Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 15 November 2025

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Pada 5-6 November lalu, Aveta Malaysia sekali lagi mencipta sejarah dengan penganjuran Media Experience Ride NOVA 250 bersama beberapa pihak media dan RR juga turut diberi peluang menunggang skuter baru ini. Terima kasih buat Aveta Malaysia atas jemputan dan penganjuran yang memang cukup mantap!

Ya... 'ride eksklusif' ini bertujuan untuk memberi berpeluang buat kami (rakan media) menikmati perjalanan dan menguji kemampuan Nova 250 di pelbagai jenis laluan yang telah dipilih. Konvoi bertolak dari ibu pejabat Aveta. Acara dimulakan dengan taklimat perjalanan oleh Sdr Noriman, Penolong Pengurus Pemasaran dan juga Ketua Krew Marshal tentang laluan, lokasi rehat dan tempat untuk makan tengahari. Acara pelepasan pada pagi itu telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Jualan En. Michael Chin dan ditemani oleh Pengurus Pemasaran, MSs Joey Chia.

Barisan jentera Nova 250 berderet kemas sebelum memulakan perjalanan dengan menggunakan lebuhraya West Coast Expressway (WCE), lebuhraya yang terkenal dengan pemandangan yang cantik dan laluannya yang lebih tenang berbanding Lebuhraya Utara-Selatan. Pilihan untuk menunggang di  WCE memang padu! Ini kerana ia memberi peluang kepada peserta menikmati kombinasi jalan lurus panjang, selekoh ringan, dan suasana santai tanpa kesesakan.

Jujurnya, saya secara peribadi amat mementingkan keselesaan lebih-lebih lagi untuk perjalanan jauh. Ruang kaki Nova 250 yang luas membolehkan saya meletak dan mengubah posisi kaki dengan mudah. Posisi menunggang juga tegak, sudut normal terbaik untuk jalan jauh dan semestinya ruang bawah pelana yang boleh 'disumbat' dengan pakaian dan barangan lain. Ya...saiz ruang barang Nova 250 ini 20 liter, helmet full face pun muat.

Dari Kuala Selangor menuju ke Teluk Intan, masing-masing masih dalam 'mod santai' tetapi apabila laluan mula kosong, tenaga skuter baru ini mula diuji. Dengan mudah kelajuan mencecah 110km/j dan disebabkan semua rakan-rakan jauh ke depan, niat untuk mengambar gambar Nova ini di tepian sawah padi terpaksa dilupakan.

Masuk sahaja WCE, semua bagai 'naik sheikh', tambah-tambah pula jalan lengang! Prestasi enjin Nova 250 benar-benar menonjol di sini. Kemampuan enjin 244.3cc berkuasa 25.5hp dan tork 23Nm membolehkan laluan mendaki dapat dinikmati tanpa sebarang masalah. Cuaca juga menyebelahi konvoi, memang layan habis. Laju maksimum yang dapat dicapai lebih daripada 140km/j malah ada juga yang mampu menarik skuter ini mencecah 150km/j. Dalam kelajuan ini, cermin pengadang angin berada diketinggian yang sesuai cuma ia tidak boleh dilaras secara automatik.

Ada satu lagi kelemahan yang diharap pihak Aveta dapat atasinya iaitu pada paparan panel meter TFTnya yang berada di sudut kurang tepat dan agak sukar untuk dilihat. Tidak dinafikan paparan TFT ini memberikan segala info dengan jelas tetapi apabila keadaan persekitaran agak gelap. Namun begitu saya secara peribadi dapati, ia susah untuk dibaca lebih-lebih lagi apabila menunggang di waktu siang.

Menerusi panel ini juga kita boleh melihat visual dari kamera dashcam dan membuat penyambungan sistem 'Bluetooth' dengan telefon pintar kita. Muat turut aplikasi EYLINK dan ikuti langkah-langkah untuk memulakan penyambungan yang cukup mudah. Sebaik sahaja berjaya disambungkan, kita sudah boleh menggunakan sistem navigasi dan 'screen mirroring'.

Keluar sahaja tol Changkat Jering, lampu amaran bahan api dah berkelip. Semua dah start bawa perlahan, tadi laju sangat! Dari isian penuh tangki 12 liter, Nova ini boleh membawa kita sejauh 220 kilometer dan itu pun selepas ditunggang pada kelajuan maksimum hampir di 95% perjalanan.

Paling 'syiok' tentulah pada hantaran kuasa enjinnya yang konsisten walaupun digunakan dalam ride panjang. Ia membuktikan Nova 250 bukan sekadar bergaya, tetapi juga mampu menjadi teman tunggangan jarak jauh.

Sampai di Pulau Pinang, Nova 250 terus dibawa ke laluan berselekoh dan mendaki bukit. Fuh...memang puas. Prestasi enjin sangat memuaskan! Pulas sahaja pendikitnya, skuter ini memecut dengan pantas dan lancar! Tak kira penungang bersaiz S atau XXL, anda akan dapat merasakan kelincahan skuter ini pada setiap kali belokan.

Sistem saspensi depan dan belakang bekerja dengan baik. Tidak ada gegaran teruk yang menganggu tunggangan manakala sistem brek yang ditawarkan oleh Nova ini juga memuaskan hati.

Menunggang skuter ini diwaktu malam pula menyajikan 'vibe' yang sedikit berbeza. Lampu hadapan Nova 250 ini memang lain macam! Cantik, premium dan sangat jelas. Tidak seperti di waktu siang, panel meter TFT miliknya kali ini sangat cerah, jelas dan mudah dibaca. Dengan adanya TPMS, saya dapat pastikan tekanan tayar berada di dalam kedudukan yang baik selepas 500km perjalanan.

Perjalanan kembali ke Klang lebih santai kerana menggunakan lebuhraya Utara-Selatan cuma konvoi terpaksa berkongsikan laluan dengan ribuan kenderaan lain yang memenuhi setiap pelusuk jalan di Malaysia bila tiba hujung minggu.

Secara kesimpulannnya, menikmati 'ride' yang hampir mencecah 1000 kilometer pergi-balik dengan Nova 250 ini berjaya memberikan pengalaman cukup berharga khususnya pandangan dan penilaian terhadap skuter baru dari Aveta ini.

Selesa...Tangkas...Mudah...Jimat...Praktikal dan mampu milik. Apa yang diharapkan ialah daya tahan, alat ganti dan perkhidmatan lepasan jualan dari wakil-wakil pengedar jenama ini berada di tahap terbaik. Kekurangan yang ada pada Nova ini cukup minimal. Antaranya sudut pandang panel meter di waktu siang, cermin pengadang angin tak boleh laras, pelana yang agak sukar ditutup (kena kuat) dan saiznya yang mungkin agak kecil untuk penunggang tinggi lampai.

Tahniah dan terima kasih buat Aveta Malaysia kerana menunjukkan minat mendalam dalam membina komuniti riders khususnya dalam segmen skuter maksi. RR

Popular

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

  • Warta Roda

    Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Artikel berkaitan

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Ramai Sangka Ada Turbo, Sebenarnya Inilah Rahsia YAMAHA NVX SP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

Empat penunggang maut manakala yang lain cedera dalan kemalangan antara beberapa motosikal dan sebuah kereta di LPT.

Warta Roda

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR yang menawarkan penampilan lebih segar .

Warta Roda

Ibu Pejabat Jualan Boon Siew Honda Kini di Kota Damansara

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini secara rasmi mengumumkan pembukaan Ibu Pejabat Jualan barunya di Kota Damansara.

Warta Roda

Honda Vario 125 Baharu Tampil Dengan Ciri Dipertingkatkan - RM7,268

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Vario 125 Baharu yang tampil dengan beberapa pembaharuan.