☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 14 Ogos 2018

KYB ProX: Penyerap Hentak Terbaru Dari KYB

Pengalaman KYB-UMW Malaysia (KYB) sebagai pengeluar penyerap hentak untuk kenderaan dua dan empat roda di Malaysia lebih daripada tiga dekad ternyata telah menawarkan keseronokan dan tahap keselamatan yang terbaik buat jutaan pengguna jalan raya di Malaysia khususnya. Penghasilan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang mantap sentiasa menjadi teras dan keutamaan KYB demi memberi kepuasan maksima buat para pelanggannya.

En. Iwao Mizuno melancarkan produk terbaru KYB Pro-X.
En. Iwao Mizuno melancarkan produk terbaru KYB Pro-X.

Untuk terus berdaya saing dalam pasaran motosikal di Malaysia, KYB telah melancarkan produk terbaru, KYB Pro-X yang merupakan penyerap hentak dengan tangki sub berprestasi tinggi direka khusus untuk jentera moped dan skuter. KYB Pro-X adalah singkatan daripada Product + Extreme dan merupakan produk premium yang menggunakan teknologi pengisian minyak terkini yang direka khas oleh KYB Japan demi prestasi yang cemerlang. Hadir menyempurnakan majlis pelancaran ialah Pengarah Urusan KYB-UMW Malaysia, En. Iwao Mizuno dan Pengarah/Pengurus Besar KYB-UMW Malaysia, En. Cheow Lip Heng.

Tahap kecemerlangan sesebuah penyerap hentak itu bergantung kepada kecekapannya berfungsi dalam suhu tinggi yang disebabkan oleh jarak perjalanan, corak tunggangan, berat penunggang dan keadaan mukabumi. Untuk menjamin perjalanan terus selesa dan selamat, penyerap hentak KYB Pro-X yang dilengkapi dengan tangki sub menambah kira-kira 50% kuantiti minyak berbanding penyerap hentak biasa. Menerusi tangki sub baru ini, minyak akan dapat dialirkan jauh lebih efisien agar tahap penyerapan hentakan dapat dipertingkatkan dengan lebih jitu di semua jenis perjalanan.

Kualiti unit peredam Pro-X telah dipertingkatkan untuk perjalanan lebih selesa, membantu cengkaman tayar lebih baik, memperbaiki tahap cengkaman ketika membrek dan meningkatkan daya tarikan pada tayar. Rekaan spring pada produk ini juga diperkemaskan untuk menambah kestabilan jentera tunggangan di permukaan jalan tidak sempurna dan sewaktu di dalam selekoh. Sebagai permulaan, KYB Pro-X dihasil untuk dipasangkan pada dua buah model iaitu Yamaha Lagenda 110/115Z dan Yamaha NVX155. Dijangkakan empat lagi produk KYB Pro-X akan diperkenalkan pada Disember nanti yang direka untuk model Yamaha Nouvo, Yamaha RXZ, Honda EX5 dan Honda Wave.

Satu set Pro-X ditawarkan pada harga di bawah RM500 dan bagi mereka yang berminat untuk memiliki penyerap hentak KYB Pro-X dengan corak dan warna tersendiri, maklumat boleh didapati di rakan niaga serta para pengedar KYB di seluruh negara antaranya seperti South East Asia Auto Parts Sdn Bhd, Chee Seng Credit Sdn Bhd dan lain-lain. RR

Isu Pada

Ogos 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.