☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 28 Mac 2018

Honda Rebel 500: Ranggi & Bergaya

Perasaan menunggang Honda ini sememangnya agak berbeza jika dibandingkan dengan model-model yang lain. Ia bukan sahaja sebagai alat pengangkutan tetapi juga boleh dijadikan medium untuk kita mencari kebebasan, mencetuskan rasa ranggi dan secara tidak langsung mencorakkan identiti kita sebagai penunggang atau pemiliknya. Ringkasnya… Honda Rebel memiliki aura dan gayanya yang tersendiri. Rebel ini memang sesuai dikenakan dengan jaket kulit, baju kotak-kotak, topi keledar separuh muka, seluar jeans, kasut converse atau kulit... ada gaya dan ada rupa!

Rebel merupakan sebuah cruiser berkuasa sederhana yang memiliki rekabentuk yang menawan, ranggi dan menarik. Ia tidaklah begitu besar dan tidak juga begitu kecil. Mudah diakses oleh sesiapa sahaja dan itulah kekuatan utama yang dimiliki oleh jentera ini. Enjinnya bersesaran 471cc yang menawarkan kuasa hantaran setinggi 33.9Kw pada 8,500rpm dan tork 44.7Nm pada 6,000rpm. Apa yang mengujakan, kekuatan kuasa hantarannya dalam gear-gear terawal membolehkan Rebel ini memecut ke hadapan dengan pantas dan lancar sekali. Memang terkejut juga akan ketangkasannya ketika memulas pendikit dengan garang dari kedudukan kelajuan sifar.

Kehadiran Rebel 500 ini mudah dikenal pasti dek kerana rupabentuk hadapannya yang cukup kemas dan cantik. Rebel didatangkan dengan lampu hadapan berbentuk bulat yang sesuai dengan konsep rekaannya. Selain itu, lampu jenis LED ini bukan sahaja memiliki suluhan yang tepat tetapi juga memudahkan kita dilihat oleh kenderaan di hadapan. Sebagai langkah keselamatan tambahan, kedua-dua lampu isyarat hadapan akan sentiasa menyala dan akan menjadi lebih terang serta berkelip apabila kita menggunakan lampu isyarat ini untuk membelok ke kiri atau ke kanan.

Panel meternya juga didatangkan dengan bentuk bulat – tampak seperti panel meter jentera cruiser retro tetapi paparannya adalah jenis digital. Ringkas sahaja tetapi cukup berinformasi (tahap kelajuan, masa, dua bacaan Trip, jarak perjalanan, tahap bahan api serta lampu￾lampu penunjuk) yang amat mudah untuk dilihat tidak kira siang atau malam. 

Gabungan hitam dan kelabu memberikan perasaan mewah dan eksklusif tambahan pula enjinnya yang kompak menjadikan sisi Rebel ini kemas dan mantap. Walaupun ia sebuah jentera cruiser, sifat-sifat enjin Honda jelas dapat dinikmati sebaik sahaja enjinnya dihidupkan. Ia lancar, memiliki putaran yang bertenaga dan garang tetapi cukup sedap didengar. Honda telah melakukan penelitian yang cemerlang dalam penghasilan model ini. Geometri Rebel ini mesra penunggang agar mudah ditunggang oleh mereka yang agak rendah dan masih ada ruang yang banyak untuk penunggang berketinggian biasa. 

Posisi menunggang cukup selesa cuma kami lebih suka jika Rebel ini dilengkapi dengan tuas gear dan brek sedikit ke hadapan agar lebih selesa dan lebih ranggi. Apa pun, pelana yang setinggi 690mm memang cukup praktikal. Semua orang boleh menunggangnya dan keempukan pelana ini menawarkan keselesaan dan pastinya Rebel juga merupakan jentera pilihan buat mereka yang ingin mengembara. Jika berminat, kenalah cari kit pengembaraan seperti beg sisi atau aksesori yang lain di Honda BigWing atau layari laman web rasmi: https://www.boonsiewhonda.com.my/rebel/ untuk dapatkan lebih maklumat.

Seperti yang dikatakan tadi, kuasa pecutannya memang cukup tangkas. Ini sangat membantu ketika membuat pintasan di lebuhraya dan sewaktu mendaki jalan-jalan berbukit seperti di Genting Highlands, Cameron Highlands, Fraser’s Hill dan itulah kunci utama keseronokan memiliki Honda ini. Tubuh badannya yang ramping juga adalah satu lagi ciri-ciri menarik Honda ini. Kita mudah mengendalikannya di dalam bandar tanpa perlu memikirkan soal kesesakan lalu lintas – percayalah Rebel ini lebih lincah daripada jentera moped. Ya... Rekaan cermin sisinya memuaskan hati. Kita dapat melihat keadaan di belakang dengan mudah dan tanpa gegaran.


Sistem transmisi jentera Honda tidak pernah mengecewakan. Walaupun ia bukan jentera moden yang dipadatkan dengan teknologi terkini seperti Quick Shifter, proses penukaran gear tetap berjalan dengan lancar sekali cuma apa yang mengecewakan ialah ketiadaan penunjuk posisi gear yang kini boleh dikatakan adalah satu kemestian yang perlu dimiliki oleh semua jenis motosikal. Walaupun nampak remeh, penunjuk posisi gear ini sangat penting terutamanya ketika 'melayan' di jalan-jalan berliku. Salah gear boleh mengakibatkan terjadinya kecelakaan.

Mungkin ada yang katakan Honda Rebel ini bukanlah sebuah mesin untuk tunggangan laju dan ia memang benar tetapi mungkin untuk permulaan sahaja. Mengapa kami berkata demikian? Jawapannya mudah sahaja... apabila putaran enjin lancar, kestabilan jentera itu mantap dan posisi menunggang juga selesa... secara automatiknya kita akan meluncur dengan pantas kerana sudah yakin dengan kemampuannya. Rebel ini dapat dipacu lebih daripada 160km/j tanpa sebarang gangguan, sebelah tangan pun boleh – memang cukup stabil.

Penyerapan hentakan sempurna yang dimiliki oleh Rebel ini datangnya dari penyerap hentak Dual Shocks boleh laras manakala keupayaan sistem brek Honda ini mengejutkan kami. Gigitan brek hadapan bersaiz 296mm (depan) dan 240mm di belakang cukup agresif dan pantas membolehkan kita menurunkan kelajuan dengan kemas dan tepat. Dengan kedudukan bar hendalnya yang dirasakan sempurna, posisi kita terus stabil walaupun ketika menarik tuas brek ini di permukaan yang licin.

Untuk disesuaikan dengan karaktor dan kelincahan cruiser dari Honda ini, tayartayar bersaiz 130/90-16 M/C 67H (depan) dan 50/80-16 M/C 71H di belakang telah dilengkapkan dan.... ia memang mencengkam dengan cemerlang. Atas jentera ini, kita dapat rasakan Honda Rebel ini memang bukan hanya sesuai untuk tunggangan santai - ia juga mampu memberikan keterujaan dengan pacuan yang lebih agresif. 

Secara keseluruhannya, Honda Rebel ini memang antara pilihan yang sesuai untuk tunggangan santai di tengah kota atau pun untuk mengembara seketika demi menghilangkan stress kehidupan bandar. Ia selesa, berkuasa dan jimat petrol dengan kemampuan menjelajah ke pelbagai destinasi lebih daripada 200 kilometer hanya dengan sekali isi (tangki sebesar 11.2 liter). Kita, kamu... dan semua penunggang pasti seronok dengan Honda Rebel ini.

Jika mengimbau kembali kepada model asal Honda Rebel yang diperkenalkan pada tahun 1985, jelaslah ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh jentera cruiser keluaran Honda ini sentiasa berjaya menarik perhatian ramai. Selesa, ranggi, jimat dan mampu milik. Itulah yang ditawarkan oleh Rebel ini dari dulu hingga kini. Untuk model terbaru Honda Rebel 500, ia ditawarkan pada harga RM31,798.94 termasuk GST dengan tiga warna menarik iaitu Graphite Black, Millenium Red dan Mat Silver Armored Metallic. RR

Isu Pada

Mac 2018

Spesifikasi

Enjin:Silinder kembar parallel, DOHC, sistem penyejuk cecair
Isipadu:471cc
Gerek x Lejang:67.0 x 66.8mm
Kuasa maksimum:33.9kW pada 8,500rpm
Tork maksimum44.7Nm pada 6,000rpm
Transmisi: 6 kelajuan
Tayar hadapan130/90-16 M/C 67H
Tayar belakang150/80-16 M/C 71H
Brek hadapan & belakangcakera 296 mm & 240mm
Isi tangki11.2 liter

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.