Isu Terkini

Disember 2023

Pandu Uji / 10 September 2020

Mudah Jatuh Hati Dengan Yamaha NVX 155

Yamaha NVX 155 merupakan sebuah skuter yang telah ditunggu-tunggu pengguna di luar sana. Ramai pengguna jatuh hati sebaik sahaja melihat jentera ini mula-mula dipamerkan di Sepang International Circuit pada tahun lepas. Jentera skuter mula mendapat perhatian di kalangan pengguna motosikal di seluruh dunia termasuk Malaysia kerana ianya mudah untuk dikendalikan.

Yamaha telah menghasilkan sebuah motosikal yang penuh dengan kecanggihan, revolusi permotoran baru yang merangkul kesemua aspek daripada segi reka bentuk, teknologi enjin serta prestasi. Yamaha NVX mula diperkenalkan ke pasaran negara secara rasminya pada awal Julai lalu dengan harga RM10,500 termasuk GST. Model ini dihadirkan dengan tiga warna iaitu Biru, Merah dan Hitam.

Model baru ini dilengkapkan dengan enjin automatik generasi baharu bersesaran 155cc lengkap dengan VVA (Variable Valve Actuation). Model ini juga disempurnakan dengan teknologi BLUE CORE yang mampu meningkatkan kecekapan bahan api, membantu pecutan kuasa lebih efisien dan mempertingkatkan penjimatan bahan api.

Enjin yang digunakan pada model ini adalah daripada jenis silinder tunggal, empat lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair.

Yamaha NVX ini disempurnakan dengan sistem ‘stop & start’. Jika diaktifkan, sistem ini akan secara automatik mematikan enjin apabila motosikal diberhentikan di lampu isyarat.

Skuter ini menawarkan tunggangan yang hebat dengan kehadiran kuasa maksimum 11.0kW pada 8,000rpm dan tork 13.8Nm pada 6,250rpm. Tidak hairanlah apabila kita berupaya memecut laju walaupun pendikit dipulas dengan sedikit. Hantaran kuasanya amat mengagumkan dan terasa ia meluru ke hadapan dengan tangkas sekali.

Dari sudut pandangan rekabentuk, Yamaha NVX ini nampak lebih tegap, lebar dan cantik. Dari jauh lagi dapat menarik perhatian pengguna di luar sana. Bahagian hadapan paling mantap! Fairing hadapannya juga dibentukkan dengan cukup sporty dan garang. Posisi menunggangnya agak tinggi dan ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menunggang jauh kerana ia membuatkan kita menunggang dalam keadaan rehat sepanjang jalan.

NVX menggunakan sistem penghidup elektrik. Naikkan tongkat sisi, tarik tuas brek, tekan suis penghidup dan nikmati enjin bersesaran 155cc ini berputar senyap dan sedap untuk didengar. NVX juga dilengkapi dengan sistem kunci pintar (smart key) tanpa kunci dan sistem 'Immobilizer' untuk keselamatan.

Sistem kunci yang terdapat pada model ini amat bagus. Apabila pengguna tidak menetapkan posisi kunci pada penunjuk 'off' alarm pada skuter ini, NVX akan berbunyi sebaik sahaja pengguna yang memegang smart key berjauhan dengan motosikal tersebut dengan jarak 10 meter. Ini bertujuan bagi mengingatkan pengguna supaya menutup kunci ini dengan sempurna. Kami ingin memberi nasihat kepada pengguna di luar sana supaya tidak meninggalkan smart key pada motosikal kerana boleh memudahkan orang lain menghidupkan skuter tersebut dengan mudah

Pada smart key ini terdapat sistem “panggil balik” bagi memudahkan pengguna mengesan motosikal dari jauh. Jika smart key ini kehabisan bateri, pemilik masih dapat menghidupkan jentera ini dengan menggunakan kunci khas beserta nombor kod rahsia. Menerusi panel meter digital LED 5.8 inci memaparkan tahap putaran rpm, kelajuan, tahap bahan api, tahap bateri, jarak perjalanan, trip dan jam yang canggih dan terkini. Ia terang dan jelas untuk menerangi setiap perjalanan.

Di bawah bahagian pemegang hendal sebelah kiri motosikal terdapat ruangan simpanan mini. Ruang simpanan ini untuk menyimpan barangan-barangan peribadi kecil seperti kunci. Dalam ruangan itu juga tersedia soket elektrik untuk tujuan mengecas telefon pintar.

Ketika menunggang uji jentera ini, pada awalnya kami hanya dapat membuat kelajuan maksimum sekitar 125km/j hingga 130km/j sahaja. Tetapi kami percaya bahawa skuter yang cantik ini dapat dipecutkan dengan lebih laju. Ketika menuruni laluan yang agak berbukit, kami akhirnya dapat mencapai kelajuan tertinggi 140km/j mengikut berat badan, kehadiran angin dan permukaan jalan yang bersesuaian.

Yamaha NVX ini disempurnakan dengan sistem 'stop & start'. Terdapat butang on dan off di bahagian panel hendal sebelah kanan. Jika diaktifkan, sistem ini akan secara automatik mematikan enjin apabila motosikal diberhentikan di lampu isyarat. Sistem 'Stop & Start' berfungsi menerusi Penjana Motor Pintar serta alat elektronik khusus yang akan memastikan enjin jentera ini dihidupkan kembali secara lembut dan senyap dengan hanya sedikit putaran pada pendikit. Ia benarbenar membantu penjimatan bahan api. Jentera ini amat stabil ketika meratah selekoh-selekoh tajam. Ini disebabkan NVX dilengkapkan dengan tayar depan berukuran 110/80-14M/C 53P dan belakang 140/70-14M/C 62P yang cukup lebar.

Saspensi hadapan NVX ini adalah jenis fork teleskopik dan jenis penyerap hentakan berkembar di belakang. Tidak kira menunggang berseorangan atau berdua, setiap selekoh dapat kita memasuki dengan selamat sekali. Tetapi agak mengecewakan sedikit apabila kami melalui jalan yang mempunyai garisan kuning, gegaran kecil mudah terasa terutamanya pada bahagian pergelangan tangan. Harap pihak Hong Leong Yamaha Motor dapat memberi perhatian di atas masalah ini.

Menunggang skuter ini pada waktu malam amat mengagumkan dengan kehadiran lampu hadapan jenis LED yang serba canggih untuk penglihatan yang lebih jelas demi keselamatan kita. Manakala lampu belakangnya juga jenis LED nampak cantik dan terang yang memudahkan ianya dilihat dengan jelas dari belakang . Panel meternya jenis digital LED sangat menarik dan jelas. Memang canggih dan moden!

Terdapat ruang simpanan di bawah tempat duduk yang luas (berkapasiti 25 liter). Kita boleh menyimpan topi keledar serta barangan lain di dalam ruangan tersebut. Tempat pengisian bahan api yang tertutup rapi untuk keselamatan dengan bentuk estetika yang lebih cantik. Untuk membuka tempat duduk dan juga penutup minyak perlu menekan butang yang tertulis ‘SEAT’ & ‘FUEL’ di sebelah tempat kunci penghidup. Sistem keselamatan Yamaha NVX disempurnakan dengan penggunaan brek hadapan jenis cakera yang dilengkapi sistem ABS untuk cengkaman yang lebih tepat. Kita tidak perlu risau walaupun ketika memacunya di dalam hujan sekali pun apabila membrek dengan kuat sekali, brek tersebut akan mencengkam secara lembut dan selamat.

Yamaha NVX mempunyai ketinggian pelana 791mm. Pelana yang besar dan Ruangan simpanan mini. selesa cukup sesuai untuk mana-mana penunggang. Walaupun nampak tinggi kita masih mudah untuk meletakkan kaki di atas permukaan tanah.

Walaupun NVX ini menjimatkan petrol akan tetapi tangkinya yang kecil (4.6 liter) memerlukan kita sentiasa perlu membuat pengisian bahan api. Pada model ini terdapat ruang pemegang belakang bersepadu yang terletak di bawah pelana pembonceng. Dengan adanya ruang pemegang ini, ia membantu bukan sahaja bagi pembonceng untuk lebih yakin tetapi juga membantu para pemilik NVX ini mengubah posisinya sesuka hati.

Kami dapat menikmati perjalanan sejauh 124 kilometer dengan sekali isian tangki NVX yang bersaiz 4.6L. Sememangnya kadar penggunaan bahan api ini bergantung kepada banyak faktor seperti berat penunggang, keadaan muka bumi dan gaya tunggangan. RR

Isu Pada

September 2017

Spesifikasi

Enjin4 lejang, sejukan cecair, SOHC, VVA
Isipadu155
Gerek x Lejang58mm x 58.7mm
Nisbah mampatan10.5:1
Kuasa maksimum11.0kW pada 8,000rpm
Tork maksimum13.8Nm pada 6,250rpm
Jenis transmisiTali sawat
Tinggi pelana791mm
Isi tangki4.6 liter
PengeluarHong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.

Popular

  • Dari Litar

    Bimota Bakal Kembali Dalam WorldSBK 2025

  • Warta Roda

    HLYM Perkenalkan Warna Baru Yamaha NVX 2024

  • Model Baru

    Shineray 284 - Moped Menarik Dari China

  • Dari Litar

    WorldSBK: Pasukan BMW Makin Ceria Dengan Prestasi Toprak!

  • Model Baru

    Harley-Davidson Tobacco Fade 'Enthusiast Collection'

Artikel berkaitan

Ducati Hypermotard 950 RVE - Aura Fesyen & Teknologi

Selepas 4 Tahun, Andrea Iannone Makin Bersemangat

Combat Wraith 132ci - Inovasi Yang Direka Semula

KTM RC 8C 2023 - Maestro Kelas Pertengahan

Triumph Tiger 1200 GT Pro - Jentera Kembara Sensasi

Royal Enfield Super Meteor 650

CMC Buccaneer 250i - Gaya Retro Masa Kini

Ducati Streetfighter V2 - Garang & Berkuasa

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cubaan Meragut Gagal, Suspek Telah Ditahan

KUCHING: Dua peragut berputih mata selepas cubaannya meragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawa digagalkan orang awam.

Warta Roda

Sepasang Suami Isteri Maut, Motosikal Terbabas Ke Laluan Bertentangan

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas ke laluan bertentangan.

Warta Roda

Penuntut UniSZA Maut Bertembung Dengan Kereta

Seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta.

Warta Roda

Petugas KKM Nyaris Maut, Ambulans Masuk Gaung

Ambulans masuk gaung, petugas KKM nyaris maut...