Isu Terkini

Oktober 2024

Bintang / 1 Julai 2017

Yamaha R25 'Mahal' Dari Banting

Nilai keseluruhan pengubahsuaian yang dilakukannya lebih daripada RM15,000 dan demi menjadikan jentera Yamaha YZF R25 lebih menarik, Bintang Bulan Ini iaitu Muhammad Abdul Hanif bin Jumiri tidak pernah kisahkan soal kewangan. Pemuda dari Banting, Selangor ini lebih senang dengan panggilan Anif, berusia 25 tahun dan bekerja di TNB sebagai seorang eksekutif, masih bujang dan belum lagi berpunya.

Walaupun sudah mengenali dunia motosikal sejak kecil tetapi Anif mula pandai mengendalikan motosikal pada usia 13 tahun dengan menunggang sebuah Honda C50 milik keluarganya. Selepas bekerja, dia membeli sebuah Yamaha 135LC yang digunakan berulang alik dari Banting ke Damansara setiap hari. “Saya memang cukup sukakan motosikal kerana menghilangkan stress. Bila di atas motor, kena angin... semua masalah saya rasa hilang. Memang cukup seronok sekali.”

Jentera R25 milik Anif ini boleh ditukar keseluruhan fairingnya pada bila-bila masa. Ketika sesi fotografi bersama pihak RR, Anif memilih untuk menggunakan warna biru berikutan rekabentuk fairingnya telah dihantar untuk dicat.
Jentera R25 milik Anif ini boleh ditukar keseluruhan fairingnya pada bila-bila masa. Ketika sesi fotografi bersama pihak RR, Anif memilih untuk menggunakan warna biru berikutan rekabentuk fairingnya telah dihantar untuk dicat.

Apabila mendapat tahu Yamaha akan memperkenalkan model sport berkuasa 250, Anif terus mencari info dan gambar-gambarnya di internet, majalah dan ternyata R25 menepati keinginannya. Antara ciri-ciri menarik R25 ialah rupabentuk yang mirip model-model berkuasa tinggi Yamaha, kuasa pecutan dan keselesaannya. Anif akhirnya berjaya membeli motosikal itu pada tahun lalu (edisi Movistar) pada harga kira-kira RM26,000.

Dengan jentera barunya ini, Anif bukan sekadar berulang alik ke tempat kerja tetapi sudah mula 'melangkah' lebih jauh. Bermula dengan perjalanan jarak sederhana ketika menunggang solo dan apabila berkenalan dengan rakan-rakan R25 yang lain, Anif telah pun bermotor ke beberapa negeri seperti Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.

Model R25 juga sentiasa menjadi pilihan para penunggang motosikal untuk menyusuri jalan-jalan berselekoh dan Anif juga tidak berkecuali. Dia sering menunggang di Ulu Yam dan Bukit Tinggi. “Mungkin pada malam itu hujan, permukaan jalan agak berpasir dan ketika berada di selekoh, saya terbabas ke tepi jalan. Longkang besar berbentuk 'V' yang digelar 'Longkang Mesra Rider' oleh rakan-rakan rider di situ selalunya dapat menyelamatkan motosikal tetapi motor saya terus menghentam dinding longkang tersebut lalu memusing dua kali.”

Motosikal R25 Anif rosak teruk. Depan dan belakangnya hancur tetapi mujurlah Anif langsung tidak mengalami sebarang kecederaan kerana memakai racing sut lengkap dan sememangnya Anif sentiasa mengenakan pakaian yang sesuai untuk tunggangannya. “Kalau nak tunggu duit insurans untuk baiki motor saya memang lambat tambahan pula saya gunakannya untuk mencari rezeki. Jadi saya terpaksalah menggunakan duit sendiri dahulu untuk kos membaik pulih dengan nilainya lebih daripada RM2,000. Seminggu siap!”

Pengubahsuaian:

Anif mula ingin melakukan pengubahsuaian selepas melihat seorang lagi kenalannya, Hans yang telah masukkan bentuk Suzuki Hayabusa pada motosikalnya. Memang cantik dan lebih stabil.

“Orang yang pandai mengubahsuai motosikal itu juga kenalan kami dan untuk pengubahsuaian ini, saya terpaksa menanggung kos perjalanannya untuk ke situ. Proses awal lebih kepada kegunaan aksesori sahaja tetapi kawan menawarkan untuk guna rim dan tayar model MV Agusta F4 1000R 2010. Harga untuk sepasang rim hadapan tersebut ialah RM4,200 tapi memang puas hati. Guna tiga jari sahaja sudah boleh angkat... memang ringan.”

Rim belakang MV Agusta ini hanya boleh dipasang pada lengan ayun tunggal sahaja dan untuk itu, Anif membeli pula lengan ayun tunggal Honda VFR400 pada harga RM1,600. Untuk disesuaikan dengan sistem saspensi baru itu, Anif turut menukarkan penyerap hentak hadapan dengan fork daripada model Yamaha R6 yang berharga RM5,000. Semua pemasangan siap dilakukan di Indonesia dan setibanya di Malaysia, aksesori ini hanya perlu terus dipasang pada jentera R25 Anif.

Anif menukar cover set asal dengan unit Len Automodified R25 dari Indonesia berharga RM2,500 yang cukup menarik dan cantik sekali. Ekzos asal juga telah ditukar kepada ekzos LeoVince tetapi menurut Anif, dia tukar sesama rakan R25 atas dasar suka sama suka.... Free! L a m p u utama R25 milik Anif dilengkapi dengan LED yang dibelinya di sebuah kedai aksesori di Keramat.

Selepas berbelanja besar, R25 milik Anif ternyata mendapat perhatian oleh sesiapa sahaja setiap kali dia berhenti. Selain rekabentuk baru yang lebih garang, pengendalian R25 juga menjadi lebih stabil dan mudah. Anif ternyata amat berpuas hati dengan pengubahsuian ini tetapi....

“Projek masih belum lagi habis. Selepas ini saya nak mengubah warna motosikal kepada rekacorak jentera Nicky Hayden yang lebih menarik dan cantik.” RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Yamaha XMAX 250 - Arai Nicky Hayden

Kawasaki H2 Gundam Dari Dungun

Yamaha R25 Jadi MT25 Jadi XSR25

Honda Fame 'Rare' Milik Orang Temerloh

Yamaha YZF-R25 'Garang' Dari Melaka

Yamaha Nmax Doraemon Raih Populariti

Modenas Jaguh Custom 'Ride To Nature'

Yamaha 135LC Custom Moped

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888

Dari Litar

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Hakim Danish sedia untuk menggalas tanggungjawap seterusnyamenjelang GP Britain di Litar Silverstone

Model Baru

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900

Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.