☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 April 2026

Suzuki Malaysia Lancarkan DR-Z4S dan Dr-Z4SM

Suzuki Malaysia telah melancarkan dua model lasak terbaru iaitu Suzuki DR-Z4 S dan DR-Z4 SM pada harga cukup menarik iaitu RM39,888 (tidak termasuk insurans). Namun begitu, harga tawaran ini layak hanya untuk 50 pemilik terawal dan selepas itu nilai jualan akan dinaikkan kepada RM42,888.

Walaupun kedua-dua model ini berkongsikan spesifikasi yang sama, masih terdapat beberapa perbezaan yang cukup ketara khususnya dari segi ketinggian pelana, saiz dan jenis tayar yang digunakan. Apa pun, ia adalah gabungan sempurna prestasi, versatil dan teknologi and moden.

Suzuki DR-Z4 S.
Suzuki DR-Z4 S.
Suzuki DR-Z4 SM.
Suzuki DR-Z4 SM.

Suzuki DR-Z4 SM:

Model ini adalah 'teman' terbaik buat mereka yang inginkan sebuah jentera tangkas di jalanan biasa. Ia disempurnaka dengan enjin 398cc, 4 lejang, silinder tunggal, DOHC yang memberikan kuasa setinggi 38hp pada 8,000rpm dan Tork 37 Nm pada 6,500rpm. Untuk pergerakan yang lancar, model ini turut didatangkan dengan Suzuki Clutch Assist System SCAS) dan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S).

Semestinya menunggag DR-Z4 SM cukup menyeronokkan. Terdapat  mod tunggangan terdiri daripada A (respon paling mantap), B (hantaran kuasa lebih linear) dan C (respon kuasa pecutan dan tork lebih lembut). Selain itu, sistem Traction Control, sistem ABS dan sistem Suzuki Easy Start. Enjin pada model ini bukan sahaja mematuhi piawaian Euro5+ tetapi dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan bagi memberikan penukaran gear yang lancar serta respons pendikit yang lebih tepat.

Lampu hadapan jenis LED (berbentuk bulat - sama dengan DR-Z4 S), dipadankan dengan panel meter digital yang ringkas tetapi cukup info. Tinggi pelana untuk varian SM ialah 890mm berbanding model S yang lebih tinggi (910mm). Posisi menunggang selesa dan mudah untuk dikendalikan pada apa juga kelajuan.

Model jalanan ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Sky Gray dan Solid Special White.

Suzuki DR-Z4 S:

Dato' Jeffrey Lim tampak beraya bersama DR-Z4 S.
Dato' Jeffrey Lim tampak beraya bersama DR-Z4 S.

Model ini pula lebih bersedia untuk tunggangan lasak walaupun spesifikasi enjin dan mod tunggangannya sama dengan model SM. Kali ini tayar-tayarnya lebih khusus untuk aktiviti offroad dan semestinya pelana untuk varian lebih tinggi. Bar hendal lengkap dengan pelindung tangan yang disesuaikan untuk para pemilik Suzuki ini mengharungi laluan-laluan sukar.

Posisi menunggang tegak dan selesa. Tempat pemijak model baru ini juga lebih besar - lebih sesuai untuk kasut offroad. Sebagai model supermoto, motosikal ini menggunakan roda bersaiz 17 inci yang dipadankan dengan tayar hadapan bersaiz 120/70R17M/C 58H dan belakang 140/70R17M/C 66H untuk memberikan tahap cengkaman optimum di atas permukaan jalan. Tayar-tayar ini dilengkapkan dengan brek cakera bersaiz 270mm (hadapan) dan 240mm di belakang.

Dari segi rekaan, DR-Z4SM tampil dengan gaya yang lebih moden dan agresif. Ia menampilkan lampu hadapan LED yang kompak, panel badan yang tajam serta paparan meter digital yang memberikan maklumat tunggangan dengan jelas kepada penunggang.

Spesifikasi Ringkas:

Fork hadapan jenis terbalik (boleh laras sepenuhnya)
Tangki: 8.7 liter
Tinggi pelana: 920mm
Penghidup: elektrik

uzuki DR-Z S boleh dipilih dalam dua pilihan warna iaitu Kuning dan Putih. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

  • Pandu Uji

    KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

  • Model Baru

    KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

  • Warta Roda

    Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

  • Model Baru

    Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Artikel berkaitan

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.