Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 10 April 2017

Bobber Cleveland Cun Dari Bangi!

Cleveland merupakan jenama motosikal yang dikeluarkan dari Amerika Syarikat tetapi dibuat di China dengan kualiti yang cukup tinggi. Syarikat ini menumpukan perhatian dalam pengeluaran jentera bersesaran sederhana untuk menarik minat golongan muda dan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia dua roda.

Peminatnya di Malaysia juga agak ramai, salah seorang daripadanya ialah Irwan bin Zulkarnain berumur 33 tahun dan sememangnya pencinta motosikal sejak dari kecil lagi. Baginya motosikal mampu menghilang stress bekerja, bebas dan bergaya. Irwan berasal dari Temerloh dan dibesarkan di Kuala Lumpur, jentera Bobber pula menarik minatnya kerana posisi menunggang yang relaks, cool dan sesuai untuk semua jenis perjalanan.

“Saya pernah memiliki pelbagai jenis motosikal. Di antaranya ialah Modenas Kriss , Scrambler, Modenas Jaguh, jentera custom dan Cleveland Heist 250 ini. Saya juga gemar bermotor tidak kira sama ada berseorangan atau pun secara berkonvoi. Antara tempat yang pernah dilawati ialah Pulau Pinang, Melaka, Kuantan dan Negeri Sembilan.”

Menurut Irwan, terdapat dua pengembaraan yang paling menarik dan sentiasa dikongsi. Pertama, konvoi berdua dengan Omar dari Eastern Bobber untuk memeriahkan acara Bike Week di Tangkak. “Saya ketika itu menunggang Suzuki Intruder manakala Omar pula Yamaha XS650. Memang seronok kerana kami berdua menunggang dengan cukup santai, tiada apa yang nak dikejar. Ketika berada di kawasan Gunung Ledang, suasananya cukup nyaman dan tenang. Tidak sibuk dan agak sejuk. Memang enjoy sungguh!”

Irwan juga pernah diuji dengan masalah klac yang rosak ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang. 'Kembara Mencari Ketenangan' katanya! Ketika baru tiba di Ipoh, klac motosikalnya rosak tetapi masih mampu untuk bergerak – cuma tidak laju. Sudahlah jam baru 3.00 pagi, hujan... Irwan memutuskan untuk berhenti seketika (minum) dan bersiar-siar di bandaraya Ipoh sampailah pada jam 7.00 pagi. Oleh kerana ingin mencabar diri, dia teruskan perjalanan ke Pulau Pinang dengan jentera yang tidak sempurna dan berjaya sampai ke tempat yang dituju kira-kira jam 2.00 petang.

“Motor saya hanya boleh bergerak dengan agak perlahan, sekitar 70-80km/j sahaja. Tidak cukup dengan itu, hujan turun dengan lebat tidak lama kemudian dan berterusan hinggalah saya sampai ke Kualau Lumpur semula.”

Pengubahsuaian:

Cleveland Heist 250 sememangnya sebuah jentera yang sudah ada asas jentera custom yang tidak begitu sukar untuk kita lakukan pengubahsuaian. Casis, tangki dan bentuknya mirip dengan model Harley Davidson Sportster. Dengan adanya rangka asas ini, mereka yang ingin membuat pengubahsuaian mendapati ianya lebih mudah.

“Ia model 2015 dan dibeli pada harga RM21,000. Pengubahsuaian pertama yang dilakukan ialah dengan menukar warna dan rekacorak tangki model ini. Selepas mengadakan perbincangan dengan tukang cat, tangki motor saya dicatkan dengan corak Metal Flake. Untuk lebih mengancam, warna ini ditambah pula dengan paint stripe untuk kesan visual lebih menarik.”

Irwan mengekalkan tayar dan rim asal model ini kerana ianya memang sudah cukup cantik. Rimnya berjejari 60 batang berbanding model-model konvensional yang hanya berjumlah 36 batang. Dengan penukaran ini, jentera baru Cleveland ini nampak lebih kemas dan pastinya lebih cantik.

Oleh kerana sistem ekzos asal Cleveland agak perlahan, Irwan telah menukarnya dengan sistem ekzos terus atau namanya straightflow yang menawarkan bunyi jauh lebih garang dan mantap yang dibeli pada Eastern Bobber. Bagi tangkinya pula, Irwan memilih untuk tidak membuat penukaran kerana tangki asal (9.5 liter) memang cukup cantik dan amat menjimatkan. Isian penuh boleh ditunggang sejauh 150 kilometer – memang jimat!\

“Saya juga menukar bar hendal asal kepada jenis Monkey Bar bersaiz 15 inci kerana cantik dan selesa. Untuk disesuaikan denga tunggangan santai, fork depan pula direndahkan sedikit kira-kira tiga inci. Untuk kelihatan lebih menarik, lampu hadapan asal telah ditukar dan kini menggunakan lampu yang dibeli daripada kedai aksesori. Saya juga tidak menukar tempat pemijak walaupun ada pelbagai jenis di kedai-kedai aksesori tawarkan yang tulen kerana posisinya sudah cukup sempurna dan sesuai untuk saya.

Irwan telah berbelanja kira-kira RM5,000 untuk menukar rupabentuk asal menjadi cantik seperti ini dan amat berpuas hati. “Memang belum ada hajat nak jual kerana saya cukup sukakannya. Saya juga mempunyai impian iaitu untuk membeli sebuah Harley Davidson Sportster. Itulah motosikal idaman saya.” RR

Isu Pada

April 2017

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan Dengan Sebuah Kereta, Penungang Motosikal Jatuh Gaung

enunggang motosikal parah terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 15.2 meter (m) selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 445.7 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara.

Warta Roda

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

Dua pelajar sekolah maut dalam nahas membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Sedili Kecil-Tanjong Balau, pada Sabtu.

Warta Roda

Perlumbaan Lasak Rimba Raid X Dilancarkan!

Bagi para peminat dunia motosikal lasak di Malaysia, Rimba Raid tidak perlu lagi diperkenalkan. Bermula dari tahun 2015, saingan Rimba Rais bukan sahaja berjaya menarik minat para pesaing dari dalam negara sahaja malah hampir dari serata dunia di Malaysia ialah Taman Negara Kuala Tahan, Kampung Janda Baik dan yang terkini ialah di Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

Berita Kelab

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

Kerjasama ini menjurus kepada idea untuk penganjuran acara Ride & Camp Vol 1 yang diadakan di Lata Ulu Kasar, Setiu, Terangganu pada awal Mei yang lalu.