Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 21 September 2020

Yamaha M-Slaz 150 Cantik & Bergaya

Segmen motosikal 150cc di Malaysia sangat popular di kalangan para pencinta dua roda. Jika kita lihat jentera-jentera yang berkapasiti 150cc telah mendapat sambutan yang hangat di negara ini. Selain kelajuan, rekabentuk yang menarik juga amat memainkan peranan untuk menarik minat para pengguna.

Pada tahun 2015, Yamaha Thailand telah melancarkan model Street Fighter iaitu Yamaha M-Slaz 150 di Thailand International Motor Expo 2015. Tidak lama kemudian Indonesia juga turut membawa masuk model tersebut ke dalam pasaran negara mereka. Selain nama M-Slaz, jentera ini turut digelar sebagai Xabre di Indonesia.

M-Slaz yang diuji ini adalah model 2016, ia merupakan unit pameran dan bukanlah untuk tujuan pasaran. Kami bertuah kerana pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah memberi peluang untuk menguji jentera ini. Dalam segmen jalanan berkuasa sederhana, Yamaha FZ150i sememangnya sangat diminati hingga ke hari ini. Ia selesa, tahan lasak dan jimat petrol. Adakah M-Slaz 150 ini sama hebatnya?

Pertama sekali yang kami buat sebaik melihat M-Slaz ini adalah berpusing kelilingnya. Fuhh!!! Memang tertarik betul dengan keanggunan rekabentuknya. Tidak kira dari kanan, kiri, depan dan belakang, bentuknya yang cantik, menawan serta agresif amat sesuai dengan karektor nakednya. Kami percaya model ini mampu membuatkan banyak mata yang memandang.

Sebaik sahaja memanjat M-Slaz, kami sangat berpuas hati dengan keempukkan pelananya yang setinggi 805mm menjadikan tunggangan jarak jauh dan dekat tidak begitu memenatkan. Posisi tunggangannya juga tidak membongkok. Reka bentuk tangkinya pula memang cukup sesuai. Kami dapat memegang bar hendalnya dengan mudah dan kaki pula senang untuk mengepit bahagian tangki apabila ingin memecut.

Selepas duduk di atasnya, naikkan tongkat sisi, genggam bar hendal, betulkan kedudukan dan hidupkan enjin dengan sistem penghidup elektrik. Apabila enjin dihidupkan, kami dapat mendengar putaran enjin empat lejang ini berputar lancar serta bunyi yang menyegarkan. Bunyi yang keluar dari sistem ekzosnya sudah membuatkan kami tidak sabar untuk merasa street fighter ini beraksi di atas jalan. Kami mula memulas pendikit dengan lebih galak lagi untuk mendengar deruman sebenarnya. Vroomm…. Wow!! Memang mengujakan.

Bercerita pasal tongkat sisi, ada sedikit nasihat dari kami buat penunggang di luar sana. Apa yang kami lihat, sesetengah penunggang terlupa naikkan tongkat sisi ketika menunggang. Perkara sebegini jangan memandang remeh. Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja apabila tongkat tersangkut di permukaan jalan terutama ketika membelok. Tidak semua motosikal ada sistem mati enjin jika tongkat sisi tidak dinaikkan. Sebelum menghidupkan enjin pastikan tongkat sudah dinaikkan.

M-Slaz didatangkan dengan enjin bersesaran 149cc, silinder tunggal, SOHC, sejukan cecair menawarkan tunggangan menyeronokkan dengan kuasa maksimum 12.0kW pada 8,500rpm manakala tork setinggi 14.3Nm pada 7,500rpm. Enjin ini juga turut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api yang menjanjikan kadar pengunaan petrol serta menghemburkan kuasa yang lancar sebaik sahaja kita memulas pendikit.

Jentera ini ditawarkan dengan enjin bertransmisi 6-kelajuan. Kuasa tolakan di setiap kedudukan gear cukup mengagumkan. Tarik sahaja tuas klac kemudian masuk gear dan lepaskan pendikit sudah terasa M-Slaz terus menganjak ke hadapan.

Satu persatu gear ditambah untuk mencapai kelajuan tertinggi. M-Slaz mampu dipecut ke tahap maksimum iaitu sekitar 130 km/j yang berjaya dicapai walaupun kami rasa ia boleh pergi dengan lebih laju lagi. Ternyata M-Slaz menawarkan pengendalian yang selesa dan meyakinkan ketika memecut mahupun mengambil selekoh. Langsung tidak terasa seperti terhuyung-hayang.

Dari lebuhraya, kami bawanya ke kawasan bandar. Dengan tubuh badan yang ramping, kita dapat bergerak dengan lancar dalam kesesakan ibu kota. Selain itu, kuasa tolakan M-Slaz sangat menyerlah, prestasi seperti ini amat diperlukan untuk memintas kenderaan lain dengan selamat.

Ruang yang cukup luas antara lutut dan bar hendal memudahkan penunggang memacunya dengan selesa. Dengan bentuknya yang kecil, para penunggang dapat membuat belokan atau pusingan ‘U’ dengan pantas dan selamat. M-Slaz amat mudah untuk digerakkan tidak kira pemilik tersebut lelaki atau wanita kerana mesin ini memiliki berat hanya 135kg.

Memang benarlah, M-Slaz dapat menarik perhatian ramai menerusi rekabentuknya. Berhenti sahaja di lampu isyarat pasti ada yang curi-curi pandang. Ada seketika kami berhenti di satu R&R untuk berehat. Parking sekejap sahaja ramai orang mengelilingi jentera tersebut untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Banyak soalan yang ditanya, ada soalan yang kami mampu jawap dan ada yang hanya mampu tersenyum sahaja.

Menunggang bersama M-Slaz sangat memuaskan hati. Saspensi hadapan pada model ini adalah jenis terbalik (USD). Kami cuba membrek secara keras untuk melihat prestasinya. Ia dapat menyerap segala hentakan dengan cukup sempurna. Penyerap hentak belakangnya turut memberikan keselesaan buat penunggang dan pembonceng.

Untuk disesuaikan dengan karaktor kelincahannya, model street fighter ini telah dipadankan dengan set-set tayar bersaiz 110/70-17 M/C (hadapan) dan 130/70-17 M/C (belakang). Ternyata tayar-tayar pada model ini bertindak dengan baik sekali. Sememangnya ia memberi gigitan yang sempurna apabila berada di jalan-jalan berselekoh. Kami dapat membelok ke kiri dan kanan dengan mudah dan ia tidak membuang.

Kelengkapan sistem brek yang baik amat diperlukan di setiap motosikal. Dengan adanya sistem brek yang efisien, sentuhan yang lembut dituasnya sudah cukup untuk memperlahankan sesebuah motosikal dengan mudah. M-Slaz hadir dengan brek jenis cakera di bahagian depan dan belakang yang bertindak dengan cukup cemerlang. Jika mahukan cengkaman yang menakjubkan, tarik sahaja kedua-dua tuas breknya. Tapi sayangnya model ini tidak disertakan dengan kelengkapan sistem ABS.

Bagaimana dengan prestasi M-Slaz pada waktu malam? Ya… jentera ini dibekalkan dengan sepasang lampu utama yang cukup terang. Suluhannya seperti lampu kereta. Kami dapat melihat segala keadaan di hadapan dengan mudah sekali. Manakala lampu belakangnya cukup kemas dan jelas. Pemandu di belakang dapat melihat kedudukan kita di hadapan. Kesemua lampu utama, belakang dan isyarat adalah jenis LED.

Panel meternya adalah jenis LCD penuh yang mudah dibaca memberikan kelebihan untuk kita terus fokus ketika menunggang. Terdapat segala informasi yang diperlukan setiap penunggang seperti putaran rpm, tahap kelajuan, masa, tahap bahan api dan jarak perjalanan. Apa yang kurang adalah penunjuk gear, di dalam paparan tersebut hanya memaparkan kedudukan gear Neutral (N). Lampu latar belakangnya pula berwarna biru gelap dan jelas untuk dilihat ketika menunggang pada waktu malam mahupun siang.

Ya! Apa yang paling menarik, model ini dapat ditunggang ke mana sahaja yang ingin dituju. M-Slaz sememangnya boleh menjadi sebuah model pilihan kerana ia menawarkan gaya tunggang yang lincah dan yang paling penting penggunaan bahan apinya sangat menjimatkan. Kami dapat memacu jentera tersebut sekitar 250 – 300 kilometer dengan sekali sahaja isian penuh tangki bersaiz 10.2 liter dalam pelbagai jenis tunggangan dan permukaan jalan.

Secara jujurnya, M-Slaz merupakan sebuah jentera yang cukup hebat sekali. Model ini merupakan sebuah jentera pilihan yang sesuai digunakan di mana-mana sahaja kerana ia menawarkan gaya dan tunggangan yang lincah. Selain itu, jentera ini juga turut mendapat permintaan yang cukup tinggi di sesetengah negara. Jika M-Slaz dibawa masuk ke pasaran Malaysia, pasti dapat sambutan yang hangat. RR

Isu Pada

Mac 2020

Spesifikasi

Enjin: empat lejang, silinder tunggal, SOHC, sistem penyejuk cecair
Isipadu: 149cc
Kuasa maksimum:12.0kW pada 8,500rpm
Tork maksimum: 14.3Nm pada 7,500rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Sistem bahan api; suntikan bahan api
P x L x T1,955 x 795 x 1,065mm
Tinggi pelana: 805mm
Isi tangki: 10.2 liter

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pedro Acosta Bersama Ducati Untuk Musim 2027 dan 2028. Marc Marquez Sambung Kontrak!

Pedro Acosta kini dengan rasminya menyertai pasukan Ducati bersama dengan Juara MotoGP tujuh kali, Marc Marquez.

Dari Litar

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas kejayaan di BRON, Hakim Danish mahu teruskan momentum positif di pusingan berikutnya.

Warta Roda

Platform Honda X Dinaiktaraf Dengan Penambahan Ciri e-Warranty & Sejarah Servis Digital

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) apabila memperkenalkan dua ciri baharu dalam platform digital Honda X iaitu e-Warranty dan Service History

Dari Litar

Marco Bezzecchi Kekal Digantung Di GP Czech

Hukuman yang dikenakan Marco Bezzecchi kekal.