh menyusuri perjalanan sehingga 480 kilometer dengan sekali isian.

Rekabentuk hadapannya memang cantik yang dilengkapi lampu utama jenis LED bersama lampau nyalaan siang (DRL). Lampu belakang dan isyarat juga jenis LED. Ruang bawah pelananya sekitar 23 liter dan cukup untuk memuatkan barangan harian. 

Antara kelengkapan lain sepert paparan meter digital, brek-brek cakera, fork teleskopik, penyerap hentak berkembar di belakang, transmisi CVT, tayar hadapan 110/70-13, tayar belakang 130/70-13, berat 137kg, soket pengecas USB dan tinggi pelana 770mm. Tapi sayangnya model ini tidak dihadirkan dengan sistem ABS.

MODENAS ELIT 150S ditawarkan pada harga asas bermula RM7,877 dengan dua pilihan warna iaitu Riviera Blue dan Quantum Grey. 

Pelancaran model ELIT 150S ini adalah sebahagian daripada strategi lebih luas MODENAS untuk memperkukuh barisan skuter premium. Syarikat ini sedang mengembangkan pasaran ke rantau berpotensi tinggi seperti Timur Tengah, China dan Filipina, di samping terus melabur dalam R&D termaju, teknologi lestari, serta pembangunan bakat khususnya melalui inisiatif TVET. RR

Popular

  • Warta Roda

    Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

  • Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

  • Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Artikel berkaitan

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) melakukan kebangkitan luar biasa dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026 apabila muncul juara GP San Marino