☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 7 Februari 2024

Nikmati Gaya & Keseronokan Royal Alloy GP250S Youth Edition

Apabila berjaya menarik minat orang ramai hanya dengan sekali pandang sehingga berjaya mencuri tumpuan dalam kesibukan kota, ini bererti 'ia' amat istimewa dan cukup menarik. Betul! Inilah pengalaman yang kami lalui apabila menunggang model terbaru dari Royal Alloy iaitu GP250S Youth Edition (YE).

Royal Alloy merupakan jenama British, yang memberi tumpuan dalam pengenalan dan pengeluaran jentera-jentera skuter gaya klasik. Jenama yang semakin mendapat permintaan tinggi ini beroperasi di Taman Perindustrian Tiong Nam, Shah Alam, Selangor.

Jentera 'ikonik' GP250S YE ini secara rasminya diperkenalkan ke peminat skuter di Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu bersama-sama dua lagi versi yang sedikit berbeza. Akhirnya RR berpeluang menikmati keunikan dan keseronokan jentera automatik pada awal Januari 2024.

Rekabentuk klasik yang dimiliki oleh GP250S ini dimantapkan dengan ciri-ciri era serba moden. Sistem pencahayaan jenis LED memberikan suluhan yang cukup terang dan tepat – ia wajar benar dipuji selepas menunggang skuter ini pada waktu malam dan dalam hujan yang cukup lebat. Beberapa kawasan yang kami lalui ada kalanya gelap gelita (tak pasti sama ada lampu jalan tak ada atau mentolnya sudah terbakar), tapi mujurlah lampu Royal Alloy ini sangat membantu.

Ruang kaki tidaklah begitu luas tetapi tidak pula sangat sempit, boleh kata 'ngam-ngam' sahaja untuk saya yang bersaiz 10 inci ini. Tempat pemijak untuk pembonceng pula boleh dilipat dan disimpan di bahagian tepinya – kemas. Pelananya juga empuk dan selesa walaupun menunggang berdua cuma sayangnya bawah 'seat' ini hanya ada tangki minyak bersaiz 10.5 liter tetapi tidak disediakan ruang penyimpanan barang.

Namun begitu, ada jalan penyelesaiannya! Yang pertama, dapatkan 'Leather Tail Bag' di Riders Empire (Royal Alloy Shah Alam) atau pasangkan 'Top Box' sahaja. Oleh itu, jangan buang masa lagi, cepat-cepat dapatkan skuter retro moden ini dan terus ke ibu pejabat mereka di Shah Alam untuk dapatkan aksesori yang menarik.

Terdapat juga ruang simpanan kecil (di depan) yang boleh menyimpan barangan kecil dan mengecas telefon pintar anda. Penyangkut di depan tu memang cukup praktikal – boleh sangkut macam-macam! Saya gunakannya untuk letak bag galas (agak berat) dan kepit dengan lutut.

Panel meter model baru ini jenis TFT - sesuai dengan versi 'YE' yang seiringan dengan era lebih moden. Tidak dinafikan penerimaan model seperti Royal Alloy ini semakin meningkat khususnya di kalangan orang-orang muda. Benar... rekabentuk retro akan ‘hidup’ dan tidak akan mati sampai bila-bila.

Lampu hadapan direka dengan lingkaran krom, lengkap dengan tulisan Royal Alloy lagi. Ketika menunggang uji model TG250S, kami agak terkilan apabila cermin sisinya berwarna hitam – macam tak berapa kena dengan konsep retro. Tapi… GP250S memang dah didatangkan dengan cermin sisi krom dan berbentuk bulat.

Ini dibuktikan ketika kami membawa GP250S ini ke ibukota Kuala Lumpur pada malam sambutan Hari Krismas. Royal Alloy ini pula diparkir di hadapan bangunan kebanggaan kita, Menara KLCC. Persekitaran KLCC pada malam itu dipenuhi dengan para pengunjung dari dalam dan luar negara dan bagaikan tak putus-putus orang memberi komen yang sangat positif terhadap model ini.

“Cantik motor bang!”, “Berapa cc?”, “Beautiful scooter indeed!” dan “Classic bike always the best!” – itulah kata-kata paling popular yang kami terima dan semuanya kagum... sangat berminat dengan rekaan fairing sisi jenis transparent. Secara peribadi, saya juga cukup menggemari rekaan ini yang sudah tentu sangat menonjol dan lain daripada yang lain.

Fairing sisi ‘transparent’ ini dihasil menggunakan bahan plastik ABS yang berkualiti dan berdaya tahan tinggi. Dengan ‘ketelusan’ fairing sisi, bahagian dalaman seperti hos dan sistem pendawaian telah dikemaskan agar nampak cantik dan elegan. Pemilihan warna-warna terang ‘Hijau Kebiruan’ seperti yang kami tunggangi ini memang cun habis!

Kalau kena dengan gayanya, kena dengan pakaiannya, siapa sahaja yang menunggang jentera ini memang auto hensem jadinya. Kalau tak percaya, hadirkan diri anda ke acara The Distinguished Gentleman’s Ride yang sudah tentu meriah dengan jentera-jentera retro moden dan pemiliknya yang berpakaian sangat ‘special.’

Ramai juga orang yang tidak menyangka ia bersesaran 250cc, purata orang meneka ialah 150cc. Ya! GP250S YE ini nampak sahaja kecil tetapi enjinnya padu! Setiap kali bergerak (memulas pendikit) dari 0km/j, tenaga enjinnya yang berkuasa 7.5kW pada 7,250rpm dan 10.6Nm pada 5,250rpm memberikan pecutan yang mantap dan sangat lancar.

Model yang diuji masih baru, kami tidaklah begitu galak untuk memecut ke tahap maksimum. Namun begitu, jika kita bandingkan dengan kelajuan maksimum model TG250S (yang memiliki spek yang hampir sama), ini bererti GP250S ini mampu dipecut mencecah 135km/j. Dalam kelajuan yang tinggi, bar hendal tetap ‘steady’, tak ada sebarang gegaran yang mengganggu pengendalian.

Memang ramai juga ‘terkena’ apabila kami memulas pendikit dengan cepat ketika sama-sama bergerak apabila lampu isyarat bertukar warna hijau. Mungkin ramai yang menyangka motosikal bentuk klasik seperti ini tak laju mana pun tapi bila kita pulas saja pendikitnya, baru mereka tahu. Puas betul rasanya! Memang Royal Alloy ini dicipta dengan bentuk retro tetapi hakikatnya ia sebuah model baru yang berprestasi sungguh mantap. Kemantapan hantaran kuasanya membolehkan jentera ini ditunggang ke kawasan berliku dan berbukit dengan ‘selamber’ saja.

Beratnya 152kg... tidak terlalu ringan dan membolehkan kitalebih yakin tanpa rasa bergoyang/melayang apabila memecut laju di lebuhraya khususnya atau ketika bersebelahan dengan kenderaan besar. Selain itu, dengan saiz yang kecil molek ini, GP250S memang sesuai benar untuk semua jenis penunggang tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Tak hairanlah mengapa komuniti pemilik-pemilik jentera Royal Alloy semakin bertambah dari hari ke hari.

Pergerakan lincah dan tangkas GP250S ini turut disumbangkan oleh tahap penyerapan sistem saspensi hadapan dan belakang yang dirasakan lebih baik (khususnya di depan) berbanding model TG yang kami uji dua tahun yang lalu. Seperti yang kita semua tahu, fork hadapannya adalah sebahagian daripada kerangka model ini dan untuk versi YE, ia diberi penampilan sama warna dengan keseluruhan ‘body’nya. Memang cantik! Oh ya… tongkat tengah pun warna biru juga.

Tayar-tayar bersaiz 110/70-12 (depan) dan 120/70-12 di belakang dikawal oleh brek-brek jenis cakera yang lengkap dengan sistem ABS. Ini membuatkan kami cukup yakin untuk memperlahankan kelajuan dengan selamat walaupun di atas permukaan jalan yang licin.

Selepas perjalanan yang kami lalui sekitar 450 kilometer, ia ternyata membuka mata ramai penunggang motosikal yang mungkin selama ini kurang didedahkan dengan prestasi jentera retro moden seperti Royal Alloy GP250S. Satu isian penuh tangki 10.5 liter ini menawarkan kadar jarak perjalanan sekitar 155 kilometer. Memang cukup jimat memandangkan kami mengujinya dengan bermacam jenis tempat dan gaya tunggangan.

Dengan gabungan rekabentuk yang menarik serta prestasi enjin yang mengagumkan, Royal Alloy GP250S ini antara pilihan menarik untuk bersantai di kawasan urban. Untuk versi standard, model ini didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Sherwood Green dan Scotland Grey dengan nilai pasaran asas RM22,800.

Versi special, iaitu Youth Edition juga diperkenalkan dalam dua warna iaitu Blue dan Ivory yang boleh dimiliki pada harga RM23,800. RR

Isu Pada

Februari 2024

Spesifikasi

Enjinsilinder tunggal, 4 lejang, sistem penyejuk cecair
Isipadu244cc
Kuasa maksimum15.9kW pada 7,250rpm
Tork maksimum19.0Nm pada 5,000rpm
Sistem bahan apisuntikan bahan api
Tayar110/70-12 (depan) & 120/70-12 (belakang)
Brekjenis cakera hidraulik dengan sistem ABS
Berat152kg
Isi tangki10.5 liter
PengeluarRoyal Alloy Malaysia

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.