☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Pandu Uji / 8 Oktober 2025

BMW F900 GSA: Jelajah Tanpa Batasan

Bagi penunggang yang mencari satu motosikal serbaguna – yang mampu menelan ratusan kilometer lebuh raya dalam sehari, tapi juga tak gentar masuk ke laluan tanah merah keesokan harinya – BMW F900 GSA kami rasa boleh dijadikan calon yang sangat meyakinkan. Ini bukan sekadar sebuah motosikal, tapi sebuah tiket kebebasan untuk menjelajah sejauh mana hati dan minyak mampu membawa.

Dari segi penampilan, F900 GSA tampil gagah dengan postur tinggi dan tangki besar berkapasiti 23 liter. Ia jelas sebuah mesin yang direka bukan untuk ke pasar malam, tapi untuk ke kaki gunung dan mungkin lebih jauh lagi. Enjin 895cc dua silinder sebaris ini menghasilkan sekitar 105 kuasa hp dan hampir 93 Nm tork – cukup bertenaga untuk memecut laju di lebuh raya.

BMW F900 GSA ni memang dibina untuk rider yang suka jalan jauh, ada jiwa adventure. Bawak dia dari KL ke Cherating dan terus ke Terengganu! Memang puas hati.

Sebelum itu, disebabkan model ini tinggi dan agak berat...orang berketinggian biasa memang agak sukar. Redzuan dan Nizam memang tak sampai langsung...nak tegakkannya pun sukar! Bila minta Boss naik...selamber je! Owner GSA 1250 lah katakan, apa ada hal!

Atas highway Karak – Lebuhraya Pantai Timur, cruising pada 120-140 km/j terasa ringan je. Angin depan pun ditahan cantik dengan windshield yang sempurna. Gear masuk naik turun senyap je, terima kasih kepada Shift Assistant Pro. Tak perlu tarik klac pun untuk tukar gear, terutama waktu memotong kenderaan berat di Karak.

Dengan tangki besar 23 liter, isi penuh sekali boleh capai lebih 350 km - isi minyak pun rileks. Posisi tunggangan tinggi dan tegak, pandangan luas. Masa layan selekoh Bukit Tinggi, terasa ia cukup seimbang, walaupun motor ni agak berat (sekitar 246kg). Tapi bila dah bergerak, berat tu hilang - rasa stabil.

Pihak BMW Motorrad Malaysia pula lengkapkan unit pandu uji ini dengan kotak barang kiri kanan dan atas. Jadi memang kena hati-hati juga sebab beban agak berat!

Kalau lalu jalan kampung lepas Kuantan, sistem saspensin memang buat kerja dengan cemerlang dan untuk model ini, ia hadir dengan sistem saspensi elektronik – semua boleh setting hanya di hujung jadi. Moden dan mewah betul! Lubang kecil, jalan beralun semua sapu je tanpa sebarang gegaran.

Sampai area Cherating, sempat juga cuba sikit jalan gravel ke kawasan tepi pantai. Jujurnya memang takut sebab tinggi mat motor ni! Dengan mod Enduro on, throttle jadi lebih jinak, traction control masuk kerja. Memang bukan hardcore off-road, tapi cukup meyakinkan untuk lalu permukaan tak rata.

Cuma ya, masa nak u-turn dekat tempat sempit atau parking lot chalet, kena hati-hati sikit waktu berhenti atau bila motor tak bergerak. Berpeluh juga nak control!

Lepas ride jauh macam tu, satu perkara yang betul-betul dihargai - grip pemanas dan cruise control. Saya aktifkan cruise control. Pegang throttle lama-lama memang penat, tapi dengan satu butang, motor ni terus kekalkan kelajuan. Senang nak rileks sikit, layan pemandangan, atau betulkan posisi duduk. Tambah pula dengan heated grips, waktu angin pagi mula menggigit jari

Kami berhenti di R&R Gambang. Duduk bawah pokok, makan bekalan roti, sambil tengok GSA berdiri megah di bawah cahaya pagi. Beberapa peminat rapatkan diri dan bertanya:

“Bang, motor ni berapa CC? Berat tak bawa berdua?”

Saya jawab, “895cc, tapi kalau dah bergerak, rasa ringan. Bawak berdua pun steady, sebab suspension dia boleh laras automatik ikut beban. Dynamic ESA tu kerja senyap-senyap, tapi hasil dia memang terasa.”

Sebelum sambung berbual, saya on suis, tunjuk kat 'dorang' panel meter TFT. Boleh nampak macam-macam info termasuklah suhu tayar, paras minyak, data perjalanan — semuanya kemas. Bukan sekadar motor bertenaga, tapi canggih dan lengkap.

Petang tu saya berehat di tepian pantai Cherating – layan bunyi ombak, dan F900 GSA di latar belakang. Motor berdebu sikit, tapi tetap bergaya.

"Kalau motor ni boleh cakap, mesti dia pun happy dapat jalan jauh macam ni." kata hati saya. Ya... F900 GSA ni bukan sekadar mesin. Dia teman jalan. Peneman sunyi.

Hari dah gelap... saya panjat GSA ini dan menuju ke Kemaman. Jom ke Terengganu pula. Masa tu baru saya betul-betul hargai sistem lampu LED penuh yang F900 GSA ini.

Lampu depan dia jenis adaptive LED - bila selekoh, sinaran akan ikut arah miringan motor kita. Jadi masa masuk selekoh malam, jalan tetap terang, tak rasa macam masuk ‘black hole’. Selamat!

Lampu utama model ini turut dilengkapkan dengan lampu Daytime Running Light (DRL) yang nampak garang siang hari. Lampu fog light bawah pun sangat membantu sewaktu perjalanan di waktu malam, berkabus awal pagi atau hujan renyai. Jalan depan lebih jelas, dan kereta pun nampak kita dari jauh. Yang best, kawalan semua lampu ada pada handle kanan. Nak hidupkan DRL, high beam, fog light... semua senang capai.

Bila mengembara dengan BMW ini, paling indah..paling syok bukanlah pemandangan laut semata-mata tetapi tentang apa yang dinikmati setiap saat dengannya.

Hati tenang bukan sebaba ombak tetapi deruman enjin yang cukup konsisten. GSA ini faham bahasa jalan...berikan nikmat di setiap kilometer. Bila sampai di Kuala Lumpur...enjinnya yang masih panas...masih bertenaga seumpama enggan dimatikan...masih mengajak kita ke atas jalan.

Ya...dalam hati kami pun sama! F 900 GSA memang teman terbaik! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Honda CRF1100L Africa Twin 2026: Pengembaraan Baru Bermula

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Suzuki GSX-8TT - Sentuhan Retro Tapi Moden

Yamaha Jejak Timur Tenere 700: Eh...Aku Dah Salah Group Lah!

Yamaha NVX 155 SP - Skuter Premium Dengan Teknologi Terkini

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.