☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 22 Oktober 2025

Pelumba Moto3 BOE Motorsports Lancar Produk Terbaru RAPIDO

Bersempena dengan 'pesta' MotoGP Malaysia 2025, Rapido Malaysia telah menganjurkan sesi eksklusif bersama media dan pelumba Moto3 dari pasukan BOE Motorsports yang kini bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto3. Kerjasama di antara Rapido Malaysia dan pasukan ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi jenama produk motosikal berprestasi tinggi tempatan ini yang kini melangkah ke pentas dunia.

En. Chua Boon Kiat 'dua dari kanan' menyampaikan cenderahati kepada Cormac Buchanan.
En. Chua Boon Kiat 'dua dari kanan' menyampaikan cenderahati kepada Cormac Buchanan.

Sesi interaksi eksklusif ini cukup istimewa dengan kehadiran pelumba Moto3 iaitu Cormac Buchanan dan Ruche Moodley, selain barisan pengurusan dan pasukan pembangunan perlumbaan Rapido.

Menyempurnakan majlis tersebut, En. Chua Boon Kiat, Ketua Bahagian Pemasaran Rapido Malaysia menyatakan, "Rapido ialah jenama prestasi motosikal premium Malaysia di bawah Kee Kee Motor Sdn Bhd. Kami menghasilkan komponen berprestasi tinggi untuk motosikal termasuk roda, sistem brek, suspensi dan aksesori enjin bagi moped, skuter dan motosikal berkuasa tinggi yang diedarkan di seluruh Asia dan Eropah."

"Perjalanan kami sentiasa tentang kemajuan dan cabaran, dari Malaysia ke Asia Tenggara, dan kini ke pentas dunia. Bersama BOE Motorsports, kami membuktikan bahawa kejuruteraan Malaysia mampu berdiri setaraf di pentas antarabangsa," tambah beliau.

Di majlis yang sama, Rapido Malaysia turut memperkenalkan tiga produk naik taraf berprestasi baharu yang direka khusus untuk kegunaan perlumbaan dan jalan raya yang terdiri daripada:

Dari kiri: Ruche Moodley & Cormac Buchanan melancarkan produk terbaru Rapido.
Dari kiri: Ruche Moodley & Cormac Buchanan melancarkan produk terbaru Rapido.
Rapido 628 CNC Casting Rim untuk Yamaha NVX V3.
Rapido 628 CNC Casting Rim untuk Yamaha NVX V3.
  • Rapido 628 CNC Casting Rim untuk Yamaha NVX V3 - Rim sport "plug-and-play" pertama di Malaysia untuk kegunaan jalan raya tanpa perlu ubahsuai. Produk ini menggunakan teknologi tuangan CNC yang menawarkan ketahanan, tindak balas dan kestabilan tunggangan lebih baik.
Ultra-Light Racing Pulley Pin.
Ultra-Light Racing Pulley Pin.
  • Rapido x CKJ Racing Ultra-Light Racing Pulley Pin - Dihasilkan bersama syarikat penalaan profesional CKJ Racing, pin pulley ultra ringan ini mengurangkan jisim putaran bagi meningkatkan respons pendikit dan pecutan. Sesuai untuk penunggang yang mahukan prestasi CVT lebih mantap.
  •  
  • Rapido x CKJ Racing Front Fork Spring - Naik taraf sistem saspensi depan dengan kawalan rebound lebih baik dan kestabilan ketika mengambil selekoh agresif. Produk ini dihasilkan berasaskan maklum balas perlumbaan untuk keyakinan tunggangan maksimum.

Kedua-dua pelumba, turut meiuangkan masa beramah mesra dengan para tetamu, menikmati permainan video game dan sesi tanda tangan. RR

Popular

  • Warta Roda

    Voge SR450X Sudah Berada Di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Model Baru

    Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

  • Model Baru

    SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

  • Model Baru

    Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Zontes 552H sah masuk Malaysia Suku Tahun Kedua 2027.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.