☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Oktober 2015

Pakaian Menunggang Furygan Sesuai untuk Semua

Furygan merupakan syarikat berasal dari Nimes, Perancis yang telah berada di pasaran sejak pada tahun 1969. Pada mulanya syarikat ini hanya menumpukan perhatian dalam menghasilkan produk sarung tangan untuk kegunaan penunggang basikal, ski dan semestinya motosikal. Furygan sentiasa mengutamakan kualiti dan lama-lama permintaan terhadap produk ini semakin meningkat. Dari produk sarung tangan, Furygan kini menawarkan hampir kesemua jenis pakaian keselamatan daripada kasut hinggalah ke sut perlumbaan.

Dari kiri: En. Ron Tan, Jean Marc Autheman & En. Adrian Soh melancarkan produk keluaran Furygan
Dari kiri: En. Ron Tan, Jean Marc Autheman & En. Adrian Soh melancarkan produk keluaran Furygan

Furygan menawarkan jaket-jaket jenis vented dan kulit untuk semua jenis penunggang tidak kira anda lelaki mahu pun wanita. Sut perlumbaan Furygan juga boleh dimiliki dalam pelbagai warna dan yang terbaru, lengkap dengan sistem beg udara Dainese D-Air yang telah menerima pujian para penunggang motosikal di seluruh dunia. Kasut-kasut keluaran syarikat ini juga dijual dalam pelbagai jenis dan corak yang menarik.

Kemantapan kualiti produk ini turut menerima pengiktirafan perlumbaan bertaraf dunia. Furygan menjadi pilihan para pelumba hebat seperti Esteve Rabat (Juara Moto2 2014), David Checa, Kenny Foray dan Matthieu Gines (Juara Endurance Sedunia 2014), Michael Dunlop (juara empat kali IOM Tourist Trophy 2014) dan Andrien Chareyre (Juara Supermoto of Nation 2014) dan ramai lagi terutamanya dalam perlumbaan Moto2.

Bercerita mengenai penyerapan, pemotongan, kekuatan jahitan, ergonomik dan kualiti, produk ini telah mendapat kelulusan piawaian Conformité Européene 'CE' atau Pematuhan Eropah. Dengan adanya logo 'CE' produk-produk yang dihasilkan sudah pasti direka bukan sahaja demi gaya tetapi juga untuk menjamin keselamatan pemiliknya. Furygan juga bekerjasama dengan British D3O Technology dalam usaha untuk memaksimakan tahap keselamatan produk mereka.

Teknologi D3O ini merupakan unit penyerap hentakan yang dihasilkan dengan menggunakan kejuruteraan yang tinggi. Struktur molekul bahan ini membolehkannya bertindak dengan cara berbeza dalam situasi yang berbeza. Contohnya, dalam keadaan biasa, molekul D3O ini berada dalam keadaan berasingan dan longgar. Bentuknya dapat diubah dengan mudah tetapi apabila berlakunya hentakan, molekul-molekul ini melekat dan bersatu untuk menyerap segala hentakan itu dengan cemerlang sekali.

Dengan kerjasama antara Furygan dan Winmaster Sdn Bhd, produk hebat ini bakal berada di pasaran negara di kedai-kedai aksesori motosikal tidak lama lagi. Dengan harga yang cukup berpatutan, pastinya produk-produk Furygan menjadi pilihan ramai. RR

Isu Pada

Oktober 2015

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.