Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 11 April 2016

Honda Wave Dash 110 PGM-Fi Segak Bergaya Ke Mana Sahaja

Apa yang berada di fikiran anda apabila berbicara mengenai jentera Honda? Ya... ia terkenal sebagai jenama motosikal yang tahan lasak, mudah diselenggara, jimat petrol dan semestinya seronok ditunggang. Model terbaru yang dilancarkan pada pertengahan Januari lalu, Wave Dash dengan sistem pancitan bahan api sememangnya unit yang ditunggu-tunggu. Para peminat motosikal sentiasa dahagakan sebuah jentera yang lebih lancar, lebih berkuasa, lebih jimat dan Wave Dash Fi ini bakal memenuhi keperluan tersebut.

Sekali pandang memang kita akan mudah jatuh hati tambah-tambah pula model yang sedang diuji ini - berwarna Luminous Repsol Orange. Untuk disesuaikan dengan trend terkini, bahagian hadapan jentera ini dipadatkan dengan susunan lampu-lampu yang cantik dan kemas. Lampu utama jenis halogen ternyata memberikan suluhan yang mantap dan diserikan lagi dengan adanya lampu tengah yang turut membantu agar lebih mudah dilihat dari hadapan. Rekaan lampu isyarat dan corong udara ala jentera Honda RC-213V memang menarik sekali.

Posisi menunggang jentera Honda termasuk model ini selesa dan natural tetapi sedikit mengecewakan ialah pelananya yang keras, tidak mesra penunggang terutama sekali untuk suatu perjalanan jauh. Kalau dibandingkan dengan model Dash sebelum ini, yang dulu lebih empuk dan sedap. Panel meternya cantik, kemas dan cukup mudah untuk dilihat. Meter bulat di tengah-tengah adalah penunjuk kelajuan yang diapit oleh lampu-lampu penunjuk seperti posisi gear, sistem pancitan bahan api, lampu tinggi dan meter kecil penunjuk bahan api.

Enjin Dash dan kompak ini dapat dihidupkan menerusi sistem elektrik mahu pun tendang dan tekan sekali sahaja suis utamanya, berderum Honda ini berbunyi. Dalam keadaan melahu, bunyinya cukup senyap dan segar. Dengan kuasa maksimum 8.37hp (6.25kW) pada 7,500rpm dan tork 8.42Nm pada 6,000rpm, setiap gear menawarkan kelancaran pecutan yang amat mengagumkan.

Itulah kelebihan enjin yang dilengkapi dengan ke-juruteraan sistem Programmed Fuel Injection (PGM-FI) yang mengawal jumlah penghantaran bahan api ke bahagian kebuk udara dengan tepat dan lancar. Tidak kira sama ada enjin masih sejuk atau enjin sudah panas, pulas sahaja pendikit, ia menerkam dengan garangnya.

Sistem gear jenis rotari memang amat mudah. Semuanya tekan ke bawah, dari gear satu hingga empat. Memang mudah... bila berhenti dalam gear keempat, tekan lagi sehingga tiba pada gear neutral dan seterusnya. Walaupun begitu, kita tidak dapat menekan masuk ke gear neutral ketika motosikal sedang bergerak dan inilah ciri-ciri keselamatan yang dimiliki oleh semua jentera Honda.

Gear satu boleh ditarik hingga mencecah 30-40km/j manakala gear kedua kalau silap-silap haribulan boleh terangkat tayar hadapan tau! Bunyi enjin juga tidak begitu kuat walaupun kita menggunakan setiap gear ke tahap maksimum. Memang tangkas Dash ini dan kelajuan paling tinggi dapat dilakukan dalam gear keempat ialah sekitar 115km/j. Kerangkanya dari jenis underbone cukup tegar dan fairing sisinya yang aerodinamik memberi kestabilan tinggi sewaktu kita memecut di lebuhraya yang luas. Tidak rasa pun sebarang gegaran yang menakutkan!

Menunggang di dalam bandar memang mencabar terutamanya bagi jentera yang tidak berkuasa, tetapi bukan Dash ini! Anda boleh 'berlari' dengan mengekalkan pada kedudukan gear keempat tetapi untuk menyelit dengan lebih pantas dan lincah, gunakan gear ketiga. Jika berlaku kesilapan gear atau terlupa untuk menurunkan gear, jangan risau kerana Dash mampu menarik dengan pantas tanpa mengganggu kelancaran transmisi... cuma agak lembab sedikitlah. Ruang bawah pelana yang luas turut memudahkan pemiliknya menyimpan barang bersaiz sederhana seperti kasut sport, selipar, buku, beg duit, beg tangan dan lain-lain lagi. Selain dapat melindungi daripada dibasahi hujan, kita juga tidak risau adanya cubaan meragut. Praktikal!

Honda Wave Dash ini dilengkapi dengan saspensi hadapan jenis teleskopik dan jenis spring berkembar di belakang yang mampu menyerap hentakan dengan baik sekali. Tidak kira menunggang berseorangan atau berduaan, setiap selekoh dapat kita masuki dengan selamat dan meyakinkan cuma... kalaulah pelana lembut mesti lebih selesa! Harapnya pihak Boon Siew Honda dapat memberi perhatian atas masalah ini.

Sememangnya kecemerlangan sistem saspensi milik jentera Honda dipercayai sejak puluhan tahun yang lalu. Dari dulu lagi jentera Honda digunakan untuk membawa barangan dan muatan yang berat.

Dash yang diuji ini adalah dari varian yang dilengkapkan dengan brek hadapan dan belakang jenis cakera. Ia ternyata memberikan kuasa membrek yang cukup baik, seimbang dan sesuai dengan tenaga enjinnya. Kita dapat memperlahankan kelajuan dengan cepat dan pasti cuma perlu lebih berhati-hati atas permukaan basah. Tidak kiralah kita menunggang Honda Dash ke... Honda CBR1000RR ke... Honda Accord ke... bila keadaan jalan dan cuaca tidak mengizinkan, perlahankan kenderaan dan tingkatkan pengawasan. Nota: Model Type S didatangkan dengan cakera tunggal manakala Type R pula menggunakan dua brek cakera (depan dan belakang), sama seperti model Repsol ini.

Setelah kami menyusuri perjalanan sekitar 130 kilometer, barulah tangki diisi kembali kerana ia benar-benar semakin kering. Jimatkan? Walaupun Dash ini diuji dengan pelbagai gaya dan corak tunggangan, Dash sememangnya sebuah mesin yang sesuai untuk digunakan baik di bandar mahupun di desa. Ia tahan lasak, mudah ditunggang dan sememangnya menjimatkan.

Selepas berpuluh-puluh model 'berkhidmat' pada para pengguna jalanraya, kini Wave Dash Fi pula berbaris dan bersedia untuk bertemu dengan pemiliknya. Honda Wave Dash Fi ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu Type S (cakera tunggal), Type R (dua cakera) dan Edisi Repsol pada tiga harga asas yang berbeza iaitu RM5,299, RM5,549 dan RM5,699. Apa tunggu lagi geng...jom berkunjung ke pengedar-pengedar Honda berhampiran dengan anda. RR

Isu Pada

April 2016

Spesifikasi

Enjin: 4 lejang, sistem penyejuk udara, SOHC
Gerek x Lejang: 50.0 x 55.6mm
Isipadu: 109cc
Kuasa maksimum: 8.37hp pada 7,500rpm
Tork maksimum: 8.42Nm pada 6,000rpm
Transmisi: 4 kelajuan
Kerangka: underbone
P x L x T: 1,907 x 709 x 1,080mm
Berat: 102kg (Dash S) & 104kg (Dash R)

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Hampir 1000 kilometer Dengan Aveta NOVA 250 - Apa Rasanya?

Media Test Ride Kawasaki Z900: Glenmarie ke Sekinchan - Bukan Sekadar Kuasa

SYM ADXTG 400: Skuter Adventure Santai Tapi Padu

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Boon Siew Honda kini memeprkenalkan versi edisi khas ADV160 yang diinspirasikan daripada watak superhero ikonik Marvel iairu Spider-Man.

Edisi Terhad, Vespa 946 Horse Tiba di Malaysia

Berita baik buat para peminat skuter premium di seluruh negara khususnya pencinta jenama Vespa. Anda mungkin berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada pemilik model Edisi Terhad...Model Premium iaitu Vespa 946 Horse yang kini telah pun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Dari Litar

Selepas BRNO, Hakim Danish Mahu Fokus di Assen

Selepas kejayaan di BRON, Hakim Danish mahu teruskan momentum positif di pusingan berikutnya.

Warta Roda

Platform Honda X Dinaiktaraf Dengan Penambahan Ciri e-Warranty & Sejarah Servis Digital

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) apabila memperkenalkan dua ciri baharu dalam platform digital Honda X iaitu e-Warranty dan Service History