Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 4 Februari 2025

MODENAS Z250 ABS – Senang, Selesa, Sempoi!

Mungkin ramai sudah pun memiliki model jalanan daripada MODENAS ini dan pastinya anda cukup berpuas hati dengan prestasinya yang cukup berbaloi pada nilai yang ditawarkan. Model yang kami maksudkan itu ialah MODENAS Z250 ABS.

Kita mulakan bicara ringkas tentang Z250 ABS ini tentang harga jualannya. Ya... di bawah jenama MODENAS, harganya sudah tentu lebih mampu milik iaitu sekitar RM19,500. Rekabentuk keseluruhan Z250 ini merupakan kesinambungan daripada keluarga Z sendiri yang terdiri daripada Z1000, Z900, Z800, Z650 dan seterusnya. Namun begitu, tak keterlaluan kalau saya 'terbayang' wajahnya ada juga iras-iras model terulung Z H2.

Apa pun, yang menjadikan Z250 ABS ini seronok ditunggang ialah casisnya jenis trellis cukup tegar, posisi menunggang, karaktor dan tahap keselamatan yang dimilikinya. Z250 ABS juga merupakan gabungan di antara model sport + street yang dapat kita lihat dengan jelas menerusi rekabentuk belakang.

Hantaran kuasa atau tenaga sebuah jentera 250cc khususnya untuk mereka yang sudah lama dalam dunia motosikal memang dirasakan tidak begitu padu. Ya..memang betul tetapi kita perlu bersikap jujur, untuk kawan-kawan yang baru ingin 'belajar' dunia superbike, ini adalah calon yang boleh dijadikan pilihan.

Dengan kuasa maksimum setinggi 38hp dan tork 23Nm, jentera ini memang sesuai untuk tunggangan harian terutama sekali di bandar dan untuk mereka yang suka menikmati perjalanan ke tanah tinggi, Z250 ini juga boleh menjadi teman. Seronok benar kami membalikkan jentera ini ke kiri dan ke kanan di laluan-laluan berselekoh. Ada juga kenalan yang gunakan Z250 ABS ini untuk mengembara tetapi bagi saya, 'better' naik Versys 250SX.

Posisi menunggang yang relaks membolehkan Z250 ini ditunggang hampir ke mana sahaja, di kawasan urban, dia memang jaguhlah! Walaupun Z250 ABS ini berkeberatan 165kg, untuk mencilok dan mencelah memang 'perform' lah! Model jalanan ini juga dimantapkan dengan teknologi Assist dan Slipper clutch (A&S) yang cukup membantu pergerakan lebih lancar ketika kita menurunkan gear dengan cepat sebelum masuk ke selekoh.

Bila dah lama kita menunggang jentera ini, baru sedar betapa banyaknya peningkatan telah dilakukan dari masa ke semasa. Ini bukan sahaja dari segi bentuk tetapi juga prestasinya secara keseluruhan. Model ini adalah contoh kombinasi mantap di antara keseronokan dan kelincahan.

Suluhan lampu utama model ini (LED) terang sekali walaupun di siang hari manakala tahap kecerahan lampu belakangnya juga tidak menghampakan. Untuk 'design' lampu belakang ini, model Z250 ABS ini berkongsi bentuk sama dengan Ninja 250 dan ZX25R.

Transmisi 6 kelajuan untuk Z250 ABS ini tidaklah begitu lembut tetapi tidak juga keras sehingga mengganggu tunggangan. Saya kena faham juga, ini motor sudah ditunggang uji ramai peminat, baik orang awam atau pihak media. Namun begitu, saya yakin kalau baru keluar showroom, confirm memang lembut.

Awak rendah? Awak tinggi? Dengan Z250 ABS ini, semua orang boleh naik, tak kira tinggi atrau rendah. Tiga orang krew RR yang sempat 'test' motor ini mempunyai ketinggian yang berbeza dan semuanya dapat mengawalnya tanpa masalah. Pelana yang hanya setinggi 795mm memang boleh cukup sesuai untuk kita semua.

Saya akui, saya paling berat di antara semua rakan-rakan di RR. Namun begitu, sistem penyerap hentak yang dipadankan pada model ini (fork teleskopik di depan & penyerap hentak tunggal di belakang) boleh mendapat pujian.

Memang ada kalanya terasa juga hentakan agak keras di bahagian saspensi belakang lebih-lebih lagi apabila menunggang kawasan berbonggol tinggi. Namun begitu, bila dapat menyusuri perjalanan harian dan nikmat di selekoh tanpa ada sebarang gegaran...bergoyang... bagi saya itu sudah mencukupi.

Top speed berapa? Soalan yang paling ditunggu-tunggu oleh 'masyarakat' peminat dua roda. Okay... laju maksimum yang berjaya dicapai oleh salah seorang daripada kami ialah sekitar 165km/j tetapi tamparan angin sudah mula terasa dari kelajuan 140km/j. Kelajuan paling ideal adalah sekitar 120km/j hingga 130km/j, angin tidak begitu kuat dan kita juga mudah mengawal setiap pergerakannya.

Tapi... kalau beriya-iya nak rasa pick-up macam 650cc...750cc atau 1,000cc tu tak adillah kerana saiz enjinnya yang sederhana. Ada juga komen yang katanya memecut tahap maksimum dengan Z250 ABS ini agak lambat. Yes... kami akui ia tidak 'melonjak' seganas jentera berkuasa tinggi tetapi enjin 249cc ini memiliki hantaran kuasa maksimum 27.5kW pada 12,500rpm dan tork 23Nm pada 10,000rpm. Seperti yang dikatakan awal lagi, hantaran kuasanya cukup linear dan sesuai dengan jentera ini.

MODENAS Z250 ABS ini dilengkapkan dengan tayar hadapan bersaiz 110/70-17M/C manakala di belakang pula 140/70-17M/C yang hadir dengan brek cakera 310mm (depan) dan 220mm (belakang) disertakan bersama sistem ABS.

Bercerita mengenai sistem ini, pihak MyMAP atau Program Penilaian Motosikal Malaysia telah memberikan penarafan LIMA BINTANG buat model Z250 ABS ini. Selain itu, terdapat banyak lagi jentera MODENAS yang meraih penarafan tersebut. Antaranya ialah Elegan EX250, Versys-X 250, Versys 650, Vulcan S, Z650, Z900 dan termasuklah siri-siri Ninja.

Pada nilai di bawah RM20,000, pihak MODENAS sedia menawarkan jentera jalanan yang menurut saya antara yang dijadikan pilihan. RR

Spesifikasi: MODENAS Z250 ABS

  • Enjin: 4 lejang, 2 silinder, DOHC, 4 injap, sistem penyejuk cecair.
  • Isipadu: 249cc
  • Gerek x lejang: 62.0mm x 41.2mm
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Sistem bahan api: suntikan bahan api elektronik
  • Kuasa maksimum: 27.5kW pada 12,500rpm
  • Tork maksimum: 23Nm pada 10,000rpm
  • Saspensi hadapan: fork teleskopik
  • Saspensi belakang: penyerap hentak tunggal
  • Tayar hadapan: 110/70-17M/C
  • Tayar belakang: 140/70-17M/C
  • Brek hadapan: cakera 310mm + ABS
  • Brek belakang: cakera 220mm + ABS
  • P x L x T: 1,990 x 800 x 1,060mm
  • Tinggi pelana: 795mm
  • Isi tangki: 14 liter
  • Berat: 165kg

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Selama 15 tahun, festival ini berkembang daripada sebuah perhimpunan kecil komuniti kustom kepada acara gaya hidup yang menjadi tumpuan peminat automotif bukan sahaja di Malaysia, malah dari seluruh Asia.

Warta Roda

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) dan GIATMARA Malaysia jalinkan kerjasama dengan melancarkan MODENAS Service Plus di GIATMARA Prima Melor, Kelantan.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Honda CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch

Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan ketibaan warna baru untuk model CBR650 R E-Clutch & CB650R E-Clutch.

Warta Roda

Mforce Smartshop Pertama Perak Dirasmikan

Sekalung tahniah buat Sin Lean Huat Trading Sdn Bhd yang kini dengan rasminya merupakan cawangan pengedar rasmi Mforce Smartshop yang pertama di negeri Perak.